« »

Carian Lain

Khamis, 19 Januari 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012


19Januari 2012 KKBN Pontian Pengurusan KKBN Pontian mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua masyarakat berbangsa Cina diseluruh negara terutama pelatih dan graduan KKBN Pontian.

Kenali perayaan ini.

Jumaat, 13 Januari 2012

Studio KKBN "Big Screen"


13Januari 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Studio KKBN Pontian akan mengadakan satu tayangan khas buat warga KKBN Pontian pada malam ini bermula 9.00 malam. Filem Ombak Rindu telah dipilih sebagai filem untuk dipertontonkan. Warga KKBN Pontian dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan program ini.

Isnin, 9 Januari 2012

Salam Takziah


8Januari 2012 KKBN Pontian Seluruh warga KKBN Pontian mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan waris pelatih KKBN Pontian, Allahyarham Sintayana Binti Abas yang telah pulang ke Rahmatullah pada petang 7 Januari 2012 kerana kemalangan jalan raya di Persimpangan Jalan Gertak Merah dan Jalan Dato' Menteri Johor. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan di dalam Rahmat Allah s.w.t. Al-Fatihah

Minggu Anjakan Paradigma Melabuh Tirai


7Januari 2012 KKBN Pontian Minggu Anjakan Paradigma telah melabuhkan tirainya malam ini dengan perlaksanaan Program Malam Akrab yang memperlihatkan kesemua perlatih menunjukkan persembahan mengikut kumpulan berdasarkan tema " Simfoni Pelayaran ". Juara keseluruhan pada Minggu Anjakan Paradigma Sesi 1/2012 adalah "Kumpulan Kemudi" yang telah menunjukkan komitmen yang cemerlang sepanjang program ini berlangsung.  

Program Kursus Motivasi-Ikhlas Di Dalam Kehidupan


6Januari 2012 KKBN Pontian Seramai 20 orang petugas KKBN Pontian telah menyertai Program Motivasi-Ikhlas Di Dalam Kehidupan anjuran KOBENA dan KKBN Pontian. Melalui program ini, petugas KKBN Pontian telah diberi pendedahan untuk memperkemas dan memperkukuh jati diri dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah dipikul melalui aturcara yang telah diatur. Program yang berjalan selama 2 hari 1 malam ini telah menjemput  Pn Hanizah Binti Othman dari KUIS sebagai moderator jemputan. Perasmian Majlis Penutup Program ini telah disempurnakan oleh En Rahmat Bin Hitam,Pengarah KKBN Pontian dan kesemua peserta program telah menerima cenderahati dan sijil penyertaan di akhir majlis tersebut

Khamis, 5 Januari 2012

KKBN Pontian Mencatat Sejarah Manis


5Januari 2012 KKBN Pontian Pendaftaran Pelatih KKBN Pontian Sesi 1/2012 telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila pertama kali 4 pasangan kembar telah melapor diri untuk menjalani latihan kemahiran di sini. Pasangan kembar ini telah melapor diri pada 3 Januari 2012 yang lalu akan menjalani pelbagai kursus yang disediakan.  Dengan adanya peristiwa menarik seperti ini, adalah diharapkan agar dapat menarik minat ramai lagi lepasan SPM di luar sana memilih KKBN Pontian sebagai pilihan utama mereka untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran yang telah ditawarkan.

Rabu, 4 Januari 2012

Minggu Anjakan Paradigma Sesi 1/2012


3Januari 2012 KKBN Pontian Minggu Anjakan Paradigma telah dimulakan pada hari ini dan dijangka tamat pada 7 Januari 2012 merupakan program wajib yang diatur oleh Pengurusan KKBN. Program ini adalah meliputi aspek pemahaman, peningkatan dan pemantapan sahsiah diri dan personaliti pelatih baharu KKBN Pontian yang telah melapor diri bagi Sesi 1/2012. Dengan adanya program seumpama ini, pelatih KKBN Pontian akan dapat mengenali kolej ini dengan lebih dekat dan informasi yang tepat selaras dengan aturcara program yang telah sedia tersusun. 

Isnin, 2 Januari 2012

Pendaftaran Sesi 1/2012


2Januari 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Warga KKBN Pontian mengalukan kehadiran ibubapa dan pelatih KKBN Pontian bagi Sesi 1/2012 yang akan melapor diri pada 3 Januari 2012 bermula jam 8.00 pagi. Sekalung tahniah diucapkan kepada pelatih yang telah berjaya menempatkan diri di dalam keluarga KKBN Pontian.