« »

Carian Lain

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

26 Oktober 2012.

Tahniah! Kepada Kontigen Sukan KKBN Pontian






23 Oktober 2012 Majlis Penutup Kejohanan Sukan IKBN, IKTBN dan KKBN seMalaysia telah diadakan. Tahniah kepada pasukan Sepak Takraw kerana telah berjaya menggondol tempat kedua. Tahniah juga diucapkan kepada wakil olahraga lari jarak jauh (3000m) kerana berjaya menempatkan dirinya di tempat ketiga.

Khamis, 18 Oktober 2012

Majlis Penyerahan Bendera Sukan












18 Oktober 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Majlis Penyerahan Bendera telah diadakan dengan penuh gilang gemilang yang dihadiri oleh semua petugas dan pelajar pada jam 08:00 sehingga jam 09:30. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku dan diteruskan dengan bacaan doa. Majlis selepas itu telah mendengar ucapan dari Pemangku Pengarah. Terlebih dahulu beliau mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua atlet  dan para petugas yang terlibat kerana sudi berkorban masa dan tenaga demi menjayakan kejohanan IKBN, IKTBN dan KKBN seMalaysia yang akan datang. Beliau turut menasihatkan para atlet supaya berusaha bersungguh-sungguh kerana apa yang paling penting adalah melakukan yang terbaik. Mereka juga diingatkan supaya tidak mengabaikan pelajaran dan sentiasa menjaga disiplin masing-masing tidak kira di mana jua mereka berada. Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera oleh Pn Zunaidah binti Abd Razak yang diiringi oleh En Hamid bin Md Fadzal kepada Ketua Kontijen Pasukan Kolej Kemahiran Belia Nasional, En Rosli bin Rasimin. Majlis diakhiri dengan persembahan pembakar semangat dari atlet-atlet KKBN dan lagu rasmi KKBN Pontian.

Perlawanan Persahabatan - MRSM Pontian


17 Oktober 2012 Perlawanan persahabatan telah diadakan diantara KKBN Pontian dan Maktab Rendah Sains Mara Pontian. Perlawanan ini hanya melibatkan acara Badminton (indoor) dan bola sepak. Ia berlangsung dari jam 16:00 sehingga jam 19:00. Tahniah kepada pasukan Badminton kerana berjaya menewaskan pasukan lawan!

Perlawanan Bola Tampar bersama Petugas






16 Oktober 2012 Perlawanan Bola Tampar diantara pelajar dan petugas telah diadakan di KKBN Pontian dari jam 09:00 sehingga 11:00.

Perlawanan Persahabatan - Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian, Johor


Sepak Takraw

Bola Tampar





15 Oktober 2012. Perlawanan persahabatan diantara kontigen KKBN Pontian dan Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian telah diadakan. Perlawanan ini melibatkan lima acara iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton dan Sepak Takraw. Ia telah diadakan di Kolej Matrikulasi tersebut dari jam 15:30 sehingga jam 17:30.Sejuta tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw kerana berjaya membawa pulang kemenangan tunggal untuk KKBN Pontian.

Rabu, 17 Oktober 2012

Program Bersama Masyarakat








13 Oktober 2012 Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah dijemput untuk meramaikan Program Bersama Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Seramai 5 orang pelajar KKBN hadir diiringi oleh En. Abd Aziz bin Lahim dan En. Kamaruddin bin Salleh. Program ini berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula pada jam 8.30 malam.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kursus Sehari Orang Awam bersama JPAM



11 Oktober 2012 Kursus sehari orang awam telah diadakan di KKBN Pontian. Program ini telah  diadakan hasil kerjasama pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Pontian bersama Kolej Kemahiran Belia Nasional. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah semua pelajar KKBN Pontian tahap 1 dan 2.