« »

Carian Lain

Jumaat, 30 November 2012

Solat Dhuha



30 November 2012, Peringatan dari Ustaz Johari tentang amalan surat Dhuha telah diadakan dari jam 08:05 sehingga jam 08:25. Ustaz menjelaskan bahawa waktu Solat Sunat Dhuha iaitu kira-kira pada jam 08:00 sehingga 10:00. Beliau juga menerangkan tentang konsep rezeki iaitu rezeki adalah di dalam perancangan Allah. Kita perlu sentiasa berdoa serta menghayati maksud doa Solat Dhuha. Sekiranya kita tidak mempunyai masa untuk menunaikan solat tersebut, sekurang-kurangnya doa Solat Dhuha dapat diamalkan.

Khamis, 29 November 2012

ASEAN-India Car Rally






28 November 2012 seramai 52 orang pelajar jurusan Elektrik dari KKBN Pontian telah menyertai Majlis Pelepasan ASEAN-India Car Rally edisi ke-2 dari Tanjung Kupang, Malaysia.  ASEAN-India Car Rally itu bermula dari Yogyakarta, Indonesia pada 26 November 2012 yang lalu. Perjalanan sejauh 8000 kilometer itu akan memakan masa selama 22 hari melintasi 9 buah negara yang berakhir di New Delhi, India.



Pelajar KKBN Pontian telah diiringi oleh 4 orang pegawai KBS daerah Pontian, Puan Pemangku Pengarah KKBN Pontian dan seorang wakil HEP. Seramai 11 orang anak-anak kampung dan 2 orang anak staft KKBN turut meramaikan majlis tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pelajar dari IKBN Pagoh dan Bandar Penawar.

ASEAN-India car rally flagged off in Indonesia

Setelah merentasi Indonesia dan Singapura, Konvoi Car Rally tersebut akan meneruskan perjalanan ke Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar dan berakhir di India.

Isnin, 26 November 2012

10 Muharram

23November 2012, Ceramah bersempena 10 Muharram telah diadakan di Dewan terbuka KKBN Pontian pada jam 0830. Ceramah selama 1 jam 30 minit yang bertajuk Amalan dan Sejarah 10 Muharram itu disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Samadan. Beliau menceritakan akan sejarah Hijrah Rasulullah serta amalan baginda pada 9, 10 dan 11 Muharram.

Kisah kelebihan Puasa 10 Muharam

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya pada Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah s.a.w. adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari yang lain?".Berkata Rasulullah s.a.w.:"Ya memang benar, pada hari Asyura Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi, bukit-bukit, laut,syurga,Nabi Adam dan Hawa, memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga juga pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim, menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api,Allah s.w.t. menengelamkan Firaun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s., Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam,Allah s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud,Allah s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya hari kiamat itu juga pada hari Asyura!.

Jumaat, 2 November 2012

Perhimpunan Mingguan





2 November 2012. Perhimpunan mingguan telah diadakan. Pelbagai nasihat telah disampaikan oleh Pn. Pemangku Pengarah dan En. Samiri bin Marsahit. Pn. Pengarah telah menyentuh tentang persediaan peperiksaan oleh tenaga pengajar dan pelajar, masalah kehadiran pelajar serta kasih sayang antara semua warga KKBN Pontian juga rakyat seluruh Malaysia. En. Samiri bin Marsahit pulang menerangkan bagaimana markah dikira dan apa yang akan berlaku sekiranya gagal dalam peperiksaan ataupun ujian. Beliau juga menasihatkan kepada pelajar yang menyertai career fair di Pandan City pada petang ini supaya dapat membuat persediaan yang rapi seperti menyediakan resume dan berpakaian kemas. Perhimpunan yang berjalan selama 1 jam itu dimeriahkan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada semua kontigen yang telah berjaya menyertai Kejohanan Sukan IKBN, IKTBN dan KKBN seMalaysia. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu warisan.

Konsert Orkestra by Permata Seni Muzik




1 November 2012 KKBN Pontian telah dijemput untuk menghadiri orkestra di Dewan Jubli Intan Johor, Johor Bahru. Konsert ini telah dianjurkan oleh Permata Seni Muzik. Seramai 20 orang pelajar diiringi oleh En.Mohd Nizam bin Kamis telah berbesar hati menghadiri konsert tersebut yang bermula pada jam 08:30 malam dan berakhir pada jam 11:00 malam.Pn Zunaidah binti Abd Razak dan tenaga pengajar jemputan turut memeriahkan konsert tersebut.