« »

Carian Lain

Isnin, 22 April 2013

Bicara Tokoh Seni Adat & Budaya

20 April 2013, Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan Majlis yang diadakan di University Technology Malaysia, Skudai tersebut berakhir jam 13:00.



 

 Forum tersebut dimulakan dengan ketibaan Yang Berusaha, Encik Mohd Zein bin Mohd Sahid, Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Bual bicara yang diadakan adalah mengenai kisah riwayat hidup tiga orang tokoh Adat dan Budaya sebagai anak Seni yang berjaya iaitu Dato' Seri Maharaja Haji Khalid bin Bonget, Tuan Hj. Kamidi bin Kamil dan En. Roslan Madun. Moderator yang bertanggungjawab sepanjang program itu adalah En. Siri Neng Buah.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En. Abdul Hamid bin Hj. Muhamad, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor memberikan ucapan. Penyampaian cenderamata dan sesi fotografi menyusul selepas itu.
Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari jam 12:30.




Perhinpunan bulanan ( April)

18 April 2013.Perhimpunan bulanan bagi bulan April telah diadakan bermula pada jam 2 petang di Dewan terbuka KKBN Pontian. Perjumpaan tersebt dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor, Lagu Negaraku serta lagu KKBN Pontian. Majlis seterusnya dihiasi dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari bin Md Shah.

Taklimat dari En. Samiri bin Marsahit selaku Ketua Jabatan Latihan, En. Abd. Hamid bin Md Fadzal selaku Ketua Jabatan Kokurikulum serta Ustaz Johari bin Mohd Shah menyusul selepas itu. Buat kali pertamanya, Sdr. Muhamad Syafiee bin Rosle selaku YDP KKBN Pontian dijemput memberi sedikit penerangan akan fungsi Majlis perwakilan Pelajar serta aktiviti yang sudah dan akan dilakukan.

Perhimpunan telah dimeriahkan lagi dengan 'slide show pilihanraya MPP' yang lalu. Pn. Pengarah seterusnya menyiarkan 'klip video' motivasi undilah (lagu) di samping menyampaikan ucapan.

Majlis diteruskan dengan penyam[aian sijil dan cenderahati kepada fasilitator, penghulu dan penghuluwati yang telah menyumbangkan tenaga mereka semasa Kursus Kepimpinan MPP di Pekan Nenas yang lalu.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar, sijil pengucapan awam dan anugerah asrama terbaik juga telah disampaikan.

Majlis berakhir dengan nyanyian lagu IM4U oleh semua warga KKBN Pontian.

Isnin, 15 April 2013

MAJLIS KONVOKESYEN IKBN, IKTBN KKBN SEMALAYSIA

24 & 25 Jun 2013, Majlis Konvokesyen SeMalaysia akan diadakan di Putrajaya International Convention Center untuk pelajar yang tamat pada Jun dan Disember 2012. Kepada sesiapa yang berminat, sila membuat bayaran di kaunter bank berdekatan (bayaran di ATM tidak diterima). Sila bawa bersama bayaran jubah semasa konvokesyen nanti.



BUKU PANDUAN GRADUAN KONVOKESYEN IKBN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KALI KE-9



1.     MAJLIS KONVOKESYEN

1.1.   Majlis konvokesyen akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 Jun 2013.

1.2.   Semua graduan dikehendaki mendaftar di Kaunter Penerimaan (Reception Counter), Aras C (Concourse), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut jurusan seperti keterangan Jadual 3 dan semak kehadiran mengikut sesi konvokeysen seperti keterangan Jadual 1 atau 2.

1.3.   Semasa majlis berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising.

1.4.   Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.


2.     RAPTAI KONVOKESYEN

2.1    Raptai konvokesyen akan diadakan pada hari Ahad, 23 Jun 2013 di Dewan Plenari, Aras 3, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 3.00 – 4.00 petang.

2.2    Semua graduan adalah dijemput untuk menghadiri majlis raptai tersebut.


3.     PENYERTAAN GRADUAN DAN BAYARAN

3.1      Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat melalui pengesahan kehadiran dengan mengembalikan KAD/SLIP JAWAPAN KEHADIRAN melalui :

3.1.1               Pos dengan menggunakan sampul surat yang telah disediakan ATAU;
3.1.2               Faks salinan Kad/Slip Jawapan Kehadiran di no. faks 03-8888 8785
sebelum 10hb Jun  2013 (Isnin).


3.2      Sijil hanya diberikan kepada graduan yang hadir di majlis konvokesyen mengikut sesi yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 atau Jadual 2

3.3      Setiap graduan yang mengesahkan kehadiran ke majlis konvokesyen ini dikehendaki membayar sebanyak RM50.00 melalui akaun seperti berikut:-

               Nama bank       : Maybank Berhad
               No. Akaun        : 012071209177
               Nama Akaun     : Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan IKBN    Peretak
               Kaedah : ”PEMBAYARAN HANYA MELALUI KAUNTER BANK
               Pembayaran         SAHAJA”  & Pembayaran melalui mesin ATM tidak
                                             diterima

3.4      Resit bayaran bank (salinan pelanggan) hendaklah diserahkan di Kaunter Penerimaan (Reception Counter), Aras C (Concourse), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai bukti bayaran.



4.     IBU BAPA/ TETAMU

4.1      Kad jemputan Ibubapa yang dibekalkan adalah untuk 2 tetamu sahaja yang dibenarkan memasuki Dewan Plenari.  

4.2      Tetamu di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Plenari (tayangan video Majlis Konvokesyen disediakan di Dewan B1).

4.3      Tetamu diminta duduk di tempat yang telah dikhaskan dan menghormati majlis yang sedang berlangsung.


5.     KENDERAAN

Graduan diminta untuk mematuhi tunjuk arah yang telah disediakan bagi memastikan Majlis Konvokesyen berjalan dengan lancar.


6.     PAKAIAN KONVOKESYEN

6.1      Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen IKBN Kementerian Belia dan Sukan Malaysia hendaklah berpakaian seperti berikut:-

a) Lelaki  -    Kemeja lengan panjang berwarna putih atau cerah, seluar  panjang (slack) berwarna gelap, bertali leher atau baju melayu lengkap bersamping dan stoking, kasut kulit hitam serta bersongkok hitam (WAJIB).

b) Wanita -  Baju kurung / kebaya warna bebas, bertudung hitam, kasut
                    bertutup yang bersesuaian. Selipar atau ‘sandle’ tidak
                    dibenarkan.
  
6.2      Cara pemakaian dan penampilan diri hendaklah kemas, lengkap dan sopan sesuai dengan imej pelajar Institut Kemahiran Belia Negara. Graduan yang tidak mematuhi tatacara berpakaian dan penampilan diri yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai majlis sama sekali. Sebagai contoh berpakaian menjolok mata, berseluar jeans, kasut sukan (snickers), berambut panjang bagi graduan lelaki dan lain-lain.

  
7.     PINJAMAN DAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN
   
7.1      Pinjaman dan pemulangan jubah akan dibuat di Kaunter Penerimaan (Reception Counter), Aras C (Concourse), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut ketetapan berikut:

Tarikh Konvokesyen : 24 Jun  2013 (Isnin)

Sesi 1
Tarikh Ambil Jubah    :               23 Jun 2013 (Ahad)  ( 2.00-3.00ptg ) & ( 4.00-6.00 ptg )
Tarikh Pulang Jubah   :               24  Jun 2013 (Isnin) ( 2.00 – 4.00ptg )


Tarikh Konvokesyen                :  25 Jun  2013 (Selasa)

Sesi 2
Tarikh Ambil Jubah    :               24 Jun  2013 (Isnin) ( 7.30pagi – 12.30pagi )
Tarikh Pulang Jubah   :               25 Jun  2013 (Selasa) ( 2.00 – 4.00petang )


7.2      Semua graduan diminta mematuhi jadual pinjaman dan pemulangan jubah konvokesyen seperti yang telah ditetapkan di atas. Sijil Tamat Latihan graduan tidak akan diserahkan sekiranya jubah tidak dipulangkan seperti jadual yang ditetapkan.


8.    BORANG KEBOLEHPASARAN GRADUAN / ALUMNI IKBN 

8.1      Semua graduan diminta untuk melengkapkan Borang Kebolehpasaran Graduan / Alumni IKBN yang disertakan dan mengembalikan semula ke Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan menggunakan sampul surat bersetem yang telah disediakan beserta dengan KAD/SLIP JAWAPAN KEHADIRAN sebelum 10 Jun 2013.


9.     TUNTUTAN SIJIL


9.1       Bagi graduan yang tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen ini, sijil boleh dituntut di IKBN masing-masing mulai 15 Ogos 2013.

9.2     Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh pihak IKBN. Walau bagaimanapun, pihak IKBN tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas sijil tersebut.


10.  HAL-HAL LAIN

10.1     Sila bawa Buku Keterangan ini semasa menghadiri raptai dan majlis konvokesyen.

10.2     Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai majlis konvokesyen ini, sila hubungi pihak Urusetia ditalian 03-8871  3653 / 3652 / 3685 / 3646 / 3651

10.3     Tarikh-tarikh penting untuk graduan seperti di Jadual 3.

10.4     Pihak Urusetia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan makan minum kepada graduan atau tetamu untuk Majlis Konvokesyen ini.

JADUAL 3

SESI 1
SESI 2

Raptai


23 Jun 2013  (Ahad)
( 3.00 – 4.00 ptg)


Daftar Graduan & Ambil Jubah
(Reception Counter), Aras C (Concourse)


23 Jun 2013  (Ahad)
(2.00ptg – 3.00 ptg)
Rehat
(4.00ptg – 6.00 ptg)


24 Jun 2013
(Isnin)
(7.30 -  12.30tgh)


Berbaris Untuk Perarakan Masuk
(Ruang Legar, Dewan Plenary,
Aras 3)


24 Jun 2013
(Isnin)
(7.30 pagi)


25 Jun 2013
(Selasa)
(7.30 pagi)


Majlis Konvokesyen


24 Jun 2013
 (Isnin)
 (8.00 pagi)


25 Jun 2013
 (Selasa)
(8.00 pagi)

Pulang Jubah


24 Jun 2013
 (Isnin)
(2.00 – 4.00 ptg)


25 Jun 2013
 (Selasa)
(2.00 – 4.00 ptg)
Tuntutan Sijil
(Reception Counter), Aras C (Concourse)

24 Jun 2013
 (Isnin)
2.30 ptg – 4.30 ptg


25 Jun 2013
 (Selasa)

2.30 ptg – 4.30 ptg

Tuntutan Gambar
(Reception Counter), Aras C (Concourse)

24 Jun 2013
 (Isnin)
4.30 ptg – 6.30 ptg


25 Jun 2013
 (Selasa)
4.30 ptg – 6.30 ptg