« »

Carian Lain

Sabtu, 31 Ogos 2013

Sambutan Kemerdekaan

31 Ogos 2013.  



Ambang Kemerdekaan di Pontian

30 Ogos 2013. Seramai 60 orang pelajar KKBN Pontian telah dijemput mengibarkan bendera pada malam kemerdekaan. Mereka juga dibekalkan baju yang berwarna striking. Seawal 8:30 malam bas bertolak dari KKBN Pontian. Antara artis yang dijemput hadir adalah ……. Majlis berakhir jam .... Pelajar tiba di KKBN Pontian kira-kira jam 2:30 pagi.

Ambang Merdeka di KKBN Pontian

30 Ogos 2013. Bermula jam 9:00 malam, dengan pelbagai pertandingan seperti pidato, koir, panthoman, kenderaan berhias, kelas ceria dan poster kemerdekaan. Majlis diserikan dengan percikan bunga api sebanyak 58 das. Pelajar dari jurusan ppw juga mempersembahkan formation menggunakan tanglong dan bendera besar.






 Tepat jam 12 malam, bunga api diletupkan sebanyak 56 das. Laungan kemerdekaan bergema di seluruh pelusuk kkbn Pontian. Upacara memotong kek juga diadakan diketuai oleh pengarah KKBN Pontian.

Derma Darah

29 Ogos 2013. Sepertimana tahun-tahun lepas, Program Derma Darah dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Program tersebut bermula jam 9:30 sehingga 2:00 petang.





Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri KOBENA 2013

28 Ogos 2013. Jam 10 pagi, seramai 7 orang petugas KKBN Pontian telah bertolak menuju ke KOBENA dengan menggunakan 2 buah kereta. Kira-kira jam 2 petang mereka sampai dan disambut oleh petugas dan ahli lembaga pengarah KOBENA. Pelbagai makanan disediakan antaranya ialah sate, kambing panggang, nasi minyak dan char kway teow.







Setelah makan dan En. Munawir memperdengarkan 2 buah lagu, jam 3:45 petang, petugas dari KKBN Pontian meminta diri untuk pulang.

Denda

26 Ogos 2013. Tindakan disiplin telah dikenakan kepada pelajar lelaki yang lewat ke kelas. Mereka masih berada di asrama Tanjung pada jam 2 petang sedangkan kelas bermula pada waktu yang sama.




Kembara Mahkota

24 Ogos 2013. Pelajar KKBN Pontian telah dijemput meramaikan dan meyertai pertandingan yang diadakan di Dataran Dato' Jalok Benut bersempena dengan Kembara Mahkota. Seawal jam 930 pagi seramai 40 orang pelajar KKBN Pontian telah bertolak dari kolej. Pelbagai Permainan tradisional telah diadakan seperti teng-teng, lastik getah serta panjat tiang licin.





Suntikan HPV kali ke-3

20 Ogos 2013,seramai 38 orang pelajar wanita KKBN telah menerima suntikan HPV kali terakhir di tapak surau sementara, Dewan Terbuka, KKBN Pontian. Mereka diberi beg sebagai cenderahati.


Selasa, 13 Ogos 2013

Makan 'Selamat Hari Raya'

12 Ogos 2013. Sempena Hari Raya Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Makan-makan bersama warga KKBN yang bertugas pada hari tersebut.




orang paling lapar