Program bermula jam 08:45 sehingga 10:15 dan dimulakan dengan pengisian kad pink sebagai tanda dos yang akan diterima. Kad tersebut perlu untuk kegunaan penerimaan dos yang seterusnya kelak.
Isnin, 21 Januari 2013
Suntikan HPV Percuma
Program bermula jam 08:45 sehingga 10:15 dan dimulakan dengan pengisian kad pink sebagai tanda dos yang akan diterima. Kad tersebut perlu untuk kegunaan penerimaan dos yang seterusnya kelak.
Jumaat, 18 Januari 2013
Pemeriksaan Kesihatan dan Ceramah Bahaya Merokok
Pada 10.30 pagi, ceramah bahaya merokok telah diadakan di dewan tertutup. Ceramah tersebut telah dihadiri oleh semua pelajar dan petugas lelaki.
Khamis, 17 Januari 2013
Majlis suai kenal pelajar dan petugas
Majlis diteruskan dengan Pn. Pengarah memperkenalkan serba sedikit tentang asal usul KKBN Pontian yang dulunya dikenali sebagai Kem Latihan Kemahiran KOBENA, Skudai. Kem latihan tersebut diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. Pelatih di kem ini telah berkhidmat dalam pembinaan fasa pertama UTM. Pada tahun 1999 Institut ini dipindahkan ke Pontian.
Kini terdapat 61 orang petugas di KKBN Pontian yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pentadbiran, Hal Ehwal Pelajar, Kemahiran dan Perkhidmatan. Kemudiannya Pn. Pengarah telah memperkenalkan barisan petugas dan tanggungjawab mereka seorang demi seorang.
Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada petugas yang telah memenangi pertandingan semasa 'PIP' di Kukup Golf Resort yang lalu. Pelajar tahap 2 yang telah menyertai 'Explore Race' turut diberi hamper berupa makanan kepada 3 kumpulan yang berjaya.
Isnin, 14 Januari 2013
Taklimat Pembelajaran Latihan
14 Januari 2013. Pada jam 10:55, Dato' Jamaluddin telah menghadirkan diri ke KKBN Pontian untuk memberi taklimat tentang pembelajaran latihan yang baru. Terlebih dahulu beliau menekankan akan kepentingan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Menurut beliau lagi, negara kita Malaysia sedang mengalami krisis pekerja mahir.

'Time Slot' yang dicadangkan :
06-08 = sarapan
08-10 = teori
10-12 = amali
12-14 = rehat
14-16 = teori/amali
16-18 = English /teori/amali
18-20 = rehat
20-22 = teori/amali
22-23 = rehat
'Time Slot' yang dicadangkan :
06-08 = sarapan
08-10 = teori
10-12 = amali
12-14 = rehat
14-16 = teori/amali
16-18 = English /teori/amali
18-20 = rehat
20-22 = teori/amali
22-23 = rehat
Ahad, 13 Januari 2013
Malam Akrab
11 Januari 2013. Bersempena malam terakhir minggu paradigma, Malam Akrab telah diadakan bermula jam 21:00 sehingga jam 23:00. Kesemua 10 kumpulan telah mengadakan persembahan bertemakan filem-filem Tan Sri P-Ramlee. Antara filem tersebut termasuklah Pendekar Bujang Lapok, Do Re Mi dan Ali Baba dengan 40 orang penyamun.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pn. Pengarah bersama keluarga serta Ustaz Azlan yang juga bekas tenaga pengajar di KKBN Pontian. Setelah persembahan selesai, semua kumpulan diberi hadiah saguhati yang berupa botol air setiap seorang. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Pengarah. Kumpulan 4 telah dinobatkan sebagai kumpulan terbaik sesi 01/13.
Sebagai tanda penghargaan Pn. Pengarah dihadiahkan sebuah hasil seni terbaik pelajar sesi 01/2013. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga diberi sebuah hasil seni dari Ketua Fasilitator, En. Sahimi bin Md Lana.
Majlis diteruskan dengan kejutan buat KJ HEP yang meraikan hari lahirnya pada hari tersebut.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Azlan.

Selasa, 8 Januari 2013
Selamat Datang Pelajar Baru sesi 01/2013
07 Januari 2013. Hari Pendaftaran Pelajar baru telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Seramai 160 orang pelajar baru telah mendaftar dalam pelbagai bidang di KKBN. Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi, pada jam 10.00 pagi pula para ibu bapa menerima taklimat dari Puan Pengarah, seterusnya En. Samiri bin Marsahit sebagai Ketua Jabatan Kemahiran dan diakhiri oleh En. Anamallah bin Hj. Yunan sebagai Pegawai Latihan dan Bimbingan.
Performance Improvement Programme 2013
Kursus dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ahli Lembaga Pengarah KKBN serta memperkenalkan ahli Lembaga Pengarah yang baru iaitu En. Shahrizal bin Sabarudin seorang pakar dalam bidang kejuruteraan.
Antara perkara yang disentuh sepanjang kursus adalah keghairahan dan keseronokan ketika bekerja. Semua petugas diingatkan supaya sentiasa melakukan yang terbaik bagi kepuasan diri sendiri dan kebaikan kepada KKBN Pontian. 'Jadilah Kayu Nan Seinci' itulah pepatah yang sering diucapkan oleh En. Menet bin Saad sebagai perumpamaan semua petugas mempunyai peranan yang tersendiri walaupun kecil bagi memastikan KKBN tetap teguh sehingga kini. Peranan seorang ketua dan pasukannya dizahirkan dengan memperlihatkan cerita pendek tentang sekumpulan semut.
Aktiviti diteruskan dengan penggunaan ekor merak bagi membezakan hasil kerja secara fokus dan tidak fokus.
pada sebelah petang pula, Aktiviti secara berpasukan dijalankan antaranya ialah cara yang terbaik bagi menyampaikan pesanan dengan jelas, memberi dan menerima arahan secara dua hala. Sebelum mengakhiri kursus tersebut perbezaan ketahanan secara individu dinilai dan diharap semua petugas dapat mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Sebelum pulang, sesi bergambar semua peserta serta Ahli Lembaga Pengarah KKBN yang hadir diadakan.
Langgan:
Catatan (Atom)