10Mei 2012 KKBN Pontian En Abdul Razak Bin Hashim yang merupakan pengajar PW2 Sem 4 telah mengadakan Percubaan Amali Akhir untuk memberikan pendedahan yang lebih baik di dalam pendawaian elektrik, walaupun di dalam keadaan yang serba meriah dengan pelbagai program yang telah diatur, pelatih tidak dapat lari dengan latihan-latihan yang ditetapkan.
Jumaat, 11 Mei 2012
Isnin, 7 Mei 2012
KKBN Pontian Sokong Kolej Komuniti Bandar Penawar
5Mei 2012 Perkarangan Dewan Kejora bandar Penawar Tuan Pengarah dan pegawai KKBN Pontian telah hadir ke Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Sebagai Hab Upskilling & Reskilling & Kolaborasi Strategik Bersama IRDA & Industri Minyak Dan Gas sebagai tanda sokongan terhadap perkembangan teknologi kemahiran di negara ini. Majlis yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Mohamed Khalid Bin Nj. Nordin, Menteri Pengajian Tinggi ini telah memberikan satu penghormatan dan anjakan kepada bidang kemahiran di Malaysia dimana dengan adanya program seperti ini, belia dan masyarakat setempat akan menerima kesan yang positif secara tidak langsung.
Rabu, 2 Mei 2012
KKBN Pontian Meraikan Larian Bendera Sang Saka Bangsa
2Mei 2012 KKBN Pontian Pelatih dan petugas meraikan peserta perarakan Program Larian 'Sang Saka Bangsa' yang merupakan program sambutan ulang tahun ke-66 penubuhan UMNO. Para pelatih KKBN dan petugas telah berdiri sepanjang jalan di hadapan KKBN Pontian bagi memeriahkan lagi program tersebut. Para peserta Program Larian 'Sang Saka Bangsa' telah diberikan sorakan yang hebat dan paluan kompang sebagai tanda sokongan dari KKBN Pontian.
Hari Pekerja : Sukan Kelab Keluarga 2012
1Mei 2012 KKBN Pontian Hari Pekerja kali ini telah disambut meriah oleh petugas-petugas KKBN Pontian dengan berlangsungnya Hari Sukan Kelab Keluarga 2012 anjuran Kelab Keluarga KKBN Pontian. Pelbagai aktiviti telah diaturkan dengan pelbagai hadiah disediakan bagi pemenang. Aktiviti yang meliputi petugas dan ahli keluarga telah menzahirkan suasana kekeluargaan dan keakraban yang begitu harmoni. Turut memeriahkan program ini adalah kehadiran Pengerusi KKBN Pontian iaitu YBhg. Dato’ Dr Jamaluddin Bin Abdul Hamid yang telah meluangkan masa dalam merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada kali ini.
Isnin, 30 April 2012
KKBN Pontian Dikunjungi MPC
30April 2012 KKBN Pontian Warga KKBN Pontian hari ini telah dilawati oleh wakil dari Malaysia
Productivity Corporation ( MPC ) yang hadir untuk memberikan taklimat
dan pendedahan mengenai Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti kepada
semua pertugas. Pendedahan seperti ini memang amat diperlukan kerana
sistem ini telalu baru bagi petugas KKBN Pontian. Namun begitu,
kerjasama yang baik diberikan oleh wakil MPC telah berjaya membuka
minda petugas yang hadir di dalam sesi taklimat ini.
Khamis, 26 April 2012
Percubaan Amali Akhir PW2 Sem 4 Siri 2
26April 2012 Bengkel Jurusan Teknologi Pendawaian Elektrik KKBN Pontian Pelatih Jurusan Teknologi Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) Semester 4 sedang melalui Percubaan Amali Akhir di dalam pengawasan Encik Abdul Razak Bin Hashim (Pengajar PW2 Sem 4). Objektif percubaan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelatih keadaan sebenar Peperiksaan Amali Akhir dan mendapatkan maklumat tahap kefahaman dan kemahiran pelatih agar segala kekurangan dan kesilapan dapat diatasi sebelum peperiksaan sebenar berlangsung.
Rabu, 25 April 2012
Pertandingan Mencipta Logo Dan Slogan 5S KKBN PONTIAN
25April 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Promosi di bawah Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan 5S KKBN Pontian bermula hari ini hingga jam 10.00 pagi 30 April 2012. Pertandingan yang terbuka kepada pelatih dan petugas KKBN Pontian ini akan dinilai oleh Jawatankuasa Induk 5S KKBN Pontian dan pemenang akan diumumkan semasa Hari Pelancaran 5S pada 4 Mei 2012. Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah menarik dan logo yang terpilih akan dijadikan logo rasmi 5S di KKBN Pontian. Hantar logo ciptaan anda ke Pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut boleh berjumpa En. Muhammad Azwan Musa (Pegawai Promosi, Jawatankuasa 5S Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian).
Pelatih KKBN Diuji Lagi !!!
25April KKBN Potian Pada pada hari ini sehingga 26 April 2012. Pelatih KKBN Pontian akan diuji kefahaman mereka oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berdasarkan latihan yang dilaksanakan sepanjang 25-26 April 2012 di dalam Kursus Pertahanan Awam Sesi 2/2012. Semua pelatih dari Tahap 2 semua jurusan terlibat di dalam kursus ini. Pelatih akan diajar mengenai kaedah menangani dan membantu sewaktu kecemasan dan kecederaan di dalam pelbagai keadaan. Sijil Asas Jabatan Pertahanan Awam akan diberikan kepada pelatih yang lulus di dalam ujian yang disediakan oleh Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian.
Langgan:
Catatan (Atom)


