13Julai 2012 KKBN Pontian Pada 14-15 Julai 2012 KEMAS akan mengadakan Mini Karnival Pemakanan Sihat yang memberikan pendedahan kepada penduduk sekitar Johor dan Parlimen Pontian khususnya akan kepentingan mengamalkan pemakanan sihat. Program julung kali diadakan ini akan dirasmikan oleh Datuk Ahmad bin Maslan dan pelbagai pengisian telah dirancang sepanjang program ini berlangsung dan tentu sekali akan memberikan maklumat yang terbaik. Semua dijemput hadir.
Jumaat, 13 Julai 2012
Majlis Perpisahan Pengarah KKBN Pontian Anjuran Kelab Keluarga KKBN Pontian
Khamis, 12 Julai 2012
Majlis Perpisahan Mantan Pengarah KKBN Pontian Bersama Petugas Dan Pelajar
Isnin, 9 Julai 2012
Selamat Kembali
9Julai 2012 KKBN Pontian Suasana ceria telah dirasai di KKBN Pontian dengan kepulangan pelajar yang menyambung latihan kemahiran pada perhimpunan pagi ini. Wajah-wajah yang telah bercuti hampir 2 minggu telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan dalam mendapatkan kemahiran yang telah mula dikutip pada sesi 1/2012 lalu. Kami di KKBN Pontian bersyukur, berbangga dan gembira di atas kepulangan pelajar-pelajar dalam keadaan selamat dan sihat dengan harapan agar pelajar-pelajar ini terus berusaha untuk mendapatkan sebanyak mana ilmu dan kemahiran yang diinginkan di KKBN Pontian. SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DAN SELAMAT BERJAYA
Khamis, 5 Julai 2012
Pendaftaran Pelajar Sesi 2/2012
2Julai 2012 KKBN Pontian Bermula jam 8.30 pagi, keadaan di KKBN Pontian semakin meriah dengan kehadiran dan pelajar yang akan mendaftar untuk mengikuti latihan kemahiran pada sesi 2/2012 ini. Seramai hampir 140 orang dijangka hadir untuk mendaftar dan bilangan tersebut akan semakin meningkat dalam masa 2 minggu akan datang. Tahniah diucapakan kepada pelajar yang telah diterima masuk dan selamat berjaya di dalam menghadapi Minggu Paradigma dan sesi pembelajaran yang akan berlangsung. Pelatih yang menyambung semula pembelajaran akan mula mendaftar pada 8 Julai ini untuk meneruskan latihan ke tahap yang seterusnya.
Khamis, 21 Jun 2012
Tahniah & Selamat Berjaya
Sabtu, 9 Jun 2012
Majlis Perpisahan Sesi 1/2012 " Sireh Pulang Ke Gangang"
8Jun 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar KKBN Pontian di atas penganjuran Majlis Perpisahan Sireh Pulang Ke Gangang Sesi yang bertemakan Irama Malaysia pada sesi ini. Walaupun dalam tempoh yang terhad dan dihimpit dengan pelbagai program terutamanya 5S dan persediaan Peperiksaan Akhir Sesi 1/2012, majlis yang meriah ini dapat dilaksanakan dengan baik. Pelbagai bakat pelatih KKBN Pontian dapat dilihat dengan terhidangnya persembahan nyanyian, life band dan zapin sepanjang majlis ini berlangsung. Kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah dan petugas KKBN Pontian dimajlis ini telah dapat menggambarkan sokongan yang tidak terhingga terhadap perlaksanaan program yang menggilap bakat pelatih seperti ini. Kehadiran dua moskot nanas dan parti kejutan buat pelatih yang menyambut hari lahir pada 8 Jun telah menambahkan lagi keceriaan majlis ini.
Jumaat, 1 Jun 2012
Perjumpaan Bulanan Mei-Jun2012
1Jun 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Perjumpan Bulanan kali ini memperlihatkan keadaan penuh emosi sewaktu ucapan akhir Pengarah KKBN Pontian En Rahmat Bin Hitam di atas persaraan beliau pada Jun ini. Majlis ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor serta lagu Negaraku dan kemudiannya bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Johari Bin Mohd Shah. Urusetia Latihan, En Samiri Bin Marsahit pula mengambil tempat selepas itu dengan menyampaikan maklumat mengenai Peperiksaan Akhir Sesi 1/2012 diikuti pula dengan ucapan Pengarah KKBN Pontian. "Pastikan bunga-bunga yang mekar di KKBN sekarang menjadi buah" itu adalah antara petikan beliau yang mengingatkan kepada warga KKBN Pontian agar memelihara hasil yang dibentuk melalui perlaksanaan 5S ini agar terus terjaga dan mendatangkan hasil. Beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat penting mengenai perjalanan dan pengurusan organisasi serta peperiksaan akhir yang akan berlangsung. Beliau kemudiannya telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang program sukan yang telah berlangsung sepanjang Mei lalu iaitu Pertandingan Merentas Desa, Pertandingan Indoor Pelatih Lelaki dan Pertandingan Indoor Wanita. Pengarah KKBN Pontian juga telah menampaikan hadiah penghargaan kepada zon-zon dan individu yang telah memeriahkan perlaksanaan 5S.
Langgan:
Catatan (Atom)

