« »

Carian Lain

Khamis, 18 Oktober 2012

Perlawanan Persahabatan - MRSM Pontian


17 Oktober 2012 Perlawanan persahabatan telah diadakan diantara KKBN Pontian dan Maktab Rendah Sains Mara Pontian. Perlawanan ini hanya melibatkan acara Badminton (indoor) dan bola sepak. Ia berlangsung dari jam 16:00 sehingga jam 19:00. Tahniah kepada pasukan Badminton kerana berjaya menewaskan pasukan lawan!

Perlawanan Bola Tampar bersama Petugas






16 Oktober 2012 Perlawanan Bola Tampar diantara pelajar dan petugas telah diadakan di KKBN Pontian dari jam 09:00 sehingga 11:00.

Perlawanan Persahabatan - Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian, Johor


Sepak Takraw

Bola Tampar





15 Oktober 2012. Perlawanan persahabatan diantara kontigen KKBN Pontian dan Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian telah diadakan. Perlawanan ini melibatkan lima acara iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton dan Sepak Takraw. Ia telah diadakan di Kolej Matrikulasi tersebut dari jam 15:30 sehingga jam 17:30.Sejuta tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw kerana berjaya membawa pulang kemenangan tunggal untuk KKBN Pontian.

Rabu, 17 Oktober 2012

Program Bersama Masyarakat








13 Oktober 2012 Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah dijemput untuk meramaikan Program Bersama Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Seramai 5 orang pelajar KKBN hadir diiringi oleh En. Abd Aziz bin Lahim dan En. Kamaruddin bin Salleh. Program ini berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula pada jam 8.30 malam.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kursus Sehari Orang Awam bersama JPAM



11 Oktober 2012 Kursus sehari orang awam telah diadakan di KKBN Pontian. Program ini telah  diadakan hasil kerjasama pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Pontian bersama Kolej Kemahiran Belia Nasional. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah semua pelajar KKBN Pontian tahap 1 dan 2.

Isnin, 24 September 2012

Sukan Persahabatan KKBN Pontian - IKBN Pagoh





22 September 2012 KKBN Pontian Terima kasih diucapkan kepada Team Sukan IKBN Pagoh yang sudi hadir untuk sama-sama menyertai Program Sukan Persahabatan yang diharapkan dapat meningkatkan hubungan duahala bukan sahaja dari skop pengurusan malahan aktiviti-aktiviti kesukanan. Segala kelemahan yang dihadapi oleh Team KKBN Pontian sepanjang program berlangsung telah pun dikenalpasti dan ini akan menjadi satu motivasi dan pemangkin kepada peserta untuk lebih berusaha agar memperolehi kejayaan di Kejohanan Sukan IKBN/IKTBN/KKBN SeMalaysia yang akan berlangsung Oktober ini.

Jumaat, 21 September 2012

Perjumpaan Bulanan KKBN Pontian:September 2012




  
21
September 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian
Perjumpaan Bulanan September 2012 telah diadakan pada 8.30 pagi dengan mengutarakan pelbagai informasi, pesanan dan kata-kata oleh Pemangku Pengarah KKBN Pontia, Pn Zunaidah Binti Abd Razak. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu rasmi KKBN Pontian dan diteruskan dengan bacaan doa. Majlis selepas itu telah mendengar ucapan dari Pemangku Pengarah yang meliputi aspek kehadiran, perlaksanaan 5S dan perkembangan semasa KKBN Pontian. Penyerahan sijil dan insentif kepada peserta dan jurulatih yang telah mengharumkan nama KKBN Pontian di Pertandingan Tilawah Al-Quran Dan Nasyid IKBN/IKTBN/KKBN SeMalaysia pula mengambil tempat di dalam aturcara kali ini. Di majlis ini juga Jawatankuasa MPP diperkenalkan secara rasmi mengikut portfolio masing-masing yang akan menggalas tugas sebagai perantara dan penyampai isi hati pelatih KKBN Pontian kepada pengurusan dalam usaha memantapkan KKBN Pontian.

Selasa, 18 September 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri 2012 UMNO Parlimen Pontian Di KKBN Pontian






17September 2012 Dewan Terbuka,KKBN Pontian Di dalam suasana Aidilfitri yang masih tersisa, UMNO Parlimen Pontian dan penganjur bersama iaitu Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2012 untuk meraikan ahli UMNO diseluruh Parlimen Pontian. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato Hj Ahmad Bin Maslan (Ketua Penerangan UMNO) dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian. Majlis yang bermula 10.00 pagi ini telah dimeriahkan dengan persembahan artis je,putan dari Warisan Johor dan para hadirin telah dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak sepanjang majlis ini berlangsung.