« »

Carian Lain

Isnin, 30 April 2012

KKBN Pontian Dikunjungi MPC


30April 2012 KKBN Pontian Warga KKBN Pontian hari ini telah dilawati oleh wakil dari Malaysia Productivity Corporation ( MPC )  yang hadir untuk memberikan taklimat dan pendedahan mengenai Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti kepada semua pertugas. Pendedahan seperti ini memang amat diperlukan kerana sistem ini telalu baru bagi petugas KKBN Pontian. Namun begitu, kerjasama yang baik  diberikan oleh wakil MPC telah berjaya membuka minda petugas yang hadir di dalam sesi taklimat ini.

Khamis, 26 April 2012

Percubaan Amali Akhir PW2 Sem 4 Siri 2


26April 2012 Bengkel Jurusan Teknologi Pendawaian Elektrik KKBN Pontian Pelatih Jurusan Teknologi Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) Semester 4 sedang melalui Percubaan Amali Akhir di dalam pengawasan Encik Abdul Razak Bin Hashim (Pengajar PW2 Sem 4). Objektif percubaan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelatih keadaan sebenar Peperiksaan Amali Akhir dan mendapatkan maklumat tahap kefahaman dan kemahiran pelatih agar segala kekurangan dan kesilapan dapat diatasi sebelum peperiksaan sebenar berlangsung.

Rabu, 25 April 2012

Pertandingan Mencipta Logo Dan Slogan 5S KKBN PONTIAN


25April 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Promosi di bawah Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan 5S KKBN Pontian bermula hari ini hingga jam 10.00 pagi 30 April 2012. Pertandingan yang terbuka kepada pelatih dan petugas KKBN Pontian ini akan dinilai oleh Jawatankuasa Induk 5S KKBN Pontian dan pemenang akan diumumkan semasa Hari Pelancaran 5S pada 4 Mei 2012. Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah menarik dan logo yang terpilih akan dijadikan logo rasmi 5S di KKBN Pontian. Hantar logo ciptaan anda ke Pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut boleh berjumpa En. Muhammad Azwan Musa (Pegawai Promosi, Jawatankuasa 5S Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian).

Pelatih KKBN Diuji Lagi !!!


25April KKBN Potian Pada pada hari ini sehingga 26 April 2012. Pelatih KKBN Pontian akan diuji kefahaman mereka oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berdasarkan latihan yang dilaksanakan sepanjang 25-26 April 2012 di dalam Kursus Pertahanan Awam Sesi 2/2012. Semua pelatih dari Tahap 2 semua jurusan terlibat di dalam kursus ini. Pelatih akan diajar mengenai kaedah menangani dan membantu sewaktu kecemasan dan kecederaan di dalam pelbagai keadaan. Sijil Asas Jabatan Pertahanan Awam akan diberikan kepada pelatih yang lulus di dalam ujian yang disediakan oleh Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian.

Selasa, 24 April 2012

KKBN Pontian Menabur Bakti


24April 2012 Lorong Kemang, Bt. 36 Jalan Johor Pelatih Penyeliaan Teknologi Awam dan petugas KKBN Pontian sedang melaksanakan pembaikan rumah di dalam Program IKBN Bersama Rakyat Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dan dijangka selesai pada 30 April 2012. Program ini adalah untuk memperbaiki dua buah rumah penduduk di kawasan  tersebut yang telah uzur. Dengan bantuan seperti ini diharapkan penduduk tersebut dapat menduduki rumah yang lebih selesa dan selamat.

Isnin, 23 April 2012

Pelatih Teknologi Awam KKBN Diuji


23April 2012 Bengkel Teknologi Awam KKBN Pontian Pelatih Jurusan Teknologi Awam KKBN Pontian hari ini sedang menjalani Ujian Kreditasi Sesi 1/2012. Pengujian ini diselia oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) dilaksanakan 2 kali setahun bagi memastikan kualiti pelatih KKBN Pontian di dalam tahap terbaik demi memenuhi keperluan sektor pembinaan pada masa ini. Pelatih yang lulus dalam menjalani pengujian ini yang dinilai dalam skop mengikat bata dan pemasangan jubin akan menerima sijil yang diiktiraf oleh CIDB.

Jumaat, 20 April 2012

Sukan Kelab Keluarga 2012


20April 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Kelab Keluarga KKBN Pontian akan mengadakan Sukan Kelab Keluarga 2012 pada 1 Mei 2012 dalam pengertian menyambut Hari Pekerja. Program ini yang khusus diadakan untuk petugas KKBN Pontian dan keluarga bagi mengeratkan lagi perhubungan dan kerjasama yang sedia terjalin. Acara yang akan di pertandingkan adalah seperti badminton, bola jaring, karom, dart dan pertandingan mewarna. Acara yang telah disusun akan berlangsung sepenuhnya di Dewan Terbuka KKBN Pontian

Rabu, 18 April 2012

Lawatan Dari Sekolah Menengah Parit Betak


18April 2012 KKBN Pontian Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak telah melakukan lawatan pendidikan kemahiran di KKBN Pontian. Seramai 36 orang pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 bersama 2 guru pengiring telah selamat tiba di KKBN Pontian pada pukul 2.00 petang. Delegasi ini secara keseluruhannya akan diberikan maklumat umum mengenai KKBN Pontian dan mendapat penerangan mengenai kursus yang ditawarkan. Para pelajar dan guru ini juga dapat melihat demonstrasi kemahiran yang ditunjukkan oleh pelatih KKBN Pontian sepanjang lawatan ini.