« »

Carian Lain

Ahad, 30 Jun 2013

Legoland




27 Jun 2013. Seramai 50 orang kakitangan Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah meluangkan masa bersama-sama di Legoland, Johor. Aktiviti yang diusulkan oleh Pn. Pengarah itu disambut baik dan dapat merapatkan lagi silaturrahim di kalangan kakitangan di samping bersantai sementara pelajar baru akan mendaftar pada 1 Julai ini.



Tepat jam 9:15 pagi, kedua-dua bas memulakan perjalanan dari KKBN Pontian.

Konvokesyen kali ke-9



 24 & 25 Jun 2013. Konvokesyen kali ke-9 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.



Ahad, 16 Jun 2013

Malam Perpisahan

15 Jun 2013. Malam perpisahan telah diadakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis yang bermula jam 9:30 malam itu turut dihadiri oleh petugas serta tenaga pengajarKolej Kemahiran Belia Nasional Pontian. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pn. Pengarah KKBN Pontian sejurus selepas persembahan zapin diadakan.






Majlis tersebut berakhir jam 1:00 pagi yang dipenuhi dengan pelbagai aturcara temasuk pertunjukan fesyen.

Isnin, 10 Jun 2013

Gerbang Kerjaya



6 Jun 2013. Perasmian Gerbang Kerjaya telah diadakan di Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian bermula jam 9:00 pagi. Selepas perasmian diadakan, Pelajar yang akan mengadakan persembahan di Majlis Konvokesyen mempersembahkan tarian zapin mereka.



Beberapa syarikat telah turut datang mengadakan temuduga terbuka khusus untuk pelajar KKBN Pontian. Antara syarikat tersebut adalah Sis Speedy Industrial Supplies Sdn. Bhd., Recron M Sdn. Bhd.Toyota Pontian, Hani's Choice, ZUEL dan S&R.





















 Program tersebut diserikan dengan pameran dari agensi badan kerajaan seperti Anti-Dadah, Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.










Jumaat, 17 Mei 2013

Perjumpaan Bulanan serta Sambutan Hari Guru

16 Mei 2013. Sambutan Hari Guru telah diadakan buat julung kalinya di KKBN Pontian oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Hujan lebat telah menyambut kedatangan Hari Guru, namun acara yang diatur tetap dijalankan seperti biasa. Majlis Sambutan Hari Guru dimulakan dengan Perjumpaan Bulanan yang dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari Subjek Umum.

 
Terlebih dahulu majlis dibuka dengan ucapan oleh Tn Hj Aziz bin A. Rahman selaku Ketua Jabatan Subjek Umum. Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan 'Selamat Hari Belia' 'Hari Ibu' dan 'Hari Guru'. Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis ini. dalam ucapannya, beliau turut berharap agar Menteri Belia dan Sukan yang baru, En. Khairy bin Jamaluddin akan membawa satu gelombang baru untuk orang-orang muda.

Ucapan dari Pn. Pengarah menyusul selepas itu. Beliau menyatakan sambutan Hari Guru belum pernah diadakan di KKBN Pontian kerana menyambut Hari Belia. Inilah masanya untuk menilai program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar selepas perhimpunan ini. Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengingatkan para pelajar akan peperiksaan yang menjelang tiba. Sehubungan dengan itu juga, kedatangan pelajar harus dijaga supaya tidak mendatangkan masalah ketika peperiksaan kelak.

Buat pengetahuan semua pihak, pemeriksa yang akan datang dari IKBN-IKBN yang lain dari seluruh Malaysia. Oleh hal yang demikian, diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan imej yang baik kepada pihak yang berkenaan.

Dikesempatan itu juga, Pn Pengarah telah mengumumkan anugerah pekerja cemerlang kepada 3 orang pekerja yang diyakini layak iaitu En. Kusnan bin Parkan dan Cik Nurafizah binti Samsudin yang telah memberi banyak sumbangan serta usaha mendidik dan menasihat pelajar tanpa mengenal penat lelah.

Pn. Pengarah juga mengumumkan untuk menyerahkan Program Pertandingan Nyanyian Tradisional, Koir Patriotik kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk menguruskannya. Semoga Majlis Perwakilan Pelajar dapat melakukan yang terbaik



Jam 9:10 pagi, Pengajar kemahiran asas menyanyikan koir 'Kami Guru Malaysia' bersama semua tenaga pengajar.


Perhimpunan pagi diakhiri dengan persembahan dari semua tenaga pengajar subjek umum iaitu berbalas pantun dan sajak. En. Sahimi pula menggunakan khidmat MPP untuk menunjukkan bahawa jika kita mahukan sesuatu, kita mesti melakukan sesuatu dan nyanyian lagu 'Aku Janji' versi IKLIM (Suci Dalam Debu)

Isnin, 13 Mei 2013

Program Belia Bersama Menteri

3 Mei 2013, Bangunan Haji Resad, Benut. Seramai 80 orang pelajar telah menyertai Program Belia Bersama Menteri. Program tersebut bermula jam 14:30 sehingga 16:30.









Khamis, 2 Mei 2013

Program Peluang Ekonomi kepada Generasi Muda.

1 Mei 2013. Seramai 96 orang pelajar KKBN Pontian telah menyertai program tersebut dengan diiringi oleh Pegawai yang bertugas iaitu En. Abd. Aziz bin Lahim dan En. Suhilme bin Supar.

Kursus Pertahanan Awam


30 April 2013. Seramai 178 pelajar tahap 1 diwajibkan menyertai Kursus Pertahanan Awam. Kursus tersebut bermula dari jam 08:00 sehingga jam 16:30. Antara ceramah dan demonstrasi yang dijalankan termasuklah pertolongan cemas dan cara menggunakan pemadam api. Kursus tersebut dibimbing oleh 5 orang pegawai JPAM Pontian.