Setibanya mereka di sana, mereka di pandu arah untuk meletakkan kenderaan yang kemudiannya menuju ke Dewan Terbuka untu proses pendaftaran.
Di Dewan Terbuka, mereka disambut oleh Pn. Juminah seterusnya diberikan angka giliran.


Ruang meletakkan beg disediakan mengikut jurusan.
Kira-kira jam 10:00 pagi, Ibu bapa dan pelajar dijemput minum pagi. Sedikit penerangan tentang KKBN dijelaskan oleh Pn. Pengarah selepas minum pagi. En. Samiri turut memperjelaskan tentang ruang masa depan pelajar samada mereka mahu melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan.

Jam 11:00 tengahari, proses pendaftaran selesai dan sesi soal jawab diadakan. Majlis berakhir jam 12:15 tengahari, pelajar diminta mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa mereka. Pelajar kemudiannya dibawa ke Masjid Pulai Sebatang uuntuk solat Zohor berjemaah.
Selepas Solat Zohor, mereka dibawa ke asrama untuk tujuan penempatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan