20 Julai 2013. Seramai 180 orang pelajar telah dan akan mengikuti program Jelajah Masjid di Masjid-masjid Jamek yang berdekatan. Aktiviti tersebut dijalankan sepanjang hujung minggu pada bulan Ramadhan yang mulia ini.Selasa, 23 Julai 2013
Jelajah Masjid
20 Julai 2013. Seramai 180 orang pelajar telah dan akan mengikuti program Jelajah Masjid di Masjid-masjid Jamek yang berdekatan. Aktiviti tersebut dijalankan sepanjang hujung minggu pada bulan Ramadhan yang mulia ini.Selasa, 2 Julai 2013
Pendaftaran 02/2013
1 Julai 2013. Seramai 122 orang pelajar telah mendaftar di Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian. Sebelum jam 8:00 pagi,segelintir ibu bapa dan pelajar telah datang untuk mendaftar.
Setibanya mereka di sana, mereka di pandu arah untuk meletakkan kenderaan yang kemudiannya menuju ke Dewan Terbuka untu proses pendaftaran.
Di Dewan Terbuka, mereka disambut oleh Pn. Juminah seterusnya diberikan angka giliran.

Proses pendaftaran dilalui yang diikuti oleh proses pembayaran yang diuruskan oleh Ketua Jabatan mengikut jurusan masing-masing.
Ruang meletakkan beg disediakan mengikut jurusan.
Kira-kira jam 10:00 pagi, Ibu bapa dan pelajar dijemput minum pagi. Sedikit penerangan tentang KKBN dijelaskan oleh Pn. Pengarah selepas minum pagi. En. Samiri turut memperjelaskan tentang ruang masa depan pelajar samada mereka mahu melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan.

Jam 11:00 tengahari, proses pendaftaran selesai dan sesi soal jawab diadakan. Majlis berakhir jam 12:15 tengahari, pelajar diminta mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa mereka. Pelajar kemudiannya dibawa ke Masjid Pulai Sebatang uuntuk solat Zohor berjemaah.
Selepas Solat Zohor, mereka dibawa ke asrama untuk tujuan penempatan.
Kelab warga juga tidak melepaskan peluang untuk melariskan jualan mereka. Barangan keperluan seperti baldi, gayung, berus gigi dan sabun mandi turut dijual di kooperasi Kelab Warga KKBN Pontian.
Setibanya mereka di sana, mereka di pandu arah untuk meletakkan kenderaan yang kemudiannya menuju ke Dewan Terbuka untu proses pendaftaran.
Di Dewan Terbuka, mereka disambut oleh Pn. Juminah seterusnya diberikan angka giliran.

Proses pendaftaran dilalui yang diikuti oleh proses pembayaran yang diuruskan oleh Ketua Jabatan mengikut jurusan masing-masing. Ruang meletakkan beg disediakan mengikut jurusan.
Kira-kira jam 10:00 pagi, Ibu bapa dan pelajar dijemput minum pagi. Sedikit penerangan tentang KKBN dijelaskan oleh Pn. Pengarah selepas minum pagi. En. Samiri turut memperjelaskan tentang ruang masa depan pelajar samada mereka mahu melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan.

Jam 11:00 tengahari, proses pendaftaran selesai dan sesi soal jawab diadakan. Majlis berakhir jam 12:15 tengahari, pelajar diminta mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa mereka. Pelajar kemudiannya dibawa ke Masjid Pulai Sebatang uuntuk solat Zohor berjemaah.
Selepas Solat Zohor, mereka dibawa ke asrama untuk tujuan penempatan.
Kelab warga juga tidak melepaskan peluang untuk melariskan jualan mereka. Barangan keperluan seperti baldi, gayung, berus gigi dan sabun mandi turut dijual di kooperasi Kelab Warga KKBN Pontian.Ahad, 30 Jun 2013
Legoland
27 Jun 2013. Seramai 50 orang kakitangan Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah meluangkan masa bersama-sama di Legoland, Johor. Aktiviti yang diusulkan oleh Pn. Pengarah itu disambut baik dan dapat merapatkan lagi silaturrahim di kalangan kakitangan di samping bersantai sementara pelajar baru akan mendaftar pada 1 Julai ini.

Tepat jam 9:15 pagi, kedua-dua bas memulakan perjalanan dari KKBN Pontian.
Ahad, 16 Jun 2013
Malam Perpisahan
15 Jun 2013. Malam perpisahan telah diadakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis yang bermula jam 9:30 malam itu turut dihadiri oleh petugas serta tenaga pengajarKolej Kemahiran Belia Nasional Pontian. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pn. Pengarah KKBN Pontian sejurus selepas persembahan zapin diadakan.
Majlis tersebut berakhir jam 1:00 pagi yang dipenuhi dengan pelbagai aturcara temasuk pertunjukan fesyen.

Isnin, 10 Jun 2013
Gerbang Kerjaya
6 Jun 2013. Perasmian Gerbang Kerjaya telah diadakan di Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian bermula jam 9:00 pagi. Selepas perasmian diadakan, Pelajar yang akan mengadakan persembahan di Majlis Konvokesyen mempersembahkan tarian zapin mereka.
Program tersebut diserikan dengan pameran dari agensi badan kerajaan seperti Anti-Dadah, Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jumaat, 17 Mei 2013
Perjumpaan Bulanan serta Sambutan Hari Guru
16 Mei 2013. Sambutan Hari Guru telah diadakan buat julung kalinya di KKBN Pontian oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Hujan lebat telah menyambut kedatangan Hari Guru, namun acara yang diatur tetap dijalankan seperti biasa. Majlis Sambutan Hari Guru dimulakan dengan Perjumpaan Bulanan yang dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari Subjek Umum.

Terlebih dahulu majlis dibuka dengan ucapan oleh Tn Hj Aziz bin A. Rahman selaku Ketua Jabatan Subjek Umum. Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan 'Selamat Hari Belia' 'Hari Ibu' dan 'Hari Guru'. Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis ini. dalam ucapannya, beliau turut berharap agar Menteri Belia dan Sukan yang baru, En. Khairy bin Jamaluddin akan membawa satu gelombang baru untuk orang-orang muda.
Ucapan dari Pn. Pengarah menyusul selepas itu. Beliau menyatakan sambutan Hari Guru belum pernah diadakan di KKBN Pontian kerana menyambut Hari Belia. Inilah masanya untuk menilai program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar selepas perhimpunan ini. Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengingatkan para pelajar akan peperiksaan yang menjelang tiba. Sehubungan dengan itu juga, kedatangan pelajar harus dijaga supaya tidak mendatangkan masalah ketika peperiksaan kelak.
Buat pengetahuan semua pihak, pemeriksa yang akan datang dari IKBN-IKBN yang lain dari seluruh Malaysia. Oleh hal yang demikian, diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan imej yang baik kepada pihak yang berkenaan.
Dikesempatan itu juga, Pn Pengarah telah mengumumkan anugerah pekerja cemerlang kepada 3 orang pekerja yang diyakini layak iaitu En. Kusnan bin Parkan dan Cik Nurafizah binti Samsudin yang telah memberi banyak sumbangan serta usaha mendidik dan menasihat pelajar tanpa mengenal penat lelah.
Pn. Pengarah juga mengumumkan untuk menyerahkan Program Pertandingan Nyanyian Tradisional, Koir Patriotik kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk menguruskannya. Semoga Majlis Perwakilan Pelajar dapat melakukan yang terbaik
Jam 9:10 pagi, Pengajar kemahiran asas menyanyikan koir 'Kami Guru Malaysia' bersama semua tenaga pengajar.
Perhimpunan pagi diakhiri dengan persembahan dari semua tenaga pengajar subjek umum iaitu berbalas pantun dan sajak. En. Sahimi pula menggunakan khidmat MPP untuk menunjukkan bahawa jika kita mahukan sesuatu, kita mesti melakukan sesuatu dan nyanyian lagu 'Aku Janji' versi IKLIM (Suci Dalam Debu)

Isnin, 13 Mei 2013
Program Belia Bersama Menteri
Langgan:
Catatan (Atom)