« »

Carian Lain

Ahad, 3 Ogos 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Warga KKBN Pontian

23 Julai 2014. Majlis Khatam Al-Quran bermula sejurus selepas solat Asar bersama pelajar dan Ustaz-Ustaz yang terlibat.

Kira-kira jam 6:30 petang petugas KKBN berkumpul bersama keluarga masing-masing untuk berbuka puasa beramai-ramai. Selepas solat terawih beramai-ramai, moreh disediakan dan Kelab Warga KKBN telah berbesar hati untuk menyumbang sebanyak RM100 setiap orang sebagai duit raye.

Bila Beduk Berbunyi

15 Julai 2014. Seramai 200 orang pelajar menyertai program 'Bila Beduk Berbunyi' yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Pontian.
Program yang berkonsepkan kematian itu, dimuatkan dengan ceramah serta demonstrasi mandi jenazah.

Pendaftaran Pelajar Baru

1 July 2014. Seramai 180 orang pelajar telah mendaftar. Pendaftaran yang bermula jam 8:30 pagi berakhir seawal jam 11 pagi.
Hari Pendaftaran berakhir awal dari biasa disebabkan oleh bulan Ramadhan dan jamuan atau waktu rehat tidak disediakan. Sementara Pelajar menunggu masuknya waktu Zohor, beg mereka diperiksa bagi memastikan tiada barang terlarang yang dibawa.

Kursus MPC Audit

23 Jun 2014. Kursus MPC Audit telah diadakan di bilik Mesyuarat KKBN Pontian. Semua petugas yang masih tidak mempunyai sijil audit telah diwajibkan menghadiri kursus tersebut. Kursus ringkas selama sehari itu banyak memberi ilmu dan perkongsian pengalaman bagaimana aktivi 5S telah diamalkan di Negara Matahari Terbit.

Sayonara Tomo

20 Jun 2014. Majlis perpisahan pelajar telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis kali ini berkonsepkan 'Sayonara Tomo' yang membawa maksud Selamat Tinggal Sahabat.
Pelbagai acara disediakan seperti Pertandingan Sumo, Ddakji dan tidak ketinggalan pertunjukan fesyen.

Majlis diselitkan dengan Penyerahan Bendera Sukan sempena Sukan Antara IKBN, IKTBN dan KKBN se Malaysia yang akan diadakan pada 22 Jun di IKBN Kemasik.

Majlis yang bermula jam 9 malam itu tamat pada tengah malam. majlis tersebut hanya dihadiri oleh warga KKBN Pontian.

Selasa, 3 Jun 2014

Program Karnival Kerjaya Daerah Pontian

1Jun 2014. Program Karnival Kerjaya peringkat Daerah Pontian. Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Ahmad bin Maslan di Dewan Jubli Intan Pontian. Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah menghantar seramai 120 orang pelajar ke program tersebut.

Undangan Anugerah Lagu Patriotik Johor 14

31Mei 2014

Gerbang Kerjaya

29Mei 2014