« »

Carian Lain

Ahad, 3 Ogos 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Warga KKBN Pontian

23 Julai 2014. Majlis Khatam Al-Quran bermula sejurus selepas solat Asar bersama pelajar dan Ustaz-Ustaz yang terlibat.

Kira-kira jam 6:30 petang petugas KKBN berkumpul bersama keluarga masing-masing untuk berbuka puasa beramai-ramai. Selepas solat terawih beramai-ramai, moreh disediakan dan Kelab Warga KKBN telah berbesar hati untuk menyumbang sebanyak RM100 setiap orang sebagai duit raye.

Bila Beduk Berbunyi

15 Julai 2014. Seramai 200 orang pelajar menyertai program 'Bila Beduk Berbunyi' yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Pontian.
Program yang berkonsepkan kematian itu, dimuatkan dengan ceramah serta demonstrasi mandi jenazah.

Pendaftaran Pelajar Baru

1 July 2014. Seramai 180 orang pelajar telah mendaftar. Pendaftaran yang bermula jam 8:30 pagi berakhir seawal jam 11 pagi.
Hari Pendaftaran berakhir awal dari biasa disebabkan oleh bulan Ramadhan dan jamuan atau waktu rehat tidak disediakan. Sementara Pelajar menunggu masuknya waktu Zohor, beg mereka diperiksa bagi memastikan tiada barang terlarang yang dibawa.

Kursus MPC Audit

23 Jun 2014. Kursus MPC Audit telah diadakan di bilik Mesyuarat KKBN Pontian. Semua petugas yang masih tidak mempunyai sijil audit telah diwajibkan menghadiri kursus tersebut. Kursus ringkas selama sehari itu banyak memberi ilmu dan perkongsian pengalaman bagaimana aktivi 5S telah diamalkan di Negara Matahari Terbit.

Sayonara Tomo

20 Jun 2014. Majlis perpisahan pelajar telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis kali ini berkonsepkan 'Sayonara Tomo' yang membawa maksud Selamat Tinggal Sahabat.
Pelbagai acara disediakan seperti Pertandingan Sumo, Ddakji dan tidak ketinggalan pertunjukan fesyen.

Majlis diselitkan dengan Penyerahan Bendera Sukan sempena Sukan Antara IKBN, IKTBN dan KKBN se Malaysia yang akan diadakan pada 22 Jun di IKBN Kemasik.

Majlis yang bermula jam 9 malam itu tamat pada tengah malam. majlis tersebut hanya dihadiri oleh warga KKBN Pontian.

Ahad, 11 Mei 2014

Karnieval Fiesta Hari Belia Peringkat Negeri Johor

1 till 3 May 2014

Pelancaran 1MET oleh Perdana Menteri

27 April 2014.

Program 1MET di Alor Gajah

19 April 2014.

Program Kerjaya Pasir Gudang

19& 20 April 2014.

Kursus PLC

15 hingga 18 April 2014.

Seminar Pemantapan Akidah dalam ancaman Syiah

20 March 2014.

Kursus Induksi Keselamatan

16 March 2014

Suntikan HPV

17 Februari 2014

Maulidurrrasul Al-Jenderami

8 Februari 2014.

Kursus MPP kali 1 sesi 01/2014

7 Februari 2014.

MaulidurRasul Pulai Sebatang

2Februari 2014. Majlis Sambutan Maulidurrasul telah diadakan di Masjid Pulai Sebatang. Pelajar lelaki dari jurusan Penyejukbekuan dan penyaman udara telah mewakili KKBN Pontian bagi mempersembahkan Qasidah.





Disamping itu, terdapat juga pelajar yang turut membantu menghidang makanan untuk sarapan dan makan tengahari. Bagi pertandingan perbarisan, KKBN telah memenangi sebuah trofi.

Isnin, 27 Januari 2014

Program Gen-Y Fest Tahun 2014

26 January 2014, Seramai 381 orang pelajar Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah menyertai program Gen-Y Fest Tahun 2014.


Mereka diiringi oleh seramai 30 orang tenaga pengajar dan petugas.Sebanyak 9 buah bas telah disewa oleh pihak KKBN Pontian sebagai pengangkutan warga KKBN Pontian ke Kompleks Sukan Educity Nusajaya, di mana program tersebut diadakan.
 

Khamis, 16 Januari 2014

Program Derma Darah


 15 January 2014. Seramai 54 orang pelajar kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah menderma darah. Kira-kira jam 8:30 pagi, Pegawai Kesihatan dari Hospital Sultanah Aminah telah tiba di KKBN bagi persiapan derma darah oleh warga KKBN.


Derma darah berakhir jam 3.30.

Maulidurrasul Peringkat Daerah Pontian



14 January 2014. Seramai 50 orang pelajar Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Maulidurrrasul Peringkat Daerah Pontian.

Mereka turut membantu menghidangkan makanan
kepada semua tetamu yang hadir.


Isnin, 13 Januari 2014

Pendaftaran Pelajar Baru sesi 01/2014

06 January 2014. Seramai 129 orang pelajar telah mendaftar di KKBN Pontian. Pendaftaran yang bermula seawal 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari itu, berjaya dengan kerjasama semua warga KKBN Pontian. Ribuan Terima Kasih diucapkan.

Ahad, 5 Januari 2014

Adios A Los Amigos

23 Disember 2013. Majlis Makan Malam sempena perpisahan telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis ini berkonsepkan 'Cowboy' dan disambut baik oleh semua warga KKBN Pontian.