« »

Carian Lain

Jumaat, 25 Oktober 2013

Majlis Penyerahan Bendera kejohanan Sukan Peringkat IKBN/IKTBN/KKBN se-Malaysia kali ke-27

24 Oktober 2013. Jam 3.00 petang, semua pelajar telah berkumpul di Dewan terbuka menunggu ketibaan Pn. Pengarah yang telah ke IKBN Bandar Penawar awal pagi tadi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Johor, Negaraku dan lagu KKBN Pontian. Bagi memberkati majlis, Ustaz Mohd Johari bin Mohd Shah dijemput membacakan doa.


Pn. Pengarah memberikan sedikit kata-kata penaik semangat dan cabaran kepada para atlit. Ucapan dari Dato' Dr Hj Jamaluddin bin Hj Abdul Hamid menyusul selepas itu.

Seterusnya majlis memperkenalkan barisan atlit-atlit KKBN Pontian mengikut Sukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita dan Badminton Campuran.

Penyerahan Bendera Kontijen Sukan dan sesi bergambar menyusul selepas itu.

Sebelum majlis bersurai, En. Abdul Rased bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan (Latihan Luar) dari Kementerian Belia dan Sukan dijemput menyampaikan sedikit taklimat sempena lawatan beliau

































Sabtu, 19 Oktober 2013

Korban Seekor Lembu

17 Oktober 2013. KKBN telah mengadakan korban umum atas arahan Pengarah KKBN Pontian. Lembu tersebut telah disembelih di Kg. Jawa, Pulai Sebatang dan dibawa ke Dewan Makan untuk dilapah beramai oleh petugas lelaki KKBN Pontian.




Pelajar Jurusan Automotif dan Binaan Bangunan telah membantu dalam mengerjakan lembu tersebut. Menu Sup Tulang, Kari Lembu dan Roti Jala telah menjadi pilihan Pengarah KKBN Pontian.


Pada sebelah petang pula, Majlis tahlil diadakan yang dihadiri oleh semua Warga KKBN Pontian. Majlis tersebut telah menjemput Ustaz Sunhaji bagi mengetuai tahlil yang bermula jam 3.30 petang.


Majlis berakhir dengan mengemas dewan pada jam 5.00 petang.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Pemakaian Pangkat Majlis Perwakilan Pelajar.

4 Oktober 2013. Seramai 37 Majlis Perwakilan Pelajar menerima penganugerahan dengan pemaikaian pangkat oleh Pn. pengarah KKBN Pontian, Pn. Zunaidah binti Abd Razak.

  


Majlis yang bermula jam 8 itu, berakhir dengan pemakaian pangkat En. Sahimi bin Md Lana selaku Penyelaras MPP sesi 2/2013.

Khamis, 3 Oktober 2013

Perhimpunan Bulanan

3 Oktober 2013. Perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Pengajar-pengajar Subjek Umum dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar diberi tanggungjawab mengendalikan perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dimulakan pada jam 2:15 dengan nyanyian lagu negeri Johor, lagu negaraku dan lagu KKbn Pontian. Majlis tersebut diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari bin Mohd Shah.

Setelah selesai bacaan doa, Pn. Pengarah menyampaikan sepatah dua kata. Beliau telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya apabila pelajar tidak lagi menghormati Pn. Zunaidah binti Abd Razak selaku Pengarah KKBN Pontian. Beliau juga menyentuh tentang pembiakan nyamuk aedes yang kebanyakkannya disebabkan oleh polisterin (bekas makanan yang dibeli oleh pelajar dari luar). Polisterin-polisterin tersebut tidak boleh dibakar kerana akan menyebabkan pencemaran.

Lanjutan lawatan Pn. Pengarah dan Pegawai dari Pejabat Kesihatan, banyak kotak rokok, cawan kertas dan tin dibuang merata-rata terutamanya di longkang. Gotong-royong bersama pejabat Kesihatan dan bomba akan diadakan kelak.

Segala permasalahan boleh diadukan kepada petugas yang ada terutamanya sekiranya ada aduan tentang masakan di kantin. Permasalahan tersebut boleh diadukan terus kepada En. Fuary.

Bagi pelepasan cuti Raya Haji, KBS telah memberi kebenaran untuk bercuti pada 14 Oktober 2013 tetapi wajib diganti. tarikh penggantian adalah pada 19 & 26 Oktober 2013.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian 1 Malaysia.