« »

Carian Lain

Background

Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian adalah lanjutan daripada Kem Latihan Kemahiran KOBENA singkatan kepada Koperasi Belia Nasional Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1982, dimana pengerusi KOBENA pada ketika itu adalah Y.A.B Tun Abdullah b. Hj Ahmad Badawi yang pada Perdana Menteri Malaysia.  Pengwujudannya di Batu 14, Jalan Pontian, Skudai, Johor diilhamkan oleh Y.A.B Tun Dr. Mahathir b. Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada Ketika itu.  Kerajaan telah melantik KOBENA bagi menguruskan institusi ini selama 5 tahun mulai 1982 hingga 1986 dan diteruskan sehingga ke hari ini

Pihak pengurusan KOBENA menggunakan teknik Samaul Undong dari Korea Selatan  bagi melatih pelatih pada masa itu bagi melahirkan pelatih separuh mahir untuk tenaga kerja pembangunan Universiti Teknologi Malaysia Fasa 1 bersama SAMBU CONSTRUCTION

Pada tahun 1989, statusnya telah dinaik taraf oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia setaraf dengan  Pusat Latihan Belia yang lain dengan nama Pusat Latihan Belia Skudai, Johor dan pada 1991  ditukar pula kepada Institut Kemahiran Belia Negara Skudai, Johor. Tahun 1999, sekali lagi dinaikan taraf Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian sehingga ke hari ini.

Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian pada awal penubuhannya di atas tapak kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan apabila pihak UTM memerlukan semula tapak tersebut, KOBENA telah diarahkan oleh KERAJAAN untuk menyerahkannya semula kepada pihak UTM.

Pada Julai 1999, IKBN telah berpindah dari Skudai Johor ke Ayer Baloi, Pontian dan dikenali sebagai IKBN Pontian di Batu 44, Pulai Sebatang, 82100 Ayer Baloi, Pontian yang ditaja terus oleh Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia

Sehingga tahun 2003 IKBN Pontian telah dinaikan taraf  dan dikenali sehingga kini sebagai Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian, Johor  milik penuh Koperasi Belia Nasional  Berhad.

Tapak dan bangunan yang digunakan sekarang adalah milik Pineapple Cannery Malaysia Berhad dan telah disewa untuk mewujudkan kesinambungan KKBN Pontian bagi melatih belia- belia ke arah berkemahiran tinggi.

Menjalankan operasi latihan di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang memberi mandat kepada Kolej di dalam melaksanakan operasi latihan Kemahiran dari tahun 1999 hingga kini.

Sehingga kini KKBN Pontian telah memberi latihan lebih 24,902 orang belia dari seluruh negara.