« »

Carian Lain

Khamis, 5 Disember 2013

Kursus Keusahawanan

4 & 5 November 2013. Kursus Keusahawanan telah diadakan di Dewan ICT KKBN Pontian. Kursus itu telah disertai oleh pelajar tahap 3, Binaan Bangunan dan Penjahit Pakaian Wanita.

Rabu, 4 Disember 2013

Gerbang Kerjaya siri - 2 KKBN Pontian

4 Disember 2013. Gerbang kerjaya KKBN Pontian telah diadakan seawal jam 9:00 pagi. Sementara menunggu kedatangan VVIP, pelajar terlebih dahulu diberi peluang mengenali syarikat-syarikat yang datang untuk ditemuduga.

Antara syarikat yang J.K Wire Harness Sdn. Bhd. Taman Perindustrian Tebrau 1, Venture GES Manufactory Services (M) Sdn. Bhd. Taman Perindustrian Senai, Myteen Works dan Mytee World.










Majlis dimulakan pada jam 11 pagi dengan nyanyian lagu Negeri Johor, Negaraku dan lagu KKBN Pontian. majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Johari bin Mohd Shah. Seterusnya Puan Zunaidah binti Abd. Razak menyampaikan sedikit pesanan dan diikuti oleh Dato' Dr. Hj. Jamaluddin bin Hj. Abd Hamid. Lebih kurang jam 11:30 pagi, En. Mohd Syafiee bin Che Omar selaku Pengurus Kanan Kobena menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Majlis Gerbang Kerjaya.



Pn. Zunaidah binti Abd. Razak
Dato' Dr. Hj. Jamaluddin bin Hj. Abd Hamid
En. Mohd Syafiee bin Che Omar


Sekitar jam 11:45 pagi En. Asri menyampaikan sedikit pengenalan tentang SNR Car Air-cond Services & Accessories Sdn. Bhd. Seterusnya majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) diadakan














Sebanyak 4 buah syarikat yang hadir bagi mencari pekerja yang layak di kalangan pelajar KKBN Pontian.  Gerbang Kerjaya yang dipengerusikan oleh En. Kamal bin Karim telah berakhir dengan jayanya.


Selasa, 3 Disember 2013

Persahabatan Bola Tampar KKBN vs JPAM

29 November 2013. Perlawanan bola tampar di antara Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pontian telah diadakan di KKBN Pontian. Perlawanan tersebut diadakan pada jam 5.00 petang selepas waktu bekerja. Perlawanan yang dimenangi oleh KKBN Pontian itu telah disertai oleh petugas lelaki KKBN Pontian.

Jumaat, 15 November 2013

HARI ASYURA

14 November 2013. Ceramah sempena hari asyura telah diadakan di Surau Tanjung, Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian.



Ceramah tersebut bermula jam 16:45 dan berakhir lebih kurang sejam kemudian yang disampaikan oleh Ustaz Omar. Pelajar dan tetamu yang hadir dijemput makan petang sejurus selepas itu.

Setelah solat Maghrib secara berjemaah, tahlil dan seterusnya solat Isyak secara berjemaah.

Isnin, 11 November 2013

Hari Keluarga Parlimen Pontian

10 November 2013. Seramai 20 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar wanita telah dijemput meramaikan Program Hari Keluarga Parlimen Pontian.





 
Majlis dimulakan dengan aerobik dengan iringan muzik zapin. Acara tarik tali antara pelajar wanita KKBN Pontian dan Persatuan Balu Pontian menyusul selepas itu.


  
Semua yang hadir diberikan saguhati jag air. Bagi penarik tali, mereka dihadiahkan gayung untuk setiap peserta.

Penyampaian kad untuk balu-balu serta saguhati kepada tetamu kehormat yang hadir turut disertakan.

 

Dalam ucapan wakil Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, mulai 1 January 2014, BR1M (RM 700)akan diberikan dan sebanyak RM 50 adalah insurans. Oleh yang demikian penerima hanya akan menerima wang sebanyak RM650 sahaja.

Kursus Kesedaran Wanita Muslimah

1-3 November 2013. Seramai 108 pelajar wanita telah mengikuti Kursus Kesedaran Wanita Muslimah di Kem Kaizen, Gunung Pulai 2, Johor Bahru.

Setibanya pelajar di Kem Kaizen kira-kira jam 9 pagi, pelajar diberi taklimat ringkas, pelajar wanita dibahagikan kepada 9 kumpulan. Ketua Pelajar Wanita, Ketua Kumpulan dan Bendahari Kumpulan dilantik.
Pembahagian kumpulan menentukan bilik yang akan mereka duduki selama 3 hari 2 malam.


Setelah selesai penempatan mereka diminta berkumpul dan diberikan tugasan.Tugasan pertama mereka di Kem Kaizen adalah membina replika rumah kumpulan masing-masing menggunakan bahan yang ada di persekitaran Kem Kaizen. Mereka turut menerangkan maksud bentuk dan bahan yang mereka gunakan untuk membina replika tersebut. Nama kedua ibu bapa setiap peserta turut diselitkan di dalamnya.

Pelajar digesa bangun seawal 5.00 pagi untuk persiapan diri dan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai solat mereka disajikan dengan kuliah subuh yang banyak mengingatkan mereka tentang pengorbanan ibu bapa, mencari rezeki yang halal, soal jodoh pertemuan serta adab-adab pergaulan.

Sebelum memulakan aktiviti Night Walk kira-kira jam 9 malam, mereka diberi taklimat. Pesanan utama sebelum memasuki hutan pada waktu malam adalah banyakkan membaca surah An-Nas dan Al-Fatihah. Peserta memasuki hutan secara berseorangan dengan berpandukan tali yang telah tersedia. Aktiviti dimulakan dengan laungan azan oleh En. Hisham bin Norsani.

Pada hari pagi hari kedua selepas bersenam memanaskan badan, peserta diminta membina menara menggunakan straw dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sepaket straw. Terlebih dahulu mereka diberi peluang berbincang serta melukis pelan menara masing-masing. Menara mereka dinilai berdasarkan keseimbangan, ketinggian dan kreativiti.




Selesai minum pagi pada hari yang kedua, peserta sekali lagi perlu bekerja dalam kumpulan. Mereka perlu mencari 5 petanda di 5 tempat yang berbeza.Dalam perjalanan mencari kertas yang bertanda nama kumpulan mereka, mereka perlu mengangkat seorang kawan mereka di samping menjaga replika rumah yang telah mereka bina. Pada setiap tempat yang mereka lalui mereka juga perlu melakukan perkara yang disuruh oleh fasilitator yang bertugas sebelum dapat petanda seterusnya.

Pada sebelah petang, aktiviti kemuncak iaitu kembara dijalankan. Terdapat 3 penanda yang yang harus mereka lalui. Penanda pertama adalah di kubu peninggalan British. Kubu tersebut dibina bagi menghalang pihak musuh dari mendapatkan air. Di sini memori ketua kumpulan pelajar diuji dengan menyebut nama ahli kumpulan tanpa melihat mereka.
Selepas menempuh paya, peserta ke penanda yang seterusnya. Di situ meraka perlu melalui halangan berlumpur dan wajah mereka disapu dengan lumpur. Seterusnya, mereka dikehendaki mendaki untuk sampai ke puncak dan apabila sudah sampai mereka perlu memakaikan ketua mereka seperti orang asli dan menyanyikan lagu tema kumpulan mereka.

Selepas solat isyak kira-kira jam 8.30 mlm, aktiviti blind fold dijalankan. Aktiviti ini menguji kecekapan ketua kumpulan untuk memberi arahan juga kecekapan peserta menerima arahan dalam keadaan menutup mata. Selain itu juga, daya tumpuan mereka turut diganggu oleh fasilitator-fasilitator yang terlibat.






Pada sebelah pagi hari terakhir peserta dikehendaki menempuh kira-kira 23 halangan. Halangan-halangan tersebut mestilah dilalui secara individu kecuali halangan menaiki rakit. Aktiviti diakhiri dengan semua peserta berendam di dalam tasik dan berlawan air.





Jumaat, 25 Oktober 2013

Majlis Penyerahan Bendera kejohanan Sukan Peringkat IKBN/IKTBN/KKBN se-Malaysia kali ke-27

24 Oktober 2013. Jam 3.00 petang, semua pelajar telah berkumpul di Dewan terbuka menunggu ketibaan Pn. Pengarah yang telah ke IKBN Bandar Penawar awal pagi tadi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Johor, Negaraku dan lagu KKBN Pontian. Bagi memberkati majlis, Ustaz Mohd Johari bin Mohd Shah dijemput membacakan doa.


Pn. Pengarah memberikan sedikit kata-kata penaik semangat dan cabaran kepada para atlit. Ucapan dari Dato' Dr Hj Jamaluddin bin Hj Abdul Hamid menyusul selepas itu.

Seterusnya majlis memperkenalkan barisan atlit-atlit KKBN Pontian mengikut Sukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita dan Badminton Campuran.

Penyerahan Bendera Kontijen Sukan dan sesi bergambar menyusul selepas itu.

Sebelum majlis bersurai, En. Abdul Rased bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan (Latihan Luar) dari Kementerian Belia dan Sukan dijemput menyampaikan sedikit taklimat sempena lawatan beliau