« »

Carian Lain

Entrepreneurship


 

Kaedah Penubuhan Perniagaan

Anda berminat untuk menubuhkan perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana daftar di SSM ? Lihat di bawah:

Milikan Tunggal dan Perkongsian
Langkah 1 (carian nama) : http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pendaftaran-syarikat
Langkah 2 (pendaftaran) : http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership
Langkah 3 (perubahan maklumat): http://www.ssm.com.my/ms/sole/making-changes
Langkah 4 (pembaharuan pendaftaran): http://www.ssm.com.my/ms/sole/business-renewal
Langkah 5 (penamatan perniagaan): http://www.ssm.com.my/ms/sole/closing-a-sole-proprietory-partnership

Syarikat Sendirian Berhad
Langkah 1 (carian nama): http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pendaftaran-syarikat
Langkah 2 (pendaftaran syarikat tempatan): http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pemerbadanan-syarikat-tempatan
Langkah 3 (kemaskini maklumat syarikat tempatan): http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/kemaskini-syarikat-tempatan

Muat turun borang penubuhan perniagaan : http://www.ssm.com.my/ms/borang

Pendaftaran secara on-line : http://www.ssm.com.my/ms/eLodgement-perkhidmatan

  Fomat Kertas Rancangan Perniagaan

 

1) Perniagaan Dobi Di sini Kredit kepada Abu Hazmy Helmi.

  2) Perniagaan Cyber Cafe Di sini .

 3) Perniagaan Restoran Di Sini Kredit kepada Abu Hazmy Helmi.

 4) Perniagaan Ternakan Ikan Air Tawar Di Sini 

 5) Perniagaan Jahitan Pakaian Di Sini 

 *Semua format di atas boleh diguna pakai untuk semua bidang peniagaan

SKIM PINJAMAN TABUNG EKONOMI BELIA (STEB)

Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) dibawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan Tabung Amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan . Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan danan pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus danan yang bertanggungjawab untuk memproses. Mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.
KELAYAKAN DAN SYARAT PINJAMAN
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah:-
a.) Warganegara yang menetap di Malaysia berumur diantara 18-40 tahun.
b.) Telah menjalani Ujian Saringan Psikologi Usahawan dan mengikuti kursus
keusahawanan anjuran KBS.
C.) Pinjaman bertujuan mengembangkan projek perniagaan, perusahaan dan
pertanian.
D.) Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaan
secara sepenuh masa.
Seorang sahaja antara suami atau isteri layak pada bila-bila masa untuk mendapatkan pinjaman skim ini.
Pemohon dan penjamin mesti bebas dan bersih dari tindakan undang-undang dan telah melalui semakan CTOS.
Mengemukakan dua (2) orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut:
a.) Penjamin adalah digalakkan daripada kalangan ahli keluarga
b.) Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tatapi
tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan)
c.) Tidak Mempunyai rekod tindakan yan berkaitan dengan perhutangan.
Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
Had Menjamin
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang peminjam pada satu-satu masa.
Hanya satu pinjaman SBN / SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
Kaedah Permohonan STEB
a.) Pendaftaran secara on-line melalui portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB)
www.mpeb.gov.my
b.) Pendaftaran secara manual. Borang boleh didapati dari Pejabat Belia dan Sukan
Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Jenis-jenis Skim Pinjaman yang ditawarkan:-
a.) Skim Belia Niaga ( SBN )
b.) Skim Belia Tani ( SBT )
Jumlah Pinjaman:-
Jumlah Pinjaman adalah dari RM 5000 hingga RM 50,000 bagi kedua-dua skim.
Tempoh Bayaran balik adalah tidak melebihi 7 tahun.
Institusi Kewangan yang dilantik:-
a.) Skim Belia Niaga - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
b.) Skim Belia Tani - Bank Pertanian Malaysia
Kadar Bayaran Perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% di atas baki pinjaman

Dokumen-dokumen yang perlu:

1)5 salinan borang permohonan pinjaman SBN (KBS/STEB/1/2006) atau SBT (BPM 300-1-1 Pin. 5/99)
2)5 salinan borang penjamin SBN (KBS/STEB/2/2006) atau SBT (BPM 300-1-4 Pin.5/99)
3)5 salinan kad pengenalan pemohon (kedua-dua belah)
4)5 salinan kad pengenalan penjamin-penjamin (kedua-dua belah)
5)5 salinan kertas rancangan perniagaan
6)5 keping gambar pemohon berukuran 4cm x 3cm
7)Salinan sijil pendaftaran perniagaan / lessen perniagaan
8)Salinan sijil akademik / kemahiran tinggi
9)Salinan sijil-sijil kursus yang berkaitan
10)Slip gaji (asal & salinan) / cukai pendapatan (Borang J atau EA) penjamin
11)Penyata kewangan / bank
12)Sebutharga peralatan / mesin yang hendak dibiayai (sekurang-kurangnya 3 sebut harga)
13)Surat pelantikan sebagai pembekal / vendor / francais (jika berkenaan)
14)Salinan kontrak / inden yang ditawarkan (jika berkenaan)
15)Plan lokasi tapak perniagaan / projek

Permohonan Untuk mendapat Pinjaman

1)Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.
2)Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan 5 salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk semakan dokumen dan cop pengesahan. Semakan dokumen perlu biduat oleh pengawai Belia dan Sukan Daerah; atau Pembantu Pengawai Belia dan Sukan Daerah; Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
3)Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institusi kewangan yang dilantik.
4)3 salinan permohonan diserahkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) manakala 1 salinan adalah untuk simpanan pemohon.
5)Pengawai di Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) hendaklah memajukan 1 salinan masing-masing kepada habatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan ( Cawangan Pembangunan Ekonomi ), manaklan 1 salinan untuk simpanan PBSD.

Skop Pinjaman untuk Skim Belia Niaga (SBN) menerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia:

1. Bidang Perkhidmatan
Kedai Gunting rambut, salun kecantikan dan SPA, mencuci kenderaan, solekan / andaman, bengkel kenderaan motor / motorsikal, fotografi / video, kimpalan, membaiki radio / TV / telefon bimbit / alat elektronik, pusat tuisyen, kedai runcit / pasar mini, kedai makan / restoran, pengiklanan dan percetakan, perkhidmatan professional, klinik, farmasi, optik, pelancongan, kedai elektrik, kedai perabot, kedai tayar dan kedai alat ganti dll.

2. Bidang Pembuatan
Kraftangan, pakaian, anyaman dan produk warisan seperti labu saying, tembaga, batik dll.
3. Bidang Perniagaan ICT
Kedai Internet / pusta latihan, one-stop-centre seperti fotokopi / alat tulis / pembayaran bil.
4. Bidang kios / gerai / pasar malam / penjaja
Burger / Yong Tau Fu / Jagung / Ais Krim dll serta lori, van motor bergerak, stokes, francais, dan lain-lain perniagaan berlandaskan syariah.

*** TIDAK TERMASUK pembiayaan untuk membeli premis perniagaan. Modal kerja untuk kontraktor dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung.


Syarat-Syarat Penjamin

1. Pinjaman RM 5000.00 – RM 15,000.00; TIADA PENJAMIN
I.Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
II.Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
2. Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00, dengan satu ( 1 ) orang penjamin
I.Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
II.Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan.
III.Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
IV.Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
V.Penjamin tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
3. Syarat Tambahan
Bagi Pinjaman kali kedua, sekiranya bayaran balik untuk pinjaman pertama memuaskan, maka pinjaman kali kedua iaitu daripada jumlah RM 50,000 tanpa penjamin boleh dipertimbangan.
4. Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.


Kelayakan dan Syarat-syarat mendapatkan pinjaman:
Golongan belia yang layak untuk mendapatkan kemudahan pinjaman adalah seperti berikut:
a)Warganegara yang menetapkan di Malaysia berumur antara 18-40 tahun.
(Minimum umur oemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41 tahun)

b)Pemohon yang memenuhi salah satu dari dua kategori berikut sahaja layak untuk mendapat borang pinjaman: -
Kategori 1 - Telah berniagan dan mempunyai sijil

Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulandan mempunyai sijil yang berkaitan iaitu:- Sijil pendaftaran perniagaan / Sijil kursus keusahawan atau kemahiran / Sijil , Diploma atau Ijazah dalam bidang perniagaan atau berkaitan / Sijil atau Diploma dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Kategori 2 – Memulakan Perniagaan dan mempunyai sijil

Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan. Pemohon yang baru memulakan perniagaan adalah merujuk kepada berikut:- Telah mempunyai tapak / asa perniagaan yang akan dijalankan / Telah mempunyai sijil pendaftaran perniagaan kurang dari 6 bulan / Mempunyai dokumen perjanjian sewa tapak / premis (jika berkaitan) / Mempunyai sijil yang berkaitan (seperti di atas)
c)Tujuan permohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

d)Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.

e)Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.

f)Setiap pemimjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.

g)Mengemukakan satu (1) orang penjamin, tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti dalam Perkara (9).

h)Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajukan melalui institusi kewangan yang dilantik.

i) Hanya satu pinjaman SBN / SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.



Format Rancangan Perniagaan
  Ingin mengetahui bagaimana format kertas kerja pembiayaan? Klik gambar di atas


Badan Pinjaman TEKUN, MARA, PUNB & TEB

Semua orang mempunyai cita-cita dan harapan. Namun, kadangkala cita-cita dan harapan ini akan terus menjadi impian yang tidak sempat direalisasikan. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang terutamanya faktor kewangan. Jika ingin memulakan sesebuah perniagaan, kita memerlukan modal untuk melaksanakan perniagaan itu. Jika tidak semua ini adalah mustahil. Sebelum bergelar usahawan yang berjaya, seseorang itu pasti menempuhi pelbagai rintangan yang akan menjadi pembakar semangat untuk terus bertahan. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia yang prihatin telah menubuhkan beberapa agensi-agensi yang berkaitan dan diharap dapat membantu serta meringankan beban pihak yang memerlukan. Agensi ini berperanan menyokong dengan memberi pembiayaan kepada pemohon dan calon yang layak.
Apabila kita membincangkan tentang isu pinjaman, nama-nama seperti TEKUN, MARA, PUNB dan TABUNG EKONOMI BELIA sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Usahawan sudah sedia maklum dengan fungsi agensi-agensi ini yang sememangnya banyak membantu terutama bagi mereka yang ingin memulakan sesebuah perniagaan. Agensi yang terlibat memainkan peranan yang sangat penting terutama dalam memberikan pembiayaan dan modal permulaan dalam sesebuah perniagaan. Maka, tidak perlulah kita mencari pihak yang menyediakan pinjaman secara haram yang kelak merugikan masa depan sendiri dan juga keluarga sahaja. Kita perlu merujuk kepada agensi yang telah diluluskan dan dipercayai ketelusannya dalam memberikan pembiayaan kepada bakal usahawan.
Sedikit sebanyak agensi-agensi yang telah dipercayai dan diluluskan itu mampu meringankan beban yang ditanggung bakal usahawan atau sesiapa sahaja yang berhasrat dan mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan dan kehidupan baru. Sekurang-kurangnya, hasrat dan nilai murni mereka akan dinilai dan tidak akan terkubur begitu sahaja. Impian dan cita-cita yang tinggi sukar dicapai sekiranya minat yang mendalam tidak disulami dengan sumber kewangan yang stabil, mimpi-mimpi indah ini akan berkecai begitu sahaja. Harapan yang dipasang tinggi akan musnah jika masalah kewangan menjadi batu penghalang dan akan menyebabkan seseorang itu berputus asa. Jika kewujudan agensi-agensi ini dapat membantu maka ekonomi negara akan terus maju dan peluang yang ada perlu segera direbut.

TEKUN
Sebagai permulaan, kita akan membincangkan tentang pinjaman daripada TEKUN. TEKUN merupakan singkatan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga dibawah kawalan Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani. TEKUN ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebuah agensi penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan usahawan Bumiputera di Pulau Pinang. Sejajar dengan peredaran masa, projek TEKUN telah diperluaskan ke seluruh negara untuk kepentingan usahawan Bumiputera yang berminat. Seterusnya untuk memantapkan lagi perlaksanaan ini, sebuah Yayasan TEKUN Nasional ditubuhkan pada 1998 yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Menjelang April 2009, Yayasan TEKUN Nasional telah bertukar nama kepada TEKUN Nasional berikutan dengan penyusunan pentadbiran semula kerajaan yang turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.
Pinjaman dengan TEKUN bermula serendah RM 500.00 sehingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah antara sebulan hingga lima tahun. Antara syarat-syarat utama untuk membuat permohonan dengan TEKUN adalah pemohon mesti terdiri daripada kaum Bumiputera yang berumur seawal 16 – 65 tahun. Pemohon mesti mempunyai cadangan dan rancangan perniagaan yang berpotensi untuk terus maju. Antara syarat-syarat yang seterusnya, pemohon harus mempunyai lesen atau permit pendaftaran perniagaan yang sah. Bagi pembiayaan di bawah pinjaman RM 5000.00, pemohon tidak perlukan Pendaftaran Perniagaan (SSM). Seterusnya, pemohon mesti mempunyai lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak. Selain itu, pemohon mesti terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. Pembiayaan sehingga RM 5000.00 boleh dipertimbangan bagi pemohon yang menjalankan perniagaan secara sambilan. Syarat terakhir adalah, pemohonan yang akan disokong adalah pemohon yang sudah menerima pembiayaan tidak melebihi RM 5000.00. Borang pemohonan boleh didapati di pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan dengan kediaman atau lokasi perniagaan. Borang yang telah lengkap diisi dengan dokumen yang diminta boleh diserahkan untuk disemak dan dinilai. Selain itu, permohonan dalam talian juga disediakan dengan melayari laman web rasmi TEKUN Nasional.

MARA
MARA pula ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1966. MARA adalah singkatan kepada Majlis Amanah Rakyat, sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Misi utama MARA adalah untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. MARA memainkan peranan penting dalam perniagaan kaum Bumiputera sesuai dengan objektif agensi ini iaitu untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan, memudahkan sistem penyampaian. Dengan ini kita dapat melihat sejauh mana MARA menyokong perniagaan terutamanya bagi kaum Bumiputera.
Cara untuk mendapat pembiayaan dan pinjaman dengan MARA adalah dengan menghubungi bahagian Pembagunan Usahawan MARA. Dua skim utama untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dengan MARA adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Pinjaman dengan MARA adalah serendah RM 5000.00 sehingga RM 250,000.00. Syarat utama untuk memohon adalah kaum Bumiputera atau berketurunan Melayu berumur 18 tahun ke atas. Pemohon mesti mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Selain itu, pemohon mesti menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Syarat yang seterusnya, pemohon hendaklah memberikan sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek. Tambahan lagi, pemohon harus mempunyai lesen atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa dan mengemukan cagaran atau jaminan yang mencukupi. Pemohon dikehendaki mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada enam bulan dan menjalani ujian Psikometri yang telah ditetapkan pihak MARA. Borang pemohonan boleh didapati di pejabat Daerah MARA yang berhampiran.

PUNB
Perbadanan Usahawan Nasioanal Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera. Fokus utama PUNB adalah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. Pakej pembangunan keusahawanan bersepadu adalah untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan yang lebih baik.
Antara syarat-syarat permohonan adalah pemohon mesti kaum Bumiputera yang mempunyai hasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan. Seterusnya, pemohon mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah pembiyaan dari dari sumber sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam perniagaan yang dirancang. Selain itu, produk atau perkhidmatan mestilah sedia untuk dipasarkan dan pemohon mesti mempunyai hak pemilikan terhadap pembuatan barang atau perkhidmatan tersebut. Pemohon juga perlu menyediakan model perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik. Pemohon juga perlu merancang strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti, penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.
Sebagai permulaan, pemohon dikehendaki menyediakan pelan perniagaan yang ringkas atau kertas kerja yang menerangkan perniagaan itu secara keseluruhan. Pelan perniagaan itu perlu disertakan dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan, strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi, pengurusan kakitangan dan unjuran kewangan. Selain itu, permohonan dalam talian juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi PUNB dengan memilih butang e-borang.

Tabung Ekonomi Belia
Tabung Ekonomi Belia memainkan peranan sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam menyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020. Selain itu juga berperanan dalam meningkatkan peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang memberikan manfaat dari aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi. Terdapat dua jenis skim dalam Tabung Ekonomi Belia iaitu Skim Belia Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT). SBN menyediakan pembiayaan untuk perkhidmatan pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Sementara SBT pula menyediakan pembiayaan pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. SBT pula disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, iaitu Agro Bank. Had pinjaman bagi Tabung Ekonomi Belia adalah serendah RM 5000.00 hingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik bagi kedua-dua skim ini adalah sehingga tujuh tahun. Bayaran balik boleh dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik.
Antara syarat-syarat permohonan, pemohon yang berminat mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun. Pemohon mestilah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan seperti ujian minat kerjaya dan kecenderungan keusahawanan. Pemohon juga mesti lulus kursus bimbingan rancangan perniagaan. Tujuan pemohon menyuarakan pemohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan sepenuh masa. Selain itu, pemohon mesti menyediakan dua orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar tidak kurang RM 1000.00 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan hutang dan penjamin juga boleh terdiri daripada ahli keluarga.
Setiap agensi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza mengikut keperluan, jumlah wang, jenis perniagaan, skim dan sebagainya. Selain itu, setiap agensi ini juga dikawal oleh badan-badan kerajaan yang terpilih. Namun, matlamat kesemua agensi ini adalah sama iaitu untuk membantu kaum Bumiputera memulakan perniagaan dan menstabilkan kewangan pada masa hadapan. Hanya pemohon yang layak dan terpilih sahaja berpeluang memulakan perniagaan setelah melalui beberapa ujian kelayakan. Selain itu, syarat-syarat yang dikenakan turut mempengaruhi kadar kredibiliti pemohon yang memohon agar modal yang dilaburkan tidak lebur begitu sahaja.
Tidak semua pemohon layak menerima pembiayaan daripada agensi yang dipohon. Mereka terlebih dahulu akan disiasat dan diperiksa kesahihan perniagaannya. Kerana setiap agensi ini mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi bagi melayakkan pemohon mendapat pembiayaan yang diminta. Setiap syarat yang dikenakan mesti dipenuhi sebaiknya. Jika tidak, kemungkinan wang pembiayaan yang disalurkan akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disitu akan berlaku pembaziran pula. Pembayaran balik wang pembiayaan perlu dilakukan apabila permohonan yang telah ditandatangani disahkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Maka, setiap pihak akan sentiasa beringat dan berwaspada dengan setiap sen yang dilaburkan.
Kesimpulannya, jika ingin memulakan sesebuah perniagaan, kita mesti merujuk kepada agensi yang sah dan dipercayai untuk mendapatkan pembiayaan. Kemudian, permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu untuk memastikan pengaliran wang pembiayaan yang betul dilaksanakan oleh pemohon. Setelah menerima pembiayaan, pembayaran balik mesti dibuat mengikut tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Maka, kedua-dua pihak akan beroleh keuntungan dan manfaat.







MAKLUMAT BANTUAN PEMBIAYAAN TEKUN



Syarat Kelayakan Asas
  1. Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun.
  2. Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  3. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM6,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak
    ( mobile ).
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam  perniagaan. ( Pembiayaan sehingga RM10,000.00 boleh dipertimbangkan  bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.

Dokumen Diperlukan
  1. Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi.
  2. Gambar pemohon ukuran pasport (1 keping).
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  4. Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  5. Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
  6. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  7. Sebut harga / cadangan / pembelian perkakasan / peralatan / ubahsuai (jika perlu).
  8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa ).
BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.
Bidang-bidang Perniagaan

Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut :
  Peruncitan & Perniagaan
 
Perkhidmatan
 
Pertanian
 
Penternakan dan Akuakultur
 
Pembuatan
 
Pendidikan
 
Pengangkutan
 
Pelancongan / Rekreasi
 
Pemborongan
 
Pembinaan Kecil

Pembiayaan TEKUN

Konsep Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 1 bulan hingga 5 tahun.
Cara Bayaran Balik
Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN menerusi kaedah yang disediakan.
Caj Perkhidmatan
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.

Bagaimana untuk dapat borang permohonan ?

1) Ambil secara PERCUMA di Pejabat TEKUN berhampiran
2) Muat turun di link ini:
3) Mohon secara Online di sini: