30April 2012 KKBN Pontian Warga KKBN Pontian hari ini telah dilawati oleh wakil dari Malaysia
Productivity Corporation ( MPC ) yang hadir untuk memberikan taklimat
dan pendedahan mengenai Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti kepada
semua pertugas. Pendedahan seperti ini memang amat diperlukan kerana
sistem ini telalu baru bagi petugas KKBN Pontian. Namun begitu,
kerjasama yang baik diberikan oleh wakil MPC telah berjaya membuka
minda petugas yang hadir di dalam sesi taklimat ini.
Isnin, 30 April 2012
Khamis, 26 April 2012
Percubaan Amali Akhir PW2 Sem 4 Siri 2
26April 2012 Bengkel Jurusan Teknologi Pendawaian Elektrik KKBN Pontian Pelatih Jurusan Teknologi Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) Semester 4 sedang melalui Percubaan Amali Akhir di dalam pengawasan Encik Abdul Razak Bin Hashim (Pengajar PW2 Sem 4). Objektif percubaan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelatih keadaan sebenar Peperiksaan Amali Akhir dan mendapatkan maklumat tahap kefahaman dan kemahiran pelatih agar segala kekurangan dan kesilapan dapat diatasi sebelum peperiksaan sebenar berlangsung.
Rabu, 25 April 2012
Pertandingan Mencipta Logo Dan Slogan 5S KKBN PONTIAN
25April 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Promosi di bawah Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan 5S KKBN Pontian bermula hari ini hingga jam 10.00 pagi 30 April 2012. Pertandingan yang terbuka kepada pelatih dan petugas KKBN Pontian ini akan dinilai oleh Jawatankuasa Induk 5S KKBN Pontian dan pemenang akan diumumkan semasa Hari Pelancaran 5S pada 4 Mei 2012. Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah menarik dan logo yang terpilih akan dijadikan logo rasmi 5S di KKBN Pontian. Hantar logo ciptaan anda ke Pejabat Pentadbiran. Untuk maklumat lanjut boleh berjumpa En. Muhammad Azwan Musa (Pegawai Promosi, Jawatankuasa 5S Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian).
Pelatih KKBN Diuji Lagi !!!
25April KKBN Potian Pada pada hari ini sehingga 26 April 2012. Pelatih KKBN Pontian akan diuji kefahaman mereka oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berdasarkan latihan yang dilaksanakan sepanjang 25-26 April 2012 di dalam Kursus Pertahanan Awam Sesi 2/2012. Semua pelatih dari Tahap 2 semua jurusan terlibat di dalam kursus ini. Pelatih akan diajar mengenai kaedah menangani dan membantu sewaktu kecemasan dan kecederaan di dalam pelbagai keadaan. Sijil Asas Jabatan Pertahanan Awam akan diberikan kepada pelatih yang lulus di dalam ujian yang disediakan oleh Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian.
Selasa, 24 April 2012
KKBN Pontian Menabur Bakti
24April 2012 Lorong Kemang, Bt. 36 Jalan Johor Pelatih Penyeliaan Teknologi Awam dan petugas KKBN Pontian sedang melaksanakan pembaikan rumah di dalam Program IKBN Bersama Rakyat Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dan dijangka selesai pada 30 April 2012. Program ini adalah untuk memperbaiki dua buah rumah penduduk di kawasan tersebut yang telah uzur. Dengan bantuan seperti ini diharapkan penduduk tersebut dapat menduduki rumah yang lebih selesa dan selamat.
Isnin, 23 April 2012
Pelatih Teknologi Awam KKBN Diuji
23April 2012 Bengkel Teknologi Awam KKBN Pontian Pelatih Jurusan Teknologi Awam KKBN Pontian hari ini sedang menjalani Ujian Kreditasi Sesi 1/2012. Pengujian ini diselia oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) dilaksanakan 2 kali setahun bagi memastikan kualiti pelatih KKBN Pontian di dalam tahap terbaik demi memenuhi keperluan sektor pembinaan pada masa ini. Pelatih yang lulus dalam menjalani pengujian ini yang dinilai dalam skop mengikat bata dan pemasangan jubin akan menerima sijil yang diiktiraf oleh CIDB.
Jumaat, 20 April 2012
Sukan Kelab Keluarga 2012
20April 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Kelab Keluarga KKBN Pontian akan mengadakan Sukan Kelab Keluarga 2012 pada 1 Mei 2012 dalam pengertian menyambut Hari Pekerja. Program ini yang khusus diadakan untuk petugas KKBN Pontian dan keluarga bagi mengeratkan lagi perhubungan dan kerjasama yang sedia terjalin. Acara yang akan di pertandingkan adalah seperti badminton, bola jaring, karom, dart dan pertandingan mewarna. Acara yang telah disusun akan berlangsung sepenuhnya di Dewan Terbuka KKBN Pontian
Rabu, 18 April 2012
Lawatan Dari Sekolah Menengah Parit Betak
18April 2012 KKBN Pontian Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak telah melakukan lawatan pendidikan kemahiran di KKBN Pontian. Seramai 36 orang pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 bersama 2 guru pengiring telah selamat tiba di KKBN Pontian pada pukul 2.00 petang. Delegasi ini secara keseluruhannya akan diberikan maklumat umum mengenai KKBN Pontian dan mendapat penerangan mengenai kursus yang ditawarkan. Para pelajar dan guru ini juga dapat melihat demonstrasi kemahiran yang ditunjukkan oleh pelatih KKBN Pontian sepanjang lawatan ini.
Kursus Sambilan PW4
18April 2012 KKBN Pontian Anda ada Sijil ST PW2? Nak Sambung kursus ke PW4? Sudah kerja lebih setahun? Tiada Masa? Jangan tamatkan impian anda!!! Hanya untuk anda : KKBN Pontian akan mengambil pelatih kursus PW4 secara sambilan pada Julai 2012. Tempat adalah terhad! kepada yang berminat dan inginkan maklumat seterusnya klik di sini.
Selasa, 17 April 2012
Pasukan Futsal KKBN Pontian Harungi Cabaran
15April 2012 Gelanggang Futsal, Kg.Perak, Simpang Renggam KKBN Pontian telah menyertai Kejohanan Futsal Komuniti Simpang Renggam 2012 dengan menghantar pasukan dengan kekuatan 6 pemain dan seorang pengurus pasukan. Kejohanan telah bermula pada 8.30 pagi dan telah menutup tirai pada 3.00 petang dengan keputusan menang satu perlawanan menentang pasukan Ops-Ops Bola Kampung dengan jaringan 2-1. Pasukan KKBN Pontian kemudiannya tewas pula kepada pasukan Saga Biru FC (0-2) dan PKS (0-1).
Jumaat, 13 April 2012
KKBN Menuju Standard 5S
13April 2012 KKBN Pontian :Ke Arah Menuju Standard 5S KKBN Pontian sedang dalam proses membentuk, menyelaras dan meimplimentasi sistem 5S di dalam perjalanan organisasi bermula Mac hingga Jun 2012 dan akan dinilai keberkesanannya pada bulan Jun 2012. Program ini adalah berpandukan kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan kepada semua IKBN/IKTBN/KKBN Se-Malaysia. Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama dari semua warga KKBN Pontian bangi mencapai standard yang telah ditetapkan. Di bawah ini merupakan pengenalan kepada sistem 5S.
5S Penyelesaian Bijak
Dokumen yang disusun kemas memudahkan pencarian apabila dikehendaki |
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.
Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Mengapa Perlu 5S?
Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.
Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.
Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).
Kakitangan diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing |
Membina budaya Kaizen di tempat kerja
Membina kerjasama melalui penyertaan semua
Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:
Pendekatan Kaizen
Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :
Mengamalkan budaya kerja 5S
Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
Meluangkan masa untuk 5S
Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Pelaksanaan
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.
Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)
Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan
Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan
Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S
Keenam -Persijilan 5S
Pertandingan antara organisasi 5S
Anugerah amalan 5S
Organisasi model
Pelaksanaan 5S yang Berkesan
Untuk mendapat hasil yang optimum daripada pelaksanaan 5S di organisasi kita, beberapa perkara berikut boleh membantu :
Dapatkan sokongan dari peringkat pihak pengurusan atasan. Komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang sesuai bagi pelaksanaan 5S selain mampu memberi kesan yang lebih berpanjangan.
Sediakan prasarana yang bersesuaian. Adalah penting dikenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan 5S dalam organisasi. Untuk itu adalah perlu diwujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan 5S
Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kita kepada staf lain. Untuk itu beberapa kaedah boleh digunakan misalnya :
a. Melalui mesyuarat
b. Menggunakan intranet atau laman web organisasi
c. Papan kenyataan
d. Poster
e. Surat Berita Dalaman ( Newsletter)
Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam 5S dan staf lain di organisasi kita. Adalah perlu dirancang latihan asas 5S kepada setiap staf. Ini bagi membolehkan seluruh staf organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam 5S
Mulakan dengan projek perintis 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan staf tidak "teringin" untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila 5S dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi.
Wujudkan dan kongsikan Best Practices. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsikan dengan staf yang lain.
Sediakan pelan pelaksanaan 5S yang menyeluruh. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklumbalas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan 5S organisasi
Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan 5S di organisasi kita lebih "segar".
http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/main.html
Isnin, 9 April 2012
KKBN Pontian Dilanda Ribut
9April 2012 KKBN Pontian KKBN Pontian dan kawasan sekitarnya telah dipukul ribut pada petang 8 April 2012. Kejadian berlaku sewaktu para pelatih sedang menjamu selera di Dewan Makan KKBN Pontian. Kerosakan akibat ribut termasuklah di Dewan Makan KKBN, beberapa bengkel kemahiran dan kawasan asrama. Tiada sebarang kecederan dilaporkan sehingga hari ini dan pihak petugas KKBN Pontian serta pelatih di dalam proses membersihkan kawasan sekitar. Sesungguhnya setiap ujiuan dan musibah yang datang adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya. Kepada pihak yang ingin memberikan bantuan, boleh menghubungi Pengurusan KKBN Pontian ditalian 07-6933489.
Langgan:
Catatan (Atom)