« »

Carian Lain

Selasa, 27 Mac 2012

Senarai Pelatih KKBN Pontian Layak Konvokesyen 2012


27Mac 2012 KKBN Pontian Tahniah diucapkan kepada pelatih dan graduan KKBN Pontian yang layak menghadiri Konvokesyen IKBN/IKTBN/KKBN Se-Malaysia di PICC, Putrajaya. Senarai nama pelatih KKBN Pontian yang layak menghadiri konvokesyen kali ini akan dikeluarkan pada hari ini. Sila di sini untuk muat turun maklumat tersebut. Untuk perhatian pelatih yang layak, tarikh Konvokesyen 2012 adalah pada 14-15 Mei 2012. Sila kembalikan kad jawapan anda sebelum 20 April 2012 dan bayaran untuk konvokesyen adalah Rm 50.00. Sila rujuk Buku Panduan Graduan yang disertakan bersama surat jemputan Konvokesyen Ke-8.

Majlis Perpisahan Petugas KKBN Pontian


23Mac 2012 Bilik Mesyuarat KKBN Pontian KKBN Pontian pada hari ini kehilangan tiga orang petugas yang berdedikasi apabila mereka mendapat peluang bagi meningkatkan prospek mereka di dalam bidang kemahiran. En Sahril Bin Hassan, En Aizat Bin Adhak dan Cik Sadatul Roidah Bte Awang Kecik telah diraikan dalam sebuah majlis serba ringkas. Majlis yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kelab Warga KKBN Pontian ini telah mendengar ucapan perpisahan oleh ketiga-tiga petugas. Majlis juga telah diserikan dengan penyampaian cenderahati tanda kenangan dari Kelab Warga KKBN dan jamuan ringan. Warga KKBN Pontian mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga petugas dan selamat menjalankan tugas di tempat baru.

Isnin, 26 Mac 2012

Majlis Solat Hajat Berjemaah


26Mac 2012 Surau Asrama Tanjung Pengurusan KKBN Pontian akan mengadakan Majlis Solat Hajat Berjemaah pada 26 mac 2012 bertempat di Surau Asrama Tanjung bermula pada 8.30 malam. Semua warga KKBN Pontian dijemput hadir di majlis ini yang fokus kepada memohon kepada Allah S.A.W agar mempermudahkan segala urusan di KKBN Pontian dirahmati dan diredhai oleh Nya.

Ada berbagai cara melakukn solat hajat .

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum seperti kemarau.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

   1. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
   2. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
   3. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat hajat ini diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Maja. Hadith ini agak lemah tetapi sedikit sahaja: hadith sedemikian dilakukan bagi ibadat (fada’il al-a`mal) melalui persetujuan umum oleh ulamak mazahab.

Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau petang

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar

Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihahdan Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas

Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:

c) Tasbih ini Baca 10 kali

"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa"

d) Kemudian baca:

" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "

Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.(http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9096.0
)

Jumaat, 9 Mac 2012

PPU Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Inter-Course


9Mac 2012 Padan KKBN Pontian Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Inter-Course KKBN Pontian anjuran Rakan Muda KKBN Pontian dan Viking FC telah melabuhkan tirainya pagi ini dengan perlawanan bagi penentuan tempat ke empat hingga juara serta Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Hadiah yang di sempurnakan oleh Pengarah KKBN Pontian, En Rahmat Bin Hitam. Jurusan Teknologi Penyejuk Bekuan Dan Penyaman Udara Domestik(PPU) telah dinobatkan sebagai johan di dalam edisi kali ini dan telah membawa pulang hamper, medal dan Piala Pusingan Kejohanan. Jurusan PPU telah menundukkan Teknologi Awam(JBB) dengan jaringa 2-0 di dalam usaha untuk merangkul johan. Manakala perebutan di antara Teknologi Pendawaian Elektrik(PW) dan Teknologi Automotif(MKM) untuk menduduki tempat ketiga dan keempat telah dimenangi oleh Teknologi Pendawai Elektrik dengan jaringan 2-1.

Permohonan Kemasukan Pelatih Sesi Julai 2012 Telah Dibuka !!!


 8Mac 2012 KKBN Pontian Para belia di seluruh Malaysia dipelawa untuk memohon sebagai pelatih KKBN Pontian bagi sesi Julai 2012 bermula pada hari ini sehingga 30 Jun 2012. Kurus yang ditawarkan adalah seperti Teknologi Automotif, Teknologi Pendawaian Elektrik 1 Fasa dan 3 Fasa, Teknologi Awam, Teknologi Penyejuk Bekuan Dan Penyaman Udara Domestik, Teknologi Elektronik Industri dan Teknologi Tekstil Dan Apparel. Pelbagai kemudahan disediakan secara PERCUMA kepada pelatih KKBN Pontian antaranya elaun bulanan, asrama, makan dan minum, kemudahan pembelajaran dan riadah. Klik disini untuk muat turun borang permohonan.