« »

Carian Lain

Isnin, 27 Januari 2014

Program Gen-Y Fest Tahun 2014

26 January 2014, Seramai 381 orang pelajar Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah menyertai program Gen-Y Fest Tahun 2014.


Mereka diiringi oleh seramai 30 orang tenaga pengajar dan petugas.Sebanyak 9 buah bas telah disewa oleh pihak KKBN Pontian sebagai pengangkutan warga KKBN Pontian ke Kompleks Sukan Educity Nusajaya, di mana program tersebut diadakan.
 

Khamis, 16 Januari 2014

Program Derma Darah


 15 January 2014. Seramai 54 orang pelajar kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah menderma darah. Kira-kira jam 8:30 pagi, Pegawai Kesihatan dari Hospital Sultanah Aminah telah tiba di KKBN bagi persiapan derma darah oleh warga KKBN.


Derma darah berakhir jam 3.30.

Maulidurrasul Peringkat Daerah Pontian



14 January 2014. Seramai 50 orang pelajar Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian telah menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Maulidurrrasul Peringkat Daerah Pontian.

Mereka turut membantu menghidangkan makanan
kepada semua tetamu yang hadir.


Isnin, 13 Januari 2014

Pendaftaran Pelajar Baru sesi 01/2014

06 January 2014. Seramai 129 orang pelajar telah mendaftar di KKBN Pontian. Pendaftaran yang bermula seawal 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari itu, berjaya dengan kerjasama semua warga KKBN Pontian. Ribuan Terima Kasih diucapkan.

Ahad, 5 Januari 2014

Adios A Los Amigos

23 Disember 2013. Majlis Makan Malam sempena perpisahan telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis ini berkonsepkan 'Cowboy' dan disambut baik oleh semua warga KKBN Pontian.

 

Majlis Graduasi Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian kali- I

23 Disember 2013, warga Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian menyaksikan lakaran sejarah tercipta iaitu Majlis Graduasi Pelajar Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian kali Pertama Tahun 2013.




Graduasi kali ini menyaksikan seramai 181 orang graduan berjaya dianugerahkan diploma dan sijil dalam bidang masing-masing. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan KKBN Pontian yang telah berjaya. Diharapkan agar para graduan sekalian tidak cepat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi di bumi KKBN Pontian. Teruskan perjuangan menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat menjadi warga yang berbakti kepada masyarakat, negara dan agama. Justeru, syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan serta kepada penerima-penerima anugerah pada kali ini.

Kursus JPAM

20 & 21 Disember 2013, Kursus JPAM telah dijalankan di KKBN Pontian. Seramai 43 orang peserta wanita dan 66 orang peserta lelaki telah mengikuti kursus tersebut.