Mohd 'Asri Bin Mohd Anuar |
14Mei 2012 PICC Putrajaya Tahniah diucapkan kepada graduan yang berjaya menghadiri Konvokesyen IKBN/IKTBN/KKBN Se-Malaysia Ke-8 yang dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Sabri Bin Cheek, Menteri Belia Dan Sukan. Petugas KKBN Pontian juga tidak ketinggalan hadir di majlis yang berlangsung pada 14-15 Mei ini tanda sokongan kepada graduan. Suasana yang cukup meriah disaksikan dengan kehadiran ribuan pelatih dan keluarga yang gembira dengan pengiktirafan ini. Pengurusan juga mengucapkan tahniah kepada graduan terbaik IKBN/IKTBN/KKBN terutamanya Mohd 'Asri Bin Mohd Anuar selaku Graduan Terbaik KKBN Pontian.Seiring dengan slogan IKBN/IKTBN/KKBN 'Profesional Terunggul' diharapkan graduan-graduan lepasan IKBN/IKTBN/KKBN akan memberikan kualiti terbaik di dalam pekerjaan berkemahiran dan memajukan negara, bangsa dan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan