« »

Carian Lain

Memuatkan ...

Jumaat, 1 Jun 2012

Perjumpaan Bulanan Mei-Jun2012


1Jun 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Perjumpan Bulanan kali ini memperlihatkan keadaan penuh emosi sewaktu ucapan akhir Pengarah KKBN Pontian En Rahmat Bin Hitam di atas persaraan beliau pada Jun ini. Majlis ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor serta lagu Negaraku dan kemudiannya bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Johari Bin Mohd Shah. Urusetia Latihan, En Samiri Bin Marsahit pula mengambil tempat selepas itu dengan menyampaikan maklumat mengenai Peperiksaan Akhir Sesi 1/2012 diikuti pula dengan ucapan Pengarah KKBN Pontian. "Pastikan bunga-bunga yang mekar di KKBN sekarang menjadi buah" itu adalah antara petikan beliau yang mengingatkan kepada warga KKBN Pontian agar memelihara hasil yang dibentuk melalui perlaksanaan 5S ini agar terus terjaga dan mendatangkan hasil. Beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat penting mengenai perjalanan dan pengurusan organisasi serta peperiksaan akhir yang akan berlangsung. Beliau kemudiannya telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang program sukan yang telah berlangsung sepanjang Mei lalu iaitu Pertandingan Merentas Desa, Pertandingan Indoor Pelatih Lelaki dan Pertandingan Indoor Wanita. Pengarah KKBN Pontian juga telah menampaikan hadiah penghargaan kepada zon-zon dan individu yang telah memeriahkan perlaksanaan 5S. 

4 ulasan:

  1. aslmkm .sye nak tumpang tnye .ape kelebihan amik kursus binaan bangunan ?

    BalasPadam
  2. Setiap kursus yang ada ditawarkan di KKBN Pontian ada kelebihan masing-masing. Tetapi yang penting binaan bangunan juga satu kemahiran sepanjang hayat dan sangat diperlukan di dalam sektor pekerjaan sekarang. Di KKBN Pontian kursus binaan bangunan boleh memperolehi SKM 1, SKM 2 dan SKM 3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...

      Padam
  3. bagaimana dengan peluang pekerjaan kepada bekas2 pelajar jurusan binaan bangunan?

    BalasPadam