« »

Carian Lain

Isnin, 30 Julai 2012

Jelajah Masjid:Masjid Jamek Al-Hakim, Kg. Ulu Choh






29Julai 2012Masjid Jamek Al-Hakim, Kg. Ulu Choh "Keikhlasan Bermula Di Sini", ini adalah tema Program Jelajah Masjid KKBN Pontian 2012 yang bermula pada hari ini. Seramai 39 orang pelatih KKBN Pontian dan diiringi oleh 6 orang petugas telah menjadi kumpulan pertama yang mengikuti program ini. Keberkatan sepanjang Ramadhan ini dapat dilihat dengan kesungguhan pelatih dan petugas yang menyertai program dan kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Hakim, Kg. Ulu Choh. Program ini telah dimulakan dengan tazkirah ringkas dan diteruskan dengan penyampaian sumbagan kepada ibu tunggal oleh Datuk Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya. Selepas itu ahli jemaah dan pelatih telah berbuka puasa dan menyempurnakan solat Maghrib. Hidangan Nasi Briani telah dihidangkan usai melaksanakan solat Maghrib untuk jemaah yang hadir. Solat Isya dan Solat Sunat Tarawih disempurnakan kemudiannya dan Program Jelajah Masjid : Masjid Jamek Al-Hakim, Kg. Ulu Choh ditutup dengan sedikit sumbangan KKBN Pontian untuk tabung masjid ini. Selepas ini pelajar KKBN Pontian akan mejelajah ke Masjid Al-Muhajirin, Felda Bukit Batu untuk meneruskan kesinambungan program yang hebat ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Program Jelajah Masjid : Masjid Jamek Al-Hakim, Kg, Ulu Choh terutamanya kepada Jawatankuasa Masjid dan penduduk setempat semoga kita akan memperoleh keberkatan oleh Allah S.W.T. Insyallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan