22 September 2012 KKBN Pontian Terima kasih diucapkan kepada Team Sukan IKBN Pagoh yang sudi hadir untuk sama-sama menyertai Program Sukan Persahabatan yang diharapkan dapat meningkatkan hubungan duahala bukan sahaja dari skop pengurusan malahan aktiviti-aktiviti kesukanan. Segala kelemahan yang dihadapi oleh Team KKBN Pontian sepanjang program berlangsung telah pun dikenalpasti dan ini akan menjadi satu motivasi dan pemangkin kepada peserta untuk lebih berusaha agar memperolehi kejayaan di Kejohanan Sukan IKBN/IKTBN/KKBN SeMalaysia yang akan berlangsung Oktober ini.
Isnin, 24 September 2012
Jumaat, 21 September 2012
Perjumpaan Bulanan KKBN Pontian:September 2012
21
September 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Perjumpaan Bulanan September 2012 telah diadakan pada 8.30 pagi dengan mengutarakan pelbagai informasi, pesanan dan kata-kata oleh Pemangku Pengarah KKBN Pontia, Pn Zunaidah Binti Abd Razak. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu rasmi KKBN Pontian dan diteruskan dengan bacaan doa. Majlis selepas itu telah mendengar ucapan dari Pemangku Pengarah yang meliputi aspek kehadiran, perlaksanaan 5S dan perkembangan semasa KKBN Pontian. Penyerahan sijil dan insentif kepada peserta dan jurulatih yang telah mengharumkan nama KKBN Pontian di Pertandingan Tilawah Al-Quran Dan Nasyid IKBN/IKTBN/KKBN SeMalaysia pula mengambil tempat di dalam aturcara kali ini. Di majlis ini juga Jawatankuasa MPP diperkenalkan secara rasmi mengikut portfolio masing-masing yang akan menggalas tugas sebagai perantara dan penyampai isi hati pelatih KKBN Pontian kepada pengurusan dalam usaha memantapkan KKBN Pontian.
September 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Perjumpaan Bulanan September 2012 telah diadakan pada 8.30 pagi dengan mengutarakan pelbagai informasi, pesanan dan kata-kata oleh Pemangku Pengarah KKBN Pontia, Pn Zunaidah Binti Abd Razak. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu rasmi KKBN Pontian dan diteruskan dengan bacaan doa. Majlis selepas itu telah mendengar ucapan dari Pemangku Pengarah yang meliputi aspek kehadiran, perlaksanaan 5S dan perkembangan semasa KKBN Pontian. Penyerahan sijil dan insentif kepada peserta dan jurulatih yang telah mengharumkan nama KKBN Pontian di Pertandingan Tilawah Al-Quran Dan Nasyid IKBN/IKTBN/KKBN SeMalaysia pula mengambil tempat di dalam aturcara kali ini. Di majlis ini juga Jawatankuasa MPP diperkenalkan secara rasmi mengikut portfolio masing-masing yang akan menggalas tugas sebagai perantara dan penyampai isi hati pelatih KKBN Pontian kepada pengurusan dalam usaha memantapkan KKBN Pontian.
Selasa, 18 September 2012
Majlis Sambutan Aidilfitri 2012 UMNO Parlimen Pontian Di KKBN Pontian
17September 2012 Dewan Terbuka,KKBN Pontian Di dalam suasana Aidilfitri yang masih tersisa, UMNO Parlimen Pontian dan penganjur bersama iaitu Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2012 untuk meraikan ahli UMNO diseluruh Parlimen Pontian. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato Hj Ahmad Bin Maslan (Ketua Penerangan UMNO) dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian. Majlis yang bermula 10.00 pagi ini telah dimeriahkan dengan persembahan artis je,putan dari Warisan Johor dan para hadirin telah dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak sepanjang majlis ini berlangsung.
Jumaat, 14 September 2012
Suntikan Vaksin HPV
14September 2012 Dewan Tertutup KKBN Pontian Seramai 50 orang pelatih wanita KKBN Pontian terlibat dengan penerimaan Suntikan Vaksin Human Papillomavirus (HPV) yang digunakan untuk pencegahan awal kanser serviks. Suntikan ini diselia dan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari Klinik Nur Sejahtera Pontian.
Apakah HPV ??
"Kanser serviks merupakan kanser kedua yang paling kerap berlaku pada
wanita selepas kanser payudara. Di negara-negara maju, kadar kejadian
dan kematian disebabkan oleh kanser serviks adalah rendah tetapi di
negara kita kadar kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser serviks
masih tinggi.
Kanser serviks boleh dicegah kerana sebelum sampai ke tahap kanser,
ianya akan disusuli oleh sel prakanser dalam tempoh yang lama, manakala
organ serviks atau pangkal rahim adalah organ yang mudah untuk dipantau
atau diperiksa. Kunci kepada pencegahan ini adalah terletak pada ujian
pap smear iaitu ujian calitan pada pangkal rahim yang dilakukan setiap
2-3 tahun sekali untuk mengesan kehadiran sel prakanser. Sekiranya
terdapat sel prakanser, rawatan setempat pada pangkal rahim boleh
dilakukan dan pesakit mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk sembuh
sepenuhnya. Kaedah pencegahan secara Pap Smear ini adalah kaedah yang
dikenali sebagai pencegahan sekunder.
Persoalannya, apakah yang menyebabkan sel-sel pangkal rahim berubah
menjadi prakanser dan kanser? Kajian dan penemuan terbaru pada tahun
1980 oleh seorang saintis Germany menunjukkan 99.7% daripada kanser
serviks mempunyai kaitan dengan sejenis virus yang dikenali sebagai
Human Papilloma Virus atau HPV. Terdapat lebih dari 100 jenis virus HPV
dan ianya boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu virus HPV yang
berisiko rendah (virus berkaitan dengan wart atau kutil) dan virus HPV
berisiko tinggi (virus yang berkait dengan prakanser dan kanser).
Hampir 85% transmisi virus ini terjadi secara hubungan seksual.
Walaubagaimanapun, hampir 80% dari wanita yang mendapat jangkitan virus
ini akan bebas dari jangkitan dalam tempoh 12 bulan melalui mekanisme
pertahanan sistem dalam badannya sendiri. Virus yang tidak dapat dinyah
akan meyebabkan kesan yang kronik dan perubahan sel menjadi prakanser
dan kanser.
Seandainya jangkitan HPV ini boleh dicegah maka kejadian kanser
serviks juga dapat dicegah. Vaksin atau immunisasi HPV adalah kaedah pencegahan primer. Pemberian
vaksin ini pada wanita yang tidak pernah terdedah kepada virus
ini/tidak pernah melakukan hubungan seksual akan meransang sistem imun
untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini akan melawan dan menghalang
jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Vaksin ini akan mencegah
hampir 70% daripada kanser serviks, namun ujian Pap Smear masih perlu
terus dilakukan.
Walaubagaimanapun, langkah pemberian vaksin HPV pada remaja
telah mengundang pelbagai reaksi antaranya ialah seolah-olah pemberian
vaksin ini sebagai lesen kepada gejala seks bebas. Ini adalah tidak
berasas sama sekali kerana walaupun diketahui virus HPV dikaitkan dengan
transmisi secara seksual, namun ianya boleh juga terjadi pada hubungan
monogamy. Dalam ertikata yang lain, setiap wanita yang telah berkahwin
dan melakukan hubungan seksual mempunyai potensi untuk mendapat
jangkitan HPV dan kanser serviks sepertimana ramai dari kita yang telah
berkahwin dan dalam hubungan monogamy mempunyai risiko untuk mendapat
kanser ini. Justeru itu, pemberian vaksin pada remaja yang belum
terdedah kepada hubungan seks boleh menghindarkan virus ini secara
efektif.
Isu pemberian vaksin ini tidak sama sekali sama dengan
pemberian kondom percuma bagi mengelakkan sebaran HIV kerana pemberian
kondom secara terang-terangan menghalalkan hubungan seks bebas dan
mengurangkan risiko jangkitan. Vaksin HPV hanya sebagai satu langkah
untuk menguatkan pertahanan badan supaya tidak mudah mendapat jangkitan
HPV kemudiannya.
Namun begitu, remaja dan masyarakat umumnya perlu diingatkan
bahawa risiko jangkitan HPV akan meningkat pada mereka yang mengamalkan
seks berbilang pasanagan dan seks bebas. Tambahan pula, pelbagai
penyakit tularan seks seperti syphilis, gonorrhea, chlamydia dan
berbagai lagi yang boleh merosakkan sistem peranakan wanita dan lelaki
boleh terjadi disebabkan oleh salah laku seksual ini. Remaja perlu
diperingatkan supaya mengamalkan akhlak yang baik, menjauhi zina kerana
kesannya yang mudarat pada diri dan dosa yang besar dari perilaku ini.
Isu kedua yang dibangkitkan ialah kesan samping dari pemberian vaksin
ini kerana terdapat kes-kes yang telah dilaporkan di serata tempat
tentang kesan samping pemberian vaksin ini. Kita tidak boleh menafikan
bahawa setiap vaksinasi mempunyai kesan samping dan sebelum sesuatu
vaksin itu diluluskan ianya telah melalui pelbagai fasa ujian untuk
melihat dan menimbang baik buruknya vaksin ini pada masyarakat sejagat.
Sehingga Jun 2009, lebih dari 50 juta dos HPV vaksin telah diberi di
serata tempat di dunia. Kadar terjadinya kesan samping yang serius
adalah 0.05% pada kumpulan yang mendapat suntikan HPV dibandingkan
dengan 0.02% pada kumpulan yang tidak menerima suntikan (placebo).
Terdapat 18 kes kematian tetapi kematian itu bukan akibat langsung
dengan pemberian vaksinasi. Pada April 2009, WHO Global Advisory
Comittee telah membuat kesimpulan bahawa vaksin HPV adalah selamat dan
kesan samping adalah sangat minima.
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa kesan samping terhadap pengurangan
insidens kanser serviks ini cuma akan dapat dilihat selepas 10-15 tahun
program ini berjalan. Sementara itu, bagi saya seorang pakar sakit puan
yang hampir setiap hari melihat kes baru dan susulan kanser serviks di
hospital dan melihat penderitaan bukan sahaja pesakit tetapi anggota
keluarganya merasakan bahawa vaksinasi HPV adalah aspek pencegahan yang
baik untuk dilaksanakan.
Saya juga mengambil kesampatan ini untuk menyeru wanita yang telah
berkahwin dan melakukan hubungan seks supaya menjalani pemeriksaan Pap
Smear sebagai pencegahan sekunder sebelum terkena penyakit kanser
serviks.
Dalam era globalisasi dan teknologi IT, banyak maklumat yang dapat
diperolehi tetapi apabila kita ingin menilai maklumat saintifik,
terdapat beberapa tahap kajian yang perlu diberi perhatian.
’Observational study’ atau cerapan kes dan kes report menpunyai nilaian
saintifik yang paling rendah sedangkan kajian yang mempunyai kes dan
kontrol serta kajian yang melibatkan intervention/tindakan menpunayi
nilaian saintifik yag lebih tinggi. Maklumat tentang keburukan vaksinasi
perlu dinilai sebelum kita membuat sebarang andaian."
Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Sultanah Bahiyah
Ahli Majlis Wanita ISMA
Majlis Sambutan Hari Raya KKBN Pontian Meriah
13September 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Majlis Sambutan Hari Raya KKBN Pontian tahun ini disambut meriah dengan kehadiran jemputan hampir mencecah 1000 orang. Bermula dari 12 September 2012, perancangan dan persiapan telah dilakukan dengan penglibatan pelatih dan petugas KKBN Pontian. Proses yang memerlukan kerjasama dan komitmen ini tidak akan berhasil sekiranya tiada kesatuan di dalam hubungan pelatih dan petugas KKBN Pontian. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan-Jabatan, Organisasi dan Individu yang telah sudi hadir di Majlis ini. Tahniah juga diucapakan kepada semua warga KKBN Pontian yang telah bertungkuslumus di dalam persiapan hidangan, persiapan dewan dan persiapan pentas sepanjang Majlis ini berlangsung.
Majlis Sambutan Hari Raya MPC Wilayah Selatan
14September 2012 Pejabat Wilayah Selatan MPC, Bandar Baru UdaTerima kasih di atas undangan dan layanan oleh pihak penganjur iaitu MPC Wilayah Selatan di Majlis Rumah Terbuka MPC Zon Selatan. Majlis istimewa yang telah di hadiri oleh pelbagai pihak yang menjadi tunjang perjalanan MPC Wilayah Selatan. Majlis juga menjadi ceria dengan kehadiran penghuni Taman Sinar Harapan Tampoi dengan pelbagai keletah dan ragam dapat disaksikan.
Isnin, 10 September 2012
Tahniah Team KKBN Pontian !!!
09September 2012 IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang Tahniah diucapkan kepada Team KKBN Pontian yang telah menamatkan cabaran di Pertandingan Tilawah Al-Quran, Nasyid Dan Seni Islam Ke-26 di IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan pencampaian yang membanggakan. Memperolehi keputusan diluar dugaan apabila mendapat tempat sebagai Naib Johan Pertandingan Nasyid dan Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran (Wanita) cukup memberikan kepuasan dimana KKBN Pontian sebelum ini ketandusan pencapaian di dalam Nasyid walaupun merupakan antara pencabar yang kuat di dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran. Semoga pencampaian seumpama ini akan memberikan satu anjakan kepada usaha yang berterusan agar KKBN Pontian akan terus memberikan saingan dimasa hadapan.
Jumaat, 7 September 2012
KKBN Pontian Penuhi Jemputan KBS:Hari Bersama Pelanggan
06September 2012 Stadium Juara, Mount Kiara Seramai 35 orang pelatih yang terdiri daripada Jawatankuasa MPP KKBN Pontian berserta 3 petugas telah hadir untuk memenuhi jemputan dari Kementerian Belia Dan Sukan di Program Hari Bersama Pelanggan KBS. Suasana yang meriah dapat dirasai dengan kehadiran orang ramai dan artis-artis jemputan. Kepenatan di sepanjang pejalanan yang mengambil masa hampir 6 jam ini hilang selepas dapat bersalaman dengan kakitangan KBS teutama Menteri Kementerian Belia Dan Sukan, Dato' Ahmad Sabery Cheek yang begitu ceria menyambut kehadiran kami. Terima kasih diucapkan kepada penganjur kerana telah menyajikan program yang hebat dan lancar pada kali ini.
Selamat Berjuang Team KKBN Pontian
6September 2012 KKBN Pontian Sekumpulan pelatih dan petugas dari KKBN Pontian bertolak pada hari ini untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid IKBN/IKTBN/KKBN SeMalaysia yang akan diadakan di IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Walaupun dalam kekangan masa yang terhad sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, KKBN Pontian telah berjaya membentuk peserta dan kumpulan untuk menyertai pertandingan kali ini. Diharapkan pretasi yang terbaik akan dilakukan dan dipersembahkan oleh peserta KKBN Pontian dalam meningkatkan pencapaian KKBN Pontian bukan sahaja di dalam akademik bahkan di dalam seni Islam juga. Kami di KKBN Pontian mendoakan kejayaan kotinjen KKBN Pontian di dalam setiap acara yang disertai dan mengharapkan kejutan bakal terhasil impak dari kerja keras peserta mahupun petugas KKBN Pontian. SELAMAT BERJAYA !
Program Derma Darah 2/2012
06September 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Setiap semester di KKBN Pontian tidak akan lengkap tanpa perlaksanaan Program Derma Darah anjuran Tabung Darah Hospital Sultanah Aminah dan Unit Ko-Korikulum KKBN Pontian. Begitu juga keadaannya pada sesi 2/2012 ini, pelatih dan petugas KKBN Pontian akan melibatkan diri sebagai sukarelawan yang bertindak dengan mendermakan darah untuk membantu mereka yang memerlukan. Sifat kesukarelaan ini merupakan antara perkara yang terkandung di dalam modul pembinaan insan yang dipupuk sepanjang pelatih berada di KKBN Pontian. Sekalung penghargaan dan tahnih diucapkan kepada penganjur, pelatih dan petugas KKBN Pontian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program ini berlangsung.
Isnin, 3 September 2012
Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pendawai Elektrik
03September 2012 Dewan Tertutup KKBN Pontian Masih kedengaran lagu-lagu Hari Raya berkumandang dicorong radio yang pasti memeriahkan suasana di Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh Jabatan Pendawai Elektrik tepat jam 10.00 pagi. Pelbagai hidangan telah disediakan pihak penganjur bagi memenuhi selera dan membangkitkan suasana Hari Raya kepada para hadirin. Majlis yang julung kali dianjurkan ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi KKBN Pontian dan tentunya ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada kerjasama di antara petugas dan pelatih KKBN Pontian. Tahniah diucapkan kepada semua warga Jabatan Pendawai Elektrik di atas penganjuran ini.
Langgan:
Catatan (Atom)