« »

Carian Lain

Isnin, 21 Mei 2012

Karnival Kerjaya 2012 Di IKBN Pagoh


21Mei 2012 IKBN Pagoh Hari ini pelatih KKBN Pontian dan petugas telah menghadiri Majlis Perasmian Karnival Kerjaya 2012 yang dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelabagai maklumat dan peluang pekerjaan telah disediakan oleh IKBN Pagoh di dalam karnival kali ini yang boleh memberi manafaat kepada pelatih-pelatih KKBN Pontian. Sekalung tahniah diucapkan kepada IKBN Pagoh kerana berjaya melaksanakan program ini.

Himpunan Belia Iskandar 2012


19Mei 2012 Plaza Angsana Johor Baharu KKBN Pontian telah sama-sama memeriahkan Program IM Youth 2012 dengan melaksanakan pameran dan lawatan oleh pelatih-pelatih KKBN Pontian di Majlis Perasmian Himpunan Belia Iskandar 2012 pada 20 Mei 2012. Pelbagai program telah diatur oleh pihak penganjur dan pihak KKBN Pontian mengucapkan ribuat terima kasih kerana telah memberi peluang kepada KKBN Pontian menyertai program ini.

Jumaat, 18 Mei 2012

Larian Merentas Desa Sambutan Hari Belia 2012

Pelapasan Larian Merentas Desa Oleh Pengarah KKBN Pontian

Lembu Yang Mengikuti Peserta
18Mei 2012 KKBN Pontian Satu program Larian Merentas Desa telah diadakan yang merupakan salah satu aktiviti Bulan Sukan sempena sambutan Hari Belia 2012 Peringkat KKBN Pontian. Para peserta yang mengambil bahagian adalah pelatih dan petugas KKBN Pontian telah dilepaskan secara rasmi oleh Pengarah KKBN Pontian, En Rahmat B. Hitam. Peserta diuji kepantasan berdasarkan laluan sejauh 8 km dan  empat kategori dipertandingkan iaitu kategori pelatih lelaki, pelatih wanita, petugas lelaki dan petugas wanita. Di dalam kemeriahan ini pelbagai laluan disediakan termasuklah di dalam ladang nanas, ladang kelapa sawit dan peserta juga dikejutkan dengan kehadiran lembu yang telah sama-sama berlari hampir 500 meter. Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu Unit Ko-Korikulum KKBN Pontian dan jawatankuasa pengelola yang berjaya melaksanakan aktiviti Larian Merentas Desa ini. 

Khamis, 17 Mei 2012

Raikan Kembara Mahkota Johor


16Mei 2012 Kampung Puteri Menangis Seramai 30 orang pelatih dan pegawai pengiring telah menghadiri majlis sambutan Kembara Mahkota Johor pada kali ini. Pihak KKBN Pontian telah dijemput untuk meraikan kahadiran D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR di Kampung Puteri Menangis, Pontian dalam rangka program Kembara Mahkota 2012. Tidak ketinggalan juga pelatih yang berada di KKBN Pontian telah beratur sepanjang jalan untuk meraikan konvoi Kembara Mahkota Johor

Selasa, 15 Mei 2012

Konvokesyen IKBN/IKTBN/KKBN Se-Malaysia


Mohd 'Asri Bin Mohd Anuar

14Mei 2012 PICC Putrajaya Tahniah diucapkan kepada graduan yang berjaya menghadiri Konvokesyen IKBN/IKTBN/KKBN Se-Malaysia Ke-8 yang dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Sabri Bin Cheek, Menteri Belia Dan Sukan. Petugas KKBN Pontian juga tidak ketinggalan hadir di majlis yang berlangsung pada 14-15 Mei ini tanda sokongan kepada graduan. Suasana yang cukup meriah disaksikan dengan kehadiran ribuan pelatih dan keluarga yang gembira dengan pengiktirafan ini. Pengurusan juga mengucapkan tahniah kepada graduan terbaik IKBN/IKTBN/KKBN terutamanya Mohd 'Asri Bin Mohd Anuar selaku Graduan Terbaik KKBN Pontian.Seiring dengan slogan IKBN/IKTBN/KKBN 'Profesional Terunggul' diharapkan graduan-graduan lepasan IKBN/IKTBN/KKBN akan memberikan kualiti terbaik di dalam pekerjaan berkemahiran dan memajukan negara, bangsa dan agama.

Jumaat, 11 Mei 2012

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433H


11Mei 2012 KKBN Pontian Bermula semalam KKBN Pontian telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433H. Aktiviti yang telah berlangsung adalah pertandingan hafazan, pertandingan azan dan tulisan khat, program kemudaiannya diteruskan dengan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat dimalamnya. Perarakan pula dijalankan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi, seterusnya warga KKBN Pontian dan para jemputan telah diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh adik Nurfatin Aqilah Binti Azmi yang merupakan anak kepada petugas KKBN Pontian, marhaban dan nasyid. Majlis yang telah dihadiri oleh Pengerusi KKBN Pontian, Bendahari Kehormat KOBENA, Ahli Lembaga KKBN Pontian, Ketua-Ketua Kampung ini juga telah dihidangkan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Morshid Bin Hj. Maarof

Percubaan Amali Akhir PW2 Sem 4 Siri 3


10Mei 2012 KKBN Pontian En Abdul Razak Bin Hashim yang merupakan pengajar PW2 Sem 4 telah mengadakan Percubaan Amali Akhir untuk memberikan pendedahan yang lebih baik di dalam pendawaian elektrik, walaupun di dalam  keadaan yang serba meriah dengan pelbagai program yang telah diatur, pelatih tidak dapat lari dengan latihan-latihan yang ditetapkan.

Isnin, 7 Mei 2012

KKBN Pontian Sokong Kolej Komuniti Bandar Penawar


5Mei 2012 Perkarangan Dewan Kejora bandar Penawar Tuan Pengarah dan pegawai KKBN Pontian telah hadir ke Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Sebagai Hab Upskilling & Reskilling & Kolaborasi Strategik Bersama IRDA & Industri Minyak Dan Gas sebagai tanda sokongan terhadap perkembangan teknologi kemahiran di negara ini. Majlis yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Mohamed Khalid Bin Nj. Nordin, Menteri Pengajian Tinggi ini telah memberikan satu penghormatan dan anjakan kepada bidang kemahiran di Malaysia dimana dengan adanya program seperti ini, belia dan masyarakat setempat akan menerima kesan yang positif secara tidak langsung.

Rabu, 2 Mei 2012

KKBN Pontian Meraikan Larian Bendera Sang Saka Bangsa


2Mei 2012 KKBN Pontian Pelatih dan petugas meraikan peserta perarakan Program Larian 'Sang Saka Bangsa' yang merupakan program sambutan ulang tahun ke-66 penubuhan UMNO. Para pelatih KKBN dan petugas telah berdiri sepanjang jalan di hadapan KKBN Pontian bagi memeriahkan lagi program tersebut. Para peserta Program Larian 'Sang Saka Bangsa' telah diberikan sorakan yang hebat dan paluan kompang sebagai tanda sokongan dari KKBN Pontian.

Hari Pekerja : Sukan Kelab Keluarga 2012


1Mei 2012 KKBN Pontian Hari Pekerja kali ini telah disambut meriah oleh petugas-petugas KKBN Pontian dengan berlangsungnya Hari Sukan Kelab Keluarga 2012 anjuran Kelab Keluarga KKBN Pontian. Pelbagai aktiviti telah diaturkan dengan pelbagai hadiah disediakan bagi pemenang. Aktiviti yang meliputi petugas dan ahli keluarga telah menzahirkan suasana kekeluargaan dan keakraban yang begitu harmoni. Turut memeriahkan program ini adalah kehadiran Pengerusi KKBN Pontian iaitu YBhg. Dato’ Dr Jamaluddin Bin Abdul Hamid yang telah meluangkan masa dalam merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada kali ini.