« »

Carian Lain

Khamis, 21 Jun 2012

Tahniah & Selamat Berjaya



21Jun 2012 KKBN Pontian Pengurusan dan dari meja pengarang mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada pelatih yang telah selesai menjalani peperiksaan dan menamatkan kursus kemahiran di dalam sesi 1/2012 ini. Kami di KKBN Pontian senantiasa mendoakan akan kejayaan pelatih dan dengan penuh pengharapan segala ilmu yang dituntut dan kemahiran yang dicanai sewaktu di KKBN Pontian akan dapat membantu dalam usaha memepertingkatkan kualiti dan pesonaliti pelatih di dalam menempuh fasa baru dalam kehidupan dan dunia pekerjaan. Diharapkan segala perkara yang baik sepanjang di KKBN Pontian dijadikan panduan dan segala kelemahan dapat dimaafkan.

Sabtu, 9 Jun 2012

Majlis Perpisahan Sesi 1/2012 " Sireh Pulang Ke Gangang"


8Jun 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar KKBN Pontian di atas penganjuran Majlis Perpisahan Sireh Pulang Ke Gangang Sesi yang bertemakan Irama Malaysia pada sesi ini. Walaupun dalam tempoh yang terhad dan dihimpit dengan pelbagai program terutamanya 5S dan persediaan Peperiksaan Akhir Sesi 1/2012, majlis yang meriah ini dapat dilaksanakan dengan baik. Pelbagai bakat pelatih KKBN Pontian dapat dilihat dengan terhidangnya persembahan nyanyian, life band dan zapin sepanjang majlis ini berlangsung. Kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah dan petugas KKBN Pontian dimajlis ini telah dapat menggambarkan sokongan yang tidak terhingga terhadap perlaksanaan program yang menggilap bakat pelatih seperti ini. Kehadiran dua moskot nanas dan parti kejutan buat pelatih yang menyambut hari lahir pada 8 Jun telah menambahkan lagi keceriaan majlis ini. 

Jumaat, 1 Jun 2012

Perjumpaan Bulanan Mei-Jun2012


1Jun 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Perjumpan Bulanan kali ini memperlihatkan keadaan penuh emosi sewaktu ucapan akhir Pengarah KKBN Pontian En Rahmat Bin Hitam di atas persaraan beliau pada Jun ini. Majlis ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor serta lagu Negaraku dan kemudiannya bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Johari Bin Mohd Shah. Urusetia Latihan, En Samiri Bin Marsahit pula mengambil tempat selepas itu dengan menyampaikan maklumat mengenai Peperiksaan Akhir Sesi 1/2012 diikuti pula dengan ucapan Pengarah KKBN Pontian. "Pastikan bunga-bunga yang mekar di KKBN sekarang menjadi buah" itu adalah antara petikan beliau yang mengingatkan kepada warga KKBN Pontian agar memelihara hasil yang dibentuk melalui perlaksanaan 5S ini agar terus terjaga dan mendatangkan hasil. Beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat penting mengenai perjalanan dan pengurusan organisasi serta peperiksaan akhir yang akan berlangsung. Beliau kemudiannya telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang program sukan yang telah berlangsung sepanjang Mei lalu iaitu Pertandingan Merentas Desa, Pertandingan Indoor Pelatih Lelaki dan Pertandingan Indoor Wanita. Pengarah KKBN Pontian juga telah menampaikan hadiah penghargaan kepada zon-zon dan individu yang telah memeriahkan perlaksanaan 5S.