« »

Carian Lain

Isnin, 30 Julai 2012

Jelajah Masjid:Masjid Jamek Al-Hakim, Kg. Ulu Choh






29Julai 2012Masjid Jamek Al-Hakim, Kg. Ulu Choh "Keikhlasan Bermula Di Sini", ini adalah tema Program Jelajah Masjid KKBN Pontian 2012 yang bermula pada hari ini. Seramai 39 orang pelatih KKBN Pontian dan diiringi oleh 6 orang petugas telah menjadi kumpulan pertama yang mengikuti program ini. Keberkatan sepanjang Ramadhan ini dapat dilihat dengan kesungguhan pelatih dan petugas yang menyertai program dan kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Hakim, Kg. Ulu Choh. Program ini telah dimulakan dengan tazkirah ringkas dan diteruskan dengan penyampaian sumbagan kepada ibu tunggal oleh Datuk Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya. Selepas itu ahli jemaah dan pelatih telah berbuka puasa dan menyempurnakan solat Maghrib. Hidangan Nasi Briani telah dihidangkan usai melaksanakan solat Maghrib untuk jemaah yang hadir. Solat Isya dan Solat Sunat Tarawih disempurnakan kemudiannya dan Program Jelajah Masjid : Masjid Jamek Al-Hakim, Kg. Ulu Choh ditutup dengan sedikit sumbangan KKBN Pontian untuk tabung masjid ini. Selepas ini pelajar KKBN Pontian akan mejelajah ke Masjid Al-Muhajirin, Felda Bukit Batu untuk meneruskan kesinambungan program yang hebat ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Program Jelajah Masjid : Masjid Jamek Al-Hakim, Kg, Ulu Choh terutamanya kepada Jawatankuasa Masjid dan penduduk setempat semoga kita akan memperoleh keberkatan oleh Allah S.W.T. Insyallah

Khamis, 26 Julai 2012

Tadarus KKBN Pontian, Pelengkap Ramadhan




24Julai 2012 Surau Dewan Terbuka KKBN Pontian Tadarus Al-Quran adalah sangat sinonim dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak. Begitu juga keadaannya di KKBN Pontian, Tadarus Al-Quran yang merupakan aktiviti wajib di KKBN Pontian telah pun bermula dan amat berlainan dari tahun-tahun yang lalu. Aktiviti bertadarus pada tahun ini telah dilakukan pada waktu tengahari iaitu pada waktu rehat dengan penglibatan semua petugas dan pelatih KKBN Pontian. Perubahan ynag drastik ini adalah bertujuan untuk memperbanyakkan lagi ibadah warga KKBN Pontian dibulan penuh keberkatan ini. Tidak hanya dijalan pada waktu rehat tengahari, aktiviti tadarus ini juga diteruskan sejurus selepas solat terawih. Dijangkakan warga KKBN Pontian akan dapat khatam Al-Quran sebanyak 2 kali sepanjang bulan Ramadhan ini dengan purata menghabiskan 4 Juzu' Al-Quran setiap hari. Semoga usaha ini akan memberikan keberkatan kepada warga KKBN Pontian. Insyallah.

Agihan Kain Baju Raya Sumbangan Kelab Keluarga KKBN Pontian



24Julai 2012 KKBN Pontian Seperti tahun-tahun yang lalu Kelab Keluarga KKBN Pontian mengedarkan kain untuk para petugas KKBN Pontian membuat sepasang Baju Melayu atau Baju Kurung untuk Aidilfitri tahun ini. Agihan kain ini telah disempurnakan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Keluarga KKBN Pontian. Agihan kain ini merupakan salah satu budaya yang menarik di KKBN Pontian sebelum menjelangnya Syawal. Semoga sumbangan ini akan berterusan pada masa-masa yang akan datang agar ikatan dan ukhuwah yang terbina selama ini akan terus terpelihara.

Isnin, 23 Julai 2012

Pendaftaran Pelatih KKBN Pontian Pengambilan Kedua


23Julai 2012 KKBN Pontian Warga KKBN Pontian hari ini mengalukan kehadiran pelatih dan keluarga yang hadir untuk sesi pendaftaran pengambilan kedua di Dewan Terbuka KKBN Pontian. 60 orang pelatih dijangka hadir utnuk melapor diri untuk meneruskan pembelajaran sesi 2/2012 ini. Pelatih yang hadir merupakan pelatih yang akan menjalani pelabagai bidang di KKBN Pontian ini. Kehadiran di bulan Ramadhan ini juga tidak melunturkan niat dan keinginan pelatih untuk menghadapi latihan. TAHNIAH !

KKBN Pontian Ikuti Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang


20Julai 2012 Dataran Tanjung Agas, Muar Seramai hampir 80 pelajar dan 5 orang petugas KKBN Pontian telah hadir ke Dataran Tanjung Agas, Muar pada jam 3.30 petang. Pihak KKBN Pontian telah dijemput untuk sama-sama mengikuti dan memeriahkan Majlis Perasmian Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Hishammuddin Bin Tun Hussein pada jam 8.30 malam dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai gimik pelancaran program ini.

Jumaat, 20 Julai 2012

Perjumpaan Bersama Pengurusi KKBN Pontian


19Julai 2012 KKBN Pontian "Selamat menjalani ibadah puasa dan sama-sama mempertingkatkan ibadah di bulan penuh keberkatan ini" itulah di antara petikan kata-kata dari Pengerusi KKBN Pontian, Dato' Dr. Jamaluddin Bin Abd Hamid kepada semua petugas KKBN Pontian di dalam satu perjumpaan jam 2.00 petang ini. Beliau juga menyampaikan beberapa amanat terutama dalam segi kerjasama berpasukan dan skop pekerjaan di samping beberapa berita gembira. Perjumpaan ini juga dimeriahkan dengan pengagihan buah kurma kepada petugas sebagai simbolik menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak.

Jumaat, 13 Julai 2012

Mini Karnival Pemakanan Sihat


13Julai 2012 KKBN Pontian Pada 14-15 Julai 2012 KEMAS akan mengadakan Mini Karnival Pemakanan Sihat yang memberikan pendedahan kepada penduduk sekitar Johor dan Parlimen Pontian khususnya akan kepentingan mengamalkan pemakanan sihat. Program julung kali diadakan ini akan dirasmikan oleh Datuk Ahmad bin Maslan dan pelbagai pengisian telah dirancang sepanjang program ini berlangsung dan tentu sekali akan memberikan maklumat yang terbaik.  Semua dijemput hadir.

Majlis Perpisahan Pengarah KKBN Pontian Anjuran Kelab Keluarga KKBN Pontian



11Julai 2012 Hotel Pontian Malam ini terlalu berbeza dari malam yang sebelumnya, malam ini telah mencipta sejarah tersendiri dan di malam ini juga pelbagai perasaan di ruang Dewan Hibiscus, Hotel Pontian. Malam ini merupakan malam di mana Kelab Keluarga KKBN Pontian mengadakan Majlis Makan Malam Dan Perpisahan Mantan Pengarah KKBN Pontian. Adalah menjadi sejarah kepada KKBN Pontian apabila kesemua Pengurus dan Pegawai KOBENA turut hadir di majlis yang telah diatur ini. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya para hadirin telah menjamu selera. Majlis ini seterusnya telah mendengar amanat dan ucapan dari Dato' Dr. Jamaluddin Bin Abd Hamid, Dato Hj. Ibrahim Bin Mat Din dan En. Rahmat Bin Hitam. Penganjur juga telah menyelitkan acara lain seperti tayangan video bertajuk "Memoir Seorang Insan" khas untuk Mantan Pengarah KKBN Pontian, penyerahan cenderhati dari pelbagai Jabatan di KKBN Pontian, KOBENA mahupun perseorangan, sesi bergambar bersama yang diraikan dan sesi bermaaf-maafan yang telah mengundang beribu perasaan yang tidak dapat ditolak.

Khamis, 12 Julai 2012

Majlis Perpisahan Mantan Pengarah KKBN Pontian Bersama Petugas Dan Pelajar




11Julai 2012 KKBN Pontian Bermula jam 4.30 petang sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan Mantan Pengarah KKBN Pontian di atas persaraannya. Majlis ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus-Pengurus dan Pegawai-Pegawai dari KOBENA Berhad yang turut sama-sama menyambut kehadiran Mantan Pengarah di majlis ini. Majlis yang serba sederhana ini telah dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan disampaikan oleh Pemangku Pengarah KKBN Pontian, Pn Zunaidah Bte Abd Razak. Majlis seterusnya diperdengarkan ucapan oleh wakil pelajar sesi 2/2012 dan ucapan penghargaan dari Dato' Dr. Jamaluddin Bin Abd Hamid (Pengerusi KKBN Pontian) dan seterusnya Dato' Hj Ibrahim Bin Hj. Mat Din (Pengerusi Eksekutif KOBENA) pula mengambil tempat untuk menyampaikan amanat terakhir. Majlis pula kemudiannya mendengar ucapan perpisahan oleh Mantan Pengarah KKBN Pontian, En Rahmat Bin Hitam dan seterusnya lambaian terakhir oleh petugas dan pelajar untuk kali terakhir sebelum beliau melangkah keluar dari KKBN Pontian.

Isnin, 9 Julai 2012

Selamat Kembali


9Julai 2012 KKBN Pontian Suasana ceria telah dirasai di KKBN Pontian dengan kepulangan pelajar yang menyambung latihan kemahiran pada perhimpunan pagi ini. Wajah-wajah yang telah bercuti hampir 2 minggu telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan dalam mendapatkan kemahiran yang telah mula dikutip pada sesi 1/2012 lalu. Kami di KKBN Pontian bersyukur, berbangga dan gembira di atas kepulangan pelajar-pelajar dalam keadaan selamat dan sihat dengan harapan agar pelajar-pelajar ini terus berusaha untuk mendapatkan sebanyak mana ilmu dan kemahiran yang diinginkan di KKBN Pontian. SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DAN SELAMAT BERJAYA

Khamis, 5 Julai 2012

Pendaftaran Pelajar Sesi 2/2012


2Julai 2012 KKBN Pontian Bermula jam 8.30 pagi, keadaan di KKBN Pontian semakin meriah dengan kehadiran dan pelajar yang akan mendaftar untuk mengikuti latihan kemahiran pada sesi 2/2012 ini. Seramai hampir 140 orang dijangka hadir untuk mendaftar dan bilangan tersebut akan semakin meningkat dalam masa 2 minggu akan datang. Tahniah diucapakan kepada pelajar yang telah diterima masuk dan selamat berjaya di dalam menghadapi Minggu Paradigma dan sesi pembelajaran yang akan berlangsung. Pelatih yang menyambung semula pembelajaran akan mula mendaftar pada 8 Julai ini untuk meneruskan latihan ke tahap yang seterusnya.