Sabtu, 23 Februari 2013
Merentas Desa
23 Februari 2013. Seramai 271 orang pelajar telah menyertai aktiviti Merentas Desa yang bermula dari Dewan Terbuka KKBN Pontian dan berakhir di Pintu Masuk Utama KKBN Pontian. Pelajar lelaki telah merentasi 8km merangkumi Jalan Kg. Pt. Dato' Onn dan Jalan di sebelah Sek. Keb. Pulai Sebatang. Pelajar Perempuan pula hanya melalui Kg. Pt. Dato' Onn, sejauh 5km.
Secara keseluruhan, aktiviti ini boleh dianggap berjaya dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua petugas yang hadir. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan juga secara tidak langsung terutamanya pegawai polis dari Pejabat Polis Ayer Baloi yang telah bersama-sama menjaga serta memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang aktiviti dijalankan.
Aktiviti yang bermula pada jam 7.30 pagi itu berakhir pada jam 11.45 pagi.
Khamis, 21 Februari 2013
Suntikan HPV kali ke 2
20 Februari 2013. Seramai 60 orang pelajar wanita telah menerima suntikan HPV kali kedua di Dewan tertutup KKBN Pontian. Program tersebut bermula jam 930 pagi dan berakhir sejam kemudian.
Khamis, 14 Februari 2013
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
9 Februari 2013. Seawal 8.00 pagi semua pelajar dan petugas KKBN Pontian telah berkumpul di perkarangan Dewan Terbuka KKBN. Perbarisan bermula jam 9.00 pagi melintasi hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Sebaik sahaja perbarisan tiba di Dewan Terbuka KKBN Pontian, minum pagi telah disediakan. Majlis seterusnya diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KKBN Pontian, Dato' Dr. Hj. Jamaluddin bin Hj. Abd Hamid menyusul selepas itu. Bacaan Al-Quran serta terjemahan, berzanji dan marhaban didengarkan oleh wakil pelajar KKBN yang diteruskan dengan Ceramah bersempena Majlis Maulidur Rasul oleh Tuan Al-Habib Said Mohamed bin Said Alwee.
Penyampaian Hadiah pertandingan yang telah diadakan telah disempurnakan oleh Tn. Pengerusi KKBN Pontian serta Tn. Hj. Ismail bin Ishak. Majlis seterusnya diceriakan dengan persembahan nasyid dan bercerita oleh johan pertandingan serta persembahan Nasyid KKBN Pontian.
Sebelum majlis selesai pada jam 13:30, semua yang hadir dijemput menjamu selera.

Rabu, 13 Februari 2013
Program Derma Darah
8 Februari 2013. Seramai 84 orang pelajar KKBN Pontian telah menderma darah di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Program tersebut telah dianjurkan oleh Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Seawal 9.00 pagi para petugas dan pegawai dari HSA telah tiba di KKBN Pontian. Program tersebut berakhir pada jam 16:00.
Ahad, 3 Februari 2013
My beautiful
3 Februari 2013. Seramai 50 orang pelajar KKBN Pontian telah menyertai Program My Beautiful yang dilancarkan serentak di seluruh Malaysia. KKBN Pontian bersama Majlis Daerah Pontian ditugaskan menjalankan kerja-kerja amal atau pembersihan di zon 12 iaitu di dalam dan di luar Masjid Jamek Pekan Nenas, sehingga ke kawasan bersebelahan dengan stesyen pam minyak Petronas. Antara badan-badan lain yang terlibat termasuklah Kolej Komuniti, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA.
Pelajar KKBN Pontian telah bertolak seawal jam 06:00 dan tiba di lokasi jam 19:15. Program tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Johor. Kedua-dua nyanyian tersebut diikuti dengan nyanyian 1Malaysia dan IM4U.
Setelah dibekalkan makan tengahari, semua pelajar selamat tiba di KKBN jam 13:05.

Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia
2 Februari 2013. Seawal jam 06:30, seramai 90 orang pelajar iaitu 45 orang lelaki dan 45 orang wanita serta diiringi oleh En. Sahimi bin Md Lana, En. Muhamad Faris bin Asmawi dan Pn. Nor Samiah binti Hussin telah menyertai Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia di Tanjung Piai, Pontian.
'Pulau Kukup adalah sebuah pulau bakau yang terletak kira-kira 1 km dari Kukup Pontian, ia terletak di rantau Selatan-barat negeri Johor, dan ke arah Utara-barat Tanjung Piai, Semenanjung Malaysia. Kawasan pulau adalah 6,472 kilometer persegi dan dikelilingi oleh 8 kilometer persegi kawasan berlumpur. Pulau Kukup telah diwartakan Taman Negara pada 27 Mac 1997. Pada bulan Januari 2003, pulau ini telah diberikan status “Kawasan Tanah Lembab Kepentingan Antarabangsa” atau Tapak RAMSAR, oleh Konvensyen Ramsar yang beribupejabat di Geneva.
Dan hari ini adalah sambutan ‘HARI TANAH LEMBAB SEDUNIA’ bagi tahun 2013'
dipetik dari http://amyphotowork.wordpress.com
Pelajar lelaki KKBN Pontian telah berjaya mengutip sampah kedua terberat dan pelajar wanita telah berjaya mengutip sampah kelima terberat dikalangan pelajar-pelajar IPTS dan IPTA yang hadir.

Langgan:
Catatan (Atom)