« »

Carian Lain

Jumaat, 17 Mei 2013

Perjumpaan Bulanan serta Sambutan Hari Guru

16 Mei 2013. Sambutan Hari Guru telah diadakan buat julung kalinya di KKBN Pontian oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Hujan lebat telah menyambut kedatangan Hari Guru, namun acara yang diatur tetap dijalankan seperti biasa. Majlis Sambutan Hari Guru dimulakan dengan Perjumpaan Bulanan yang dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari Subjek Umum.

 
Terlebih dahulu majlis dibuka dengan ucapan oleh Tn Hj Aziz bin A. Rahman selaku Ketua Jabatan Subjek Umum. Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan 'Selamat Hari Belia' 'Hari Ibu' dan 'Hari Guru'. Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis ini. dalam ucapannya, beliau turut berharap agar Menteri Belia dan Sukan yang baru, En. Khairy bin Jamaluddin akan membawa satu gelombang baru untuk orang-orang muda.

Ucapan dari Pn. Pengarah menyusul selepas itu. Beliau menyatakan sambutan Hari Guru belum pernah diadakan di KKBN Pontian kerana menyambut Hari Belia. Inilah masanya untuk menilai program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar selepas perhimpunan ini. Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengingatkan para pelajar akan peperiksaan yang menjelang tiba. Sehubungan dengan itu juga, kedatangan pelajar harus dijaga supaya tidak mendatangkan masalah ketika peperiksaan kelak.

Buat pengetahuan semua pihak, pemeriksa yang akan datang dari IKBN-IKBN yang lain dari seluruh Malaysia. Oleh hal yang demikian, diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan imej yang baik kepada pihak yang berkenaan.

Dikesempatan itu juga, Pn Pengarah telah mengumumkan anugerah pekerja cemerlang kepada 3 orang pekerja yang diyakini layak iaitu En. Kusnan bin Parkan dan Cik Nurafizah binti Samsudin yang telah memberi banyak sumbangan serta usaha mendidik dan menasihat pelajar tanpa mengenal penat lelah.

Pn. Pengarah juga mengumumkan untuk menyerahkan Program Pertandingan Nyanyian Tradisional, Koir Patriotik kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk menguruskannya. Semoga Majlis Perwakilan Pelajar dapat melakukan yang terbaik



Jam 9:10 pagi, Pengajar kemahiran asas menyanyikan koir 'Kami Guru Malaysia' bersama semua tenaga pengajar.


Perhimpunan pagi diakhiri dengan persembahan dari semua tenaga pengajar subjek umum iaitu berbalas pantun dan sajak. En. Sahimi pula menggunakan khidmat MPP untuk menunjukkan bahawa jika kita mahukan sesuatu, kita mesti melakukan sesuatu dan nyanyian lagu 'Aku Janji' versi IKLIM (Suci Dalam Debu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan