« »

Carian Lain

Khamis, 3 Oktober 2013

Perhimpunan Bulanan

3 Oktober 2013. Perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Pengajar-pengajar Subjek Umum dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar diberi tanggungjawab mengendalikan perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dimulakan pada jam 2:15 dengan nyanyian lagu negeri Johor, lagu negaraku dan lagu KKbn Pontian. Majlis tersebut diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari bin Mohd Shah.

Setelah selesai bacaan doa, Pn. Pengarah menyampaikan sepatah dua kata. Beliau telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya apabila pelajar tidak lagi menghormati Pn. Zunaidah binti Abd Razak selaku Pengarah KKBN Pontian. Beliau juga menyentuh tentang pembiakan nyamuk aedes yang kebanyakkannya disebabkan oleh polisterin (bekas makanan yang dibeli oleh pelajar dari luar). Polisterin-polisterin tersebut tidak boleh dibakar kerana akan menyebabkan pencemaran.

Lanjutan lawatan Pn. Pengarah dan Pegawai dari Pejabat Kesihatan, banyak kotak rokok, cawan kertas dan tin dibuang merata-rata terutamanya di longkang. Gotong-royong bersama pejabat Kesihatan dan bomba akan diadakan kelak.

Segala permasalahan boleh diadukan kepada petugas yang ada terutamanya sekiranya ada aduan tentang masakan di kantin. Permasalahan tersebut boleh diadukan terus kepada En. Fuary.

Bagi pelepasan cuti Raya Haji, KBS telah memberi kebenaran untuk bercuti pada 14 Oktober 2013 tetapi wajib diganti. tarikh penggantian adalah pada 19 & 26 Oktober 2013.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian 1 Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan