« »

Carian Lain

Isnin, 11 November 2013

Kursus Kesedaran Wanita Muslimah

1-3 November 2013. Seramai 108 pelajar wanita telah mengikuti Kursus Kesedaran Wanita Muslimah di Kem Kaizen, Gunung Pulai 2, Johor Bahru.

Setibanya pelajar di Kem Kaizen kira-kira jam 9 pagi, pelajar diberi taklimat ringkas, pelajar wanita dibahagikan kepada 9 kumpulan. Ketua Pelajar Wanita, Ketua Kumpulan dan Bendahari Kumpulan dilantik.
Pembahagian kumpulan menentukan bilik yang akan mereka duduki selama 3 hari 2 malam.


Setelah selesai penempatan mereka diminta berkumpul dan diberikan tugasan.Tugasan pertama mereka di Kem Kaizen adalah membina replika rumah kumpulan masing-masing menggunakan bahan yang ada di persekitaran Kem Kaizen. Mereka turut menerangkan maksud bentuk dan bahan yang mereka gunakan untuk membina replika tersebut. Nama kedua ibu bapa setiap peserta turut diselitkan di dalamnya.

Pelajar digesa bangun seawal 5.00 pagi untuk persiapan diri dan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai solat mereka disajikan dengan kuliah subuh yang banyak mengingatkan mereka tentang pengorbanan ibu bapa, mencari rezeki yang halal, soal jodoh pertemuan serta adab-adab pergaulan.

Sebelum memulakan aktiviti Night Walk kira-kira jam 9 malam, mereka diberi taklimat. Pesanan utama sebelum memasuki hutan pada waktu malam adalah banyakkan membaca surah An-Nas dan Al-Fatihah. Peserta memasuki hutan secara berseorangan dengan berpandukan tali yang telah tersedia. Aktiviti dimulakan dengan laungan azan oleh En. Hisham bin Norsani.

Pada hari pagi hari kedua selepas bersenam memanaskan badan, peserta diminta membina menara menggunakan straw dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sepaket straw. Terlebih dahulu mereka diberi peluang berbincang serta melukis pelan menara masing-masing. Menara mereka dinilai berdasarkan keseimbangan, ketinggian dan kreativiti.




Selesai minum pagi pada hari yang kedua, peserta sekali lagi perlu bekerja dalam kumpulan. Mereka perlu mencari 5 petanda di 5 tempat yang berbeza.Dalam perjalanan mencari kertas yang bertanda nama kumpulan mereka, mereka perlu mengangkat seorang kawan mereka di samping menjaga replika rumah yang telah mereka bina. Pada setiap tempat yang mereka lalui mereka juga perlu melakukan perkara yang disuruh oleh fasilitator yang bertugas sebelum dapat petanda seterusnya.

Pada sebelah petang, aktiviti kemuncak iaitu kembara dijalankan. Terdapat 3 penanda yang yang harus mereka lalui. Penanda pertama adalah di kubu peninggalan British. Kubu tersebut dibina bagi menghalang pihak musuh dari mendapatkan air. Di sini memori ketua kumpulan pelajar diuji dengan menyebut nama ahli kumpulan tanpa melihat mereka.
Selepas menempuh paya, peserta ke penanda yang seterusnya. Di situ meraka perlu melalui halangan berlumpur dan wajah mereka disapu dengan lumpur. Seterusnya, mereka dikehendaki mendaki untuk sampai ke puncak dan apabila sudah sampai mereka perlu memakaikan ketua mereka seperti orang asli dan menyanyikan lagu tema kumpulan mereka.

Selepas solat isyak kira-kira jam 8.30 mlm, aktiviti blind fold dijalankan. Aktiviti ini menguji kecekapan ketua kumpulan untuk memberi arahan juga kecekapan peserta menerima arahan dalam keadaan menutup mata. Selain itu juga, daya tumpuan mereka turut diganggu oleh fasilitator-fasilitator yang terlibat.






Pada sebelah pagi hari terakhir peserta dikehendaki menempuh kira-kira 23 halangan. Halangan-halangan tersebut mestilah dilalui secara individu kecuali halangan menaiki rakit. Aktiviti diakhiri dengan semua peserta berendam di dalam tasik dan berlawan air.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan