« »

Carian Lain

Khamis, 12 Julai 2012

Majlis Perpisahan Mantan Pengarah KKBN Pontian Bersama Petugas Dan Pelajar




11Julai 2012 KKBN Pontian Bermula jam 4.30 petang sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan Mantan Pengarah KKBN Pontian di atas persaraannya. Majlis ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus-Pengurus dan Pegawai-Pegawai dari KOBENA Berhad yang turut sama-sama menyambut kehadiran Mantan Pengarah di majlis ini. Majlis yang serba sederhana ini telah dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan disampaikan oleh Pemangku Pengarah KKBN Pontian, Pn Zunaidah Bte Abd Razak. Majlis seterusnya diperdengarkan ucapan oleh wakil pelajar sesi 2/2012 dan ucapan penghargaan dari Dato' Dr. Jamaluddin Bin Abd Hamid (Pengerusi KKBN Pontian) dan seterusnya Dato' Hj Ibrahim Bin Hj. Mat Din (Pengerusi Eksekutif KOBENA) pula mengambil tempat untuk menyampaikan amanat terakhir. Majlis pula kemudiannya mendengar ucapan perpisahan oleh Mantan Pengarah KKBN Pontian, En Rahmat Bin Hitam dan seterusnya lambaian terakhir oleh petugas dan pelajar untuk kali terakhir sebelum beliau melangkah keluar dari KKBN Pontian.

1 ulasan:

  1. assalamm... en hamid.. warden aku dulu.. sihat lg dia,alhamdulillah.. .batch aku 1999-2000,skudai dapat rasa..pontian pun merasa.. masa tu,lokasi skrg ni amat la sadis.. kami bergotong royong membersih kan kawasan dan proses pemindahan.. asrama nye,paham2 je la sbb lokasi kilang terbiar..pengalaman di sini x penah di lupakan.. setelah 16 thn pun,masih igt lg..
    from tek pit,klang.

    BalasPadam