14Ogos 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Seramai 434 orang pelatih meliputi 94.3% pelatih yang mendftar telah hadir untuk melaksanakan tanggungjawab dalam memilih tonggak utama MPP KKBN Pontian. Proses pengundian terlah bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Keadaan yang tenang dan tanpa masalah dapat dilihat sepanjang proses pengundian yang berlangsung. Seketariat Piliharaya (SPR) KKBN Pontian telah menutup pusat mengundi dan telah melaksanakan proses pengiraan undi di Bilik Mesyuarat KKBN Pontian tepat jam 12.00 tengahari dengan kerosakan pada kertas undi sebanyak 4.8% . Pengiraan undi telah disaksikan oleh Pegawai Penasihat MPP dan calon-calon yang bertanding dan setakat ini tiada bantahan direkodkan oleh calon bertanding. Berikut adalah keputusan rasmi bagi Pilihanraya MPP KKBN Pontian:
- Kerusi Yang Dipertua MPP = Muhammad Ariff Bin Abdul, 151 undi
- Kerusi Yang Dipertua MPP 1 = Muhammad Syahedika, 192 undi
- Kerusi Yang Dipertua MPP2 = Siti Zulaiha Binti Zulkifli, 148 undi
Pihak SPR KKBN Pontian mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya di dalam pilihanraya kali ini dan ucapan ribuan terima kasih dan tidak terhingga kapada Ketua Jabatan, Petugas dan pelatih KKBN Pontian yang memberikan sokongan dan kerjasama di dalam melaksanakan Pilihanraya MPP KKBN Pontian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan