« »

Carian Lain

Sabtu, 15 Disember 2012

Malam Gala Perpisahan

14 Disember 2012. Majlis Gala Perpisahan telah diadakan dengan meriahnya. Pelbagai persembahan telah diadakan seperti pertunjukan fesyen oleh PPW dan dikir barat oleh JBB.

Isnin, 10 Disember 2012

Selamat Berjuang!

10 Disember2012. Peperiksaan bermula hari ini bagi tahap 1 subjek umum. Mari kita doakan semoga mereka dapat menjawab dengan jayanya.

Jumaat, 7 Disember 2012

Perhimpunan Bulanan 2012





7 Disember 2012, Perhimpunan bulanan bersempena hari peperiksaan yang menjelang tiba telah diadakan di KKBN Pontian bermula jam 08:30. Majlis seperti biasa dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor, lagu Negaraku, lagu KKBN dan seterusnya bacaan doa Solat Sunat Dhuha. En. Anamallah bin Hj Yunan telah diberi peluang untuk menerangkan dengan lebih jelas akan perjalanan minggu peperiksaan kelak.




 Tn Hj. Aziz b. A. Rahman                     En Kamal b. Karim                                     En. Rosli b. Rasimin
 Ketua Jabatan Kemahiran Asas                                      Ketua Jabatan Automotif                                                           Ketua Jabatan Penyejukbekuan
                                                                                                                                                                                            & Penyaman Udara


En. Kusnan b. Parkan                           Pn Juminah bt. A.Karim                         En. Abdul Razak b. Hashim
Ketua Jabatan Binaan Bangunan                                         Ketua Jabatan Elektronik Industri                                   Ketua Jabatan Pendawaian Elektrik

Semua ketua jabatan  telah dijemput untuk memberi pesanan terakhir sebelum peperiksaan bermula. Antara pesanan mereka adalah supaya pelajar bersusah-payah sekarang dan tidak bersusah pada masa hadapan.



Majlis tidak sah sekiranya Pn. Pemangku Pengarah tidak memberi sepatah dua kata. Antara nasihat beliau adalah supaya pelajar dapat berusaha dan bertawakal kepada Allah dan semoga Tuhan akan memberi ketenangan dan kesenangan dalam menghadapi peperiksaan. Tidak lupa juga mengingatkan semua pelajar supaya sembahyang lima waktu.

Sebelum Majlis berakhir, sebanyak 3 tanda penghargaan telah diberikan kepada mereka yang layak, iaitu, Anugerah Khidmat Bakti diberikan kepada En. Mohd Ridhwan bin Amran (Mega), Anugerah Kerohanian kepada kepada Mohd Khairuddin bin Mohtar (JBB T2) dan Anugerah Pelajar Berpotensi kepada Cik Noor'Aini binti Adnan (PPW T3).

Majlis diakhiri dengan bacaan doa taubat pada jam 10:30.



Sabtu, 1 Disember 2012

Ceramah Motivasi




30 November 2012, Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Tn Hj Salamian bin Surip bersempena hari peperiksaan yang bermula pada 10 Disember 2012. Ceramah ini diilhamkan dari Pn. Pengarah sendiri serta dipengerusikan oleh Tn Hj Abdul Aziz bin Abdul Rahman.
   Tn Hj Salamian terlebih dahulu membuka tirai dengan menyebut tentang kebaikan menghadiri majlis ilmu iaitu seolah-olah telah melawat 1000 orang sakit atau jenazah serta mengerjakan solat 1000 rakaat. Beliau menasihatkan semua pelajar supaya jangan berputus asa serta berjiwa besar. Bagi memperoleh gaji yang lumayan pada masa yang akan datang, ilmu pengetahuan perlu digunakan lebih berbanding tulang empat kerat.
  Bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, EQ perlu berada ditahap yang tinggi termasuk akhlak. hati, perasaan dan emosi. Setiap individu perlu belajar membangunkan hati masing-masing seterusnya membentuk nafsu ke arah kebaikan. Masalah masyarakat Melayu yang utama ialah banyak titik-titik hitam di dalam hati mereka, oleh itu banyakkan beristighfar serta tidak meninggalkan solat 5 waktu. Ini adalah kerana setiap waktu solat yang ditinggalkan akan terbentuk satu titik hitam di dalam hati seorang muslim.
   Mereka yang cemerlang adalah mereka yang bangun pada awal pagi, bekerja selama 10 jam sehari tidak kira apa saja pekerjaan yang tidak melanggar hukum agama. Pekerjaan mempunyai tiga tahap iaitu mencari pekerjaan, menghasilkan pekerjaan dan meyediakan pekejaan. Sudah tentu yang terbaik adalah menyediakan pekerjaan kerana selain mencari rezeki untuk diri sendiri, dapat menbantu orang lain.
   Generasi kini agak manja dengan kemudahan dan kesenangan yang tersedia. Manusia perlu menghadapi banyak cabaran untuk menjadi individu yang berjiwa besar dan kental serta sanggup menghadapi pelbagai risiko.
   Majlis yang berlangsung selama 1 jam 10 minit ini berakhir pada jam 09:40