« »

Carian Lain

Sabtu, 1 Disember 2012

Ceramah Motivasi




30 November 2012, Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Tn Hj Salamian bin Surip bersempena hari peperiksaan yang bermula pada 10 Disember 2012. Ceramah ini diilhamkan dari Pn. Pengarah sendiri serta dipengerusikan oleh Tn Hj Abdul Aziz bin Abdul Rahman.
   Tn Hj Salamian terlebih dahulu membuka tirai dengan menyebut tentang kebaikan menghadiri majlis ilmu iaitu seolah-olah telah melawat 1000 orang sakit atau jenazah serta mengerjakan solat 1000 rakaat. Beliau menasihatkan semua pelajar supaya jangan berputus asa serta berjiwa besar. Bagi memperoleh gaji yang lumayan pada masa yang akan datang, ilmu pengetahuan perlu digunakan lebih berbanding tulang empat kerat.
  Bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, EQ perlu berada ditahap yang tinggi termasuk akhlak. hati, perasaan dan emosi. Setiap individu perlu belajar membangunkan hati masing-masing seterusnya membentuk nafsu ke arah kebaikan. Masalah masyarakat Melayu yang utama ialah banyak titik-titik hitam di dalam hati mereka, oleh itu banyakkan beristighfar serta tidak meninggalkan solat 5 waktu. Ini adalah kerana setiap waktu solat yang ditinggalkan akan terbentuk satu titik hitam di dalam hati seorang muslim.
   Mereka yang cemerlang adalah mereka yang bangun pada awal pagi, bekerja selama 10 jam sehari tidak kira apa saja pekerjaan yang tidak melanggar hukum agama. Pekerjaan mempunyai tiga tahap iaitu mencari pekerjaan, menghasilkan pekerjaan dan meyediakan pekejaan. Sudah tentu yang terbaik adalah menyediakan pekerjaan kerana selain mencari rezeki untuk diri sendiri, dapat menbantu orang lain.
   Generasi kini agak manja dengan kemudahan dan kesenangan yang tersedia. Manusia perlu menghadapi banyak cabaran untuk menjadi individu yang berjiwa besar dan kental serta sanggup menghadapi pelbagai risiko.
   Majlis yang berlangsung selama 1 jam 10 minit ini berakhir pada jam 09:40

Tiada ulasan:

Catat Ulasan