« »

Carian Lain

Ahad, 17 Mac 2013

Hari Penutup Kejohanan Sukan Antara Jurusan KKBN Pontian

14 March 2013 Majlis Penutup Sukan telah diadakan di KKBN Pontian. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Dato' Hj. Jamaluddin bin Abd. Hamid, wakil KBS, serta Anggota Lembaga KOBENA, Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ishak. Pada jam 08:00, semua petugas dan pelajar telah berkumpul di padang untuk memulakan majlis. Terlebih dahulu, senam aerobik diadakan bagi mereka yang ingin merenggangkan otot-otot. Sejurus selepas kontijen mengambil kedudukan, kedatangan tetamu disambut dengan tarian zapin. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Johor, KKBN Pontian serta bacaan doa oleh Ustaz Johari menyusul selepas itu.
Majlis disusuli dengan ucapan aluan dari Pengarah KKBN Pontian yang diikuti dengan gimik perasmian Kejohanan Sukan Antara Jurusan KKBN Pontian. Majlis menjemput Tn Pengerusi KKBN Pontian, Pengarah serta tetamu yang hadir untuk melawat dan menilai kreativiti pelajar di khemah jurusan masing-masing. Sementara para tetamu jemputan menimbang-tara markah khemah pelajar, nyanyian IM4U dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari jurusan PPW.

Perlawanan akhir bola sepak, bola tampar lelaki dan sepak takraw diadakan di samping menjamu juadah yang telah disediakan. Wakil dari KOBENA telah dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata dan diikuti dengan ucapan perasmian penutup oleh Dato' Hj. Jamaluddin bin Abd. Hamid. Beliau telah berbesar hati memberi pelepasan kepada warga KKBN pada petang tersebut. Penutup telah diserikan dengan pemotongan belon yang menerbangkan banting Kejohanan Antara Jurusan KKBN Pontian. Penyampaian Hadiah dan Cenderahati menyusul selepas itu. Pertandingan antara khemah dimenangi oleh oleh yang dianggotai oleh Jurusan Juruteknik Elektronik dan Industri, Pennyejuk bekuan dan Penyaman udara serta Jurusan Binaan Bangunan.

Keputusan Kejohanan Sukan Antara Jurusan adalah seperti berikut:

Sukan Johan Naib Johan Tempat Ketiga
Bola Sepak Jurusan Binaan Bangunan Pendawaian ElektrikPenyejuk Bekuan & Penyaman Udara
Bola Tampar Lelaki Jurusan Binaan Bangunan Penyejuk Bekuan & Penyaman UdaraAutomotif
Bola Tampar Wanita Pembuat Pakaian Wanita (A) CampuranPembuat Pakaian Wanita (B)
Sepak Takraw Pendawaian Elektrik (Mega) Pendawaian Elektrik (tahap 1)Penyejuk Bekuan & Penyaman Udara
Badminton Lelaki Jurusan Binaan Bangunan Juruteknik Elektronik dan IndustriPenyejuk Bekuan & Penyaman Udara
Badminton Wanita Pembuat Pakaian Wanita (A) Campuran Pembuat Pakaian Wanita (B)
Bola Jaring Pembuat Pakaian Wanita (A) Campuran Pembuat Pakaian Wanita (B)

Majlis diakhiri dengan makan tengahari bersama tetamu jemputan dan pelajar di Dewan Makan KKBN Pontian. Majlis bersurai jam 13:30.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan