20 April 2013, Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan Majlis yang diadakan di University Technology Malaysia, Skudai tersebut berakhir jam 13:00.
Forum tersebut dimulakan dengan ketibaan Yang Berusaha, Encik Mohd Zein bin Mohd Sahid, Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Bual bicara yang diadakan adalah mengenai kisah riwayat hidup tiga orang tokoh Adat dan Budaya sebagai anak Seni yang berjaya iaitu Dato' Seri Maharaja Haji Khalid bin Bonget, Tuan Hj. Kamidi bin Kamil dan En. Roslan Madun. Moderator yang bertanggungjawab sepanjang program itu adalah En. Siri Neng Buah.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En. Abdul Hamid bin Hj. Muhamad, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor memberikan ucapan. Penyampaian cenderamata dan sesi fotografi menyusul selepas itu.
Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari jam 12:30.
Isnin, 22 April 2013
Perhinpunan bulanan ( April)
18 April 2013.Perhimpunan bulanan bagi bulan April telah diadakan bermula pada jam 2 petang di Dewan terbuka KKBN Pontian. Perjumpaan tersebt dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor, Lagu Negaraku serta lagu KKBN Pontian. Majlis seterusnya dihiasi dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari bin Md Shah.
Taklimat dari En. Samiri bin Marsahit selaku Ketua Jabatan Latihan, En. Abd. Hamid bin Md Fadzal selaku Ketua Jabatan Kokurikulum serta Ustaz Johari bin Mohd Shah menyusul selepas itu. Buat kali pertamanya, Sdr. Muhamad Syafiee bin Rosle selaku YDP KKBN Pontian dijemput memberi sedikit penerangan akan fungsi Majlis perwakilan Pelajar serta aktiviti yang sudah dan akan dilakukan.
Perhimpunan telah dimeriahkan lagi dengan 'slide show pilihanraya MPP' yang lalu. Pn. Pengarah seterusnya menyiarkan 'klip video' motivasi undilah (lagu) di samping menyampaikan ucapan.
Majlis diteruskan dengan penyam[aian sijil dan cenderahati kepada fasilitator, penghulu dan penghuluwati yang telah menyumbangkan tenaga mereka semasa Kursus Kepimpinan MPP di Pekan Nenas yang lalu.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar, sijil pengucapan awam dan anugerah asrama terbaik juga telah disampaikan.
Majlis berakhir dengan nyanyian lagu IM4U oleh semua warga KKBN Pontian.
Taklimat dari En. Samiri bin Marsahit selaku Ketua Jabatan Latihan, En. Abd. Hamid bin Md Fadzal selaku Ketua Jabatan Kokurikulum serta Ustaz Johari bin Mohd Shah menyusul selepas itu. Buat kali pertamanya, Sdr. Muhamad Syafiee bin Rosle selaku YDP KKBN Pontian dijemput memberi sedikit penerangan akan fungsi Majlis perwakilan Pelajar serta aktiviti yang sudah dan akan dilakukan.
Perhimpunan telah dimeriahkan lagi dengan 'slide show pilihanraya MPP' yang lalu. Pn. Pengarah seterusnya menyiarkan 'klip video' motivasi undilah (lagu) di samping menyampaikan ucapan.
Majlis diteruskan dengan penyam[aian sijil dan cenderahati kepada fasilitator, penghulu dan penghuluwati yang telah menyumbangkan tenaga mereka semasa Kursus Kepimpinan MPP di Pekan Nenas yang lalu.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar, sijil pengucapan awam dan anugerah asrama terbaik juga telah disampaikan.
Majlis berakhir dengan nyanyian lagu IM4U oleh semua warga KKBN Pontian.
Isnin, 15 April 2013
MAJLIS KONVOKESYEN IKBN, IKTBN KKBN SEMALAYSIA
24 & 25 Jun 2013, Majlis Konvokesyen SeMalaysia akan diadakan di Putrajaya International Convention Center untuk pelajar yang tamat pada Jun dan Disember 2012. Kepada sesiapa yang berminat, sila membuat bayaran di kaunter bank berdekatan (bayaran di ATM tidak diterima). Sila bawa bersama bayaran jubah semasa konvokesyen nanti.
BUKU PANDUAN GRADUAN KONVOKESYEN IKBN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KALI KE-9
1.
MAJLIS KONVOKESYEN
1.1.
Majlis
konvokesyen akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama
2 hari iaitu pada 24 dan 25 Jun 2013.
1.2.
Semua graduan
dikehendaki mendaftar di Kaunter Penerimaan (Reception Counter),
Aras C (Concourse), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut
jurusan seperti keterangan Jadual 3 dan semak kehadiran mengikut sesi
konvokeysen seperti keterangan Jadual 1 atau 2.
1.3.
Semasa majlis
berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat
bising.
1.4.
Graduan dilarang
meninggalkan dewan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.
2.
RAPTAI
KONVOKESYEN
2.1 Raptai konvokesyen akan diadakan pada
hari Ahad, 23 Jun 2013 di Dewan Plenari, Aras 3, Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 3.00 – 4.00 petang.
2.2 Semua graduan adalah dijemput untuk
menghadiri majlis raptai tersebut.
3.
PENYERTAAN
GRADUAN DAN BAYARAN
3.1 Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen
ini hendaklah dibuat melalui pengesahan kehadiran dengan mengembalikan KAD/SLIP JAWAPAN KEHADIRAN melalui :
3.1.1
Pos
dengan menggunakan sampul surat yang telah disediakan ATAU;
3.1.2
Faks
salinan Kad/Slip Jawapan Kehadiran di
no. faks 03-8888 8785
sebelum 10hb Jun 2013 (Isnin).
3.2 Sijil hanya diberikan kepada graduan
yang hadir di majlis konvokesyen mengikut sesi yang telah ditetapkan seperti di
Jadual 1 atau Jadual 2
3.3 Setiap graduan yang mengesahkan
kehadiran ke majlis konvokesyen ini dikehendaki membayar sebanyak RM50.00 melalui akaun seperti berikut:-
Nama bank : Maybank Berhad
No. Akaun : 012071209177
Nama Akaun : Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan IKBN Peretak
Kaedah : ”PEMBAYARAN HANYA MELALUI KAUNTER BANK
Pembayaran SAHAJA” & Pembayaran melalui mesin ATM tidak
diterima
3.4 Resit bayaran bank (salinan
pelanggan) hendaklah diserahkan di Kaunter Penerimaan (Reception Counter),
Aras C (Concourse), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai
bukti bayaran.
4.
IBU
BAPA/ TETAMU
4.1
Kad
jemputan Ibubapa yang dibekalkan adalah untuk 2 tetamu sahaja yang dibenarkan
memasuki Dewan Plenari.
4.2
Tetamu
di bawah umur 12 tahun tidak
dibenarkan masuk ke dalam Dewan Plenari (tayangan video Majlis Konvokesyen
disediakan di Dewan B1).
4.3
Tetamu
diminta duduk di tempat yang telah dikhaskan dan menghormati majlis yang sedang
berlangsung.
5.
KENDERAAN
Graduan
diminta untuk mematuhi tunjuk arah yang telah disediakan bagi memastikan Majlis
Konvokesyen berjalan dengan lancar.
6.
PAKAIAN
KONVOKESYEN
6.1
Semua
graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen IKBN Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia hendaklah berpakaian seperti berikut:-
a) Lelaki - Kemeja
lengan panjang berwarna putih atau cerah, seluar panjang (slack) berwarna gelap, bertali
leher atau baju melayu lengkap bersamping dan stoking, kasut kulit hitam serta bersongkok
hitam (WAJIB).
b) Wanita - Baju kurung / kebaya warna bebas, bertudung
hitam, kasut
bertutup yang bersesuaian. Selipar atau ‘sandle’ tidak
dibenarkan.
6.2 Cara pemakaian dan penampilan diri
hendaklah kemas, lengkap dan sopan sesuai dengan imej pelajar Institut
Kemahiran Belia Negara. Graduan yang tidak mematuhi tatacara berpakaian dan
penampilan diri yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai majlis sama
sekali. Sebagai contoh berpakaian menjolok mata, berseluar jeans, kasut
sukan (snickers), berambut panjang bagi graduan lelaki dan lain-lain.
7. PINJAMAN DAN PEMULANGAN JUBAH
KONVOKESYEN
7.1
Pinjaman
dan pemulangan jubah akan dibuat di Kaunter Penerimaan (Reception Counter),
Aras C (Concourse), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut ketetapan berikut:
Tarikh Konvokesyen : 24 Jun 2013 (Isnin)
Sesi 1
Tarikh Ambil Jubah : 23 Jun 2013 (Ahad) ( 2.00-3.00ptg ) & ( 4.00-6.00 ptg )
Tarikh Pulang Jubah : 24 Jun 2013 (Isnin) ( 2.00 – 4.00ptg )
Tarikh
Konvokesyen : 25 Jun 2013 (Selasa)
Sesi 2
Tarikh Ambil Jubah : 24 Jun 2013 (Isnin) ( 7.30pagi – 12.30pagi )
Tarikh Pulang Jubah : 25 Jun 2013 (Selasa) ( 2.00 – 4.00petang )
7.2
Semua
graduan diminta mematuhi jadual pinjaman dan pemulangan jubah konvokesyen
seperti yang telah ditetapkan di atas. Sijil
Tamat Latihan graduan tidak akan diserahkan sekiranya jubah tidak dipulangkan
seperti jadual yang ditetapkan.
8. BORANG KEBOLEHPASARAN GRADUAN / ALUMNI IKBN
8.1
Semua
graduan diminta untuk melengkapkan Borang
Kebolehpasaran Graduan / Alumni IKBN yang disertakan dan mengembalikan
semula ke Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan
menggunakan sampul surat bersetem yang telah disediakan beserta dengan KAD/SLIP JAWAPAN KEHADIRAN sebelum 10 Jun 2013.
9. TUNTUTAN SIJIL
9.1
Bagi
graduan yang tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen ini, sijil boleh dituntut
di IKBN masing-masing mulai 15 Ogos 2013.
9.2 Sijil yang tidak dituntut akan terus
disimpan oleh pihak IKBN. Walau bagaimanapun, pihak IKBN tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas
sijil tersebut.
10. HAL-HAL LAIN
10.1
Sila
bawa Buku Keterangan ini semasa menghadiri raptai dan majlis konvokesyen.
10.2 Sebarang kemusykilan atau pertanyaan
mengenai majlis konvokesyen ini, sila hubungi pihak Urusetia ditalian 03-8871 3653 / 3652 / 3685 / 3646 / 3651
10.3
Tarikh-tarikh
penting untuk graduan seperti di Jadual 3.
10.4
Pihak
Urusetia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan makan minum
kepada graduan atau tetamu untuk Majlis Konvokesyen ini.
JADUAL 3
SESI 1
|
SESI 2
|
|
Raptai
|
23 Jun 2013 (Ahad)
( 3.00 – 4.00 ptg)
|
|
Daftar Graduan & Ambil Jubah
(Reception Counter), Aras C (Concourse)
|
23 Jun 2013 (Ahad)
(2.00ptg – 3.00 ptg)
Rehat
(4.00ptg – 6.00 ptg)
|
24 Jun 2013
(Isnin)
(7.30 - 12.30tgh)
|
Berbaris Untuk Perarakan Masuk
(Ruang Legar, Dewan
Plenary,
Aras 3)
|
24 Jun 2013
(Isnin)
(7.30 pagi)
|
25 Jun 2013
(Selasa)
(7.30 pagi)
|
Majlis Konvokesyen
|
24 Jun 2013
(Isnin)
(8.00 pagi)
|
25 Jun 2013
(Selasa)
(8.00 pagi)
|
Pulang Jubah
|
24 Jun 2013
(Isnin)
(2.00 – 4.00 ptg)
|
25 Jun 2013
(Selasa)
(2.00 – 4.00 ptg)
|
Tuntutan Sijil
(Reception Counter), Aras C (Concourse)
|
24 Jun 2013
(Isnin)
2.30 ptg – 4.30 ptg
|
25 Jun 2013
(Selasa)
2.30 ptg – 4.30 ptg
|
Tuntutan Gambar
(Reception Counter), Aras C (Concourse)
|
24 Jun 2013
(Isnin)
4.30 ptg – 6.30 ptg
|
25 Jun 2013
(Selasa)
4.30 ptg – 6.30 ptg
|
Langgan:
Catatan (Atom)