« »

Carian Lain

Isnin, 22 April 2013

Bicara Tokoh Seni Adat & Budaya

20 April 2013, Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan Majlis yang diadakan di University Technology Malaysia, Skudai tersebut berakhir jam 13:00.



 

 Forum tersebut dimulakan dengan ketibaan Yang Berusaha, Encik Mohd Zein bin Mohd Sahid, Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Bual bicara yang diadakan adalah mengenai kisah riwayat hidup tiga orang tokoh Adat dan Budaya sebagai anak Seni yang berjaya iaitu Dato' Seri Maharaja Haji Khalid bin Bonget, Tuan Hj. Kamidi bin Kamil dan En. Roslan Madun. Moderator yang bertanggungjawab sepanjang program itu adalah En. Siri Neng Buah.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En. Abdul Hamid bin Hj. Muhamad, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor memberikan ucapan. Penyampaian cenderamata dan sesi fotografi menyusul selepas itu.
Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari jam 12:30.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan