« »

Carian Lain

Isnin, 22 April 2013

Perhinpunan bulanan ( April)

18 April 2013.Perhimpunan bulanan bagi bulan April telah diadakan bermula pada jam 2 petang di Dewan terbuka KKBN Pontian. Perjumpaan tersebt dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor, Lagu Negaraku serta lagu KKBN Pontian. Majlis seterusnya dihiasi dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari bin Md Shah.

Taklimat dari En. Samiri bin Marsahit selaku Ketua Jabatan Latihan, En. Abd. Hamid bin Md Fadzal selaku Ketua Jabatan Kokurikulum serta Ustaz Johari bin Mohd Shah menyusul selepas itu. Buat kali pertamanya, Sdr. Muhamad Syafiee bin Rosle selaku YDP KKBN Pontian dijemput memberi sedikit penerangan akan fungsi Majlis perwakilan Pelajar serta aktiviti yang sudah dan akan dilakukan.

Perhimpunan telah dimeriahkan lagi dengan 'slide show pilihanraya MPP' yang lalu. Pn. Pengarah seterusnya menyiarkan 'klip video' motivasi undilah (lagu) di samping menyampaikan ucapan.

Majlis diteruskan dengan penyam[aian sijil dan cenderahati kepada fasilitator, penghulu dan penghuluwati yang telah menyumbangkan tenaga mereka semasa Kursus Kepimpinan MPP di Pekan Nenas yang lalu.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar, sijil pengucapan awam dan anugerah asrama terbaik juga telah disampaikan.

Majlis berakhir dengan nyanyian lagu IM4U oleh semua warga KKBN Pontian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan