« »

Carian Lain

Isnin, 30 September 2013

Karnival Usahawan Desa (KUD) & Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan (K3G)

27 September 2013. Seramai 71 orang Pelajar telah mengikuti rombongan ke Serdang dan Putrajaya. Mereka bertolak tepat jam 11 pagi dan solat Jumaat di Masjid Ledang, Tangkak. Para pegawai yang mengiringi mereka termasuklah Pn. Pengarah KKBN Pontian, En. Azmi bin Jaafar, En. Sahimi bin Md Lana, En. Muhamad Faris bin Asmawi, En. Abdul Rahman bin Yakob, En. Suhilme bin Supar dan Cik Norkatijah binti Shawal.

Lokasi lawatan pertama di Bangi, Syarikat SNR Car Aircond & Accessories Services Sdn. Bhd. tiba sekitar jam 4:15 petang.


Kira-kira jam 6:00 petang, rombongan tiba di Masjid Putrajaya dan setelah selesai menunaikan solat Maghrib, mereka bertolak ke Jenderami Hilir untuk bermalam di sana.

Selepas bersarapan pada keesokan harinya, pelajar serta pegawai pengiring bertolak ke Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan (K3G) di UPM Serdang.


Solat Zohor telah ditunaikan di Putrajaya dan lawatan diteruskan ke Karnival Usahawan Desa (KUD).

Lebih kurang jam 6:00 petang mereka bergerak pulang dari Putrajaya.


Dalam perjalanan pulang, mereka singgah di Pagoh untuk makan malam dan menunaikan solat. Rombongan tiba di KKBN jam 11:45 malam.

Isnin, 23 September 2013

Penyemburan Racun Serangga Oleh Kementerian Kesihatan

21 September 2013. Mereka dari Pejabat Kesihatan telah datang untuk menyembur racun serangga (nyamuk) bagi membantu mengelakkan pembiakan nyamuk aedes yang semakin berleluasa di KKBN Pontian. Mereka telah datang pada jam 18:15 dan telah melawat ke seluruh kawasan KKBN Pontian sehingga jam 19:00.

Jumaat, 20 September 2013

Demam Denggi.

20 September 2013. Seramai 6 orang Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Pontian telah datang ke KKBN Pontian kira-kira jam 9:30 pagi untuk menjalankan pemeriksaan ke seluruh kawasan KKBN Pontian. Pemeriksaan dijalankan atas laporan bahawa terdapat 2 orang pelajar KKBN Pontian sedang mengalami demam denggi yang masih berada di wad Hospital Pontian.



Pemeriksaan menunjukkan bahawa KKBN secara keseluruhannya serta kawasan asrama terutamanya kebersihan tidak dijaga dengan baik. Terdapat tempat yang menyebabkan air bertakung seperti pasu bunga, tin cat di ruang yang telah lama ditinggalkan dan tong sampah yang ditelungkupkan.

Nyamuk aedes mengambil masa seminggu untuk membiak dalam air takungan bersih. Selain itu, suhu juga boleh mempengaruhi pembiakannya (Aedes) kerana dipercayai cuaca panas mempercepatkan lagi proses penetasan telur nyamuk menjadi Aedes dewasa.

Denda Kesalahan Tidak Menghadiri Kem

18 September 2013. Seramai 53 orang pelajar lelaki tahap 2 telah dikenakan denda 4 jam kawad kaki selama seminggu serta melakukan kerja-kerja pembersihan pada dua hari pertama di Dewan Terbuka KKBN Pontian dan Pusat Niaga KKBN Pontian di bawah arahan Pn. Pengarah. Pegawai yang bertanggungjawab ke atas denda tersebut adalah En. Abd Hamid bin Md Fadzal dan En. Abd. Aziz bin Lahim.



 

Selasa, 17 September 2013

Kursus Kesedaran Minda

13 September 2013. Seramai 50 orang pelajar tahap 2 telah mengikuti Kursus Kesedaran Minda di Kem Kaizen. Mereka diiringi oleh tenaga pengajar dari jurusan masing-masing serta En. Sahimi bin Md Lana dan En. Azmi bin Jaafar.

 

Kursus tersebut berakhir pada hari Isnin 16 September 2013.

Kursus kesedaran minda dimulakan dengan taklimat dan penempatan. Mental Setting dan Ice Breaking menyusul selepas itu. Malam pertama diisi dengan Ceramah motivasi dan night walk.

Pada hari kedua, para peserta diajar tentang belanjawan kehidupan. Pada sebelah malam pula, peserta mengikuti slot bersama KKBN yang diwakilkan kepada Ustaz Sunaji bersama pembantunya.













Seperti hari-hari yang lain, hari ketiga dimulakan dengan solat dan kuliah Subuh. Aktiviti pagi hari tersebut dipenuhi dengan Kembara Belantara (outdoor cooking). Pada sebelah petang pula para peserta perlu merempuh halangan yang menuntut kerjasama dari semua ahli kumpulan.

Sebelum pulang pada hari Isnin 16 September 2013 (Selamat Hari Malaysia!), kursus ditutup dengan penilaian dan rumusan yang dicapai sepanjang aktiviti dijalankan.

Rabu, 11 September 2013

Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar kali ke-2

6-9 September 2013. Seramai 35 orang MPP telah menyertai Kursus kepimpinan kali ke-2 di Port dickson. Kursus ini turut diiringi oleh En.Sahimi bin Md Lana, En. Suhilme bin Supar, Cik Nurul Syazwana binti Sazali dan Zamila binti Ngadiman.


Mereka telah bertolak dari KKBN Pontian pada hari Jumaat jam 3 petang dan telah tiba di Akademi Pembangunan Belia Malaysia pada jam 8 malam.

Aktiviti kursus dimulakan dengan program ice breaking, sesi berkenalan, pembahagian kumpulan dan perbincangan nama kumpulan.

Pada hari kedua, slot Potensi Kepimpinan Diri dan Membina Kekuatan Kepimpinan menyusul yang bertujuan memupuk sifat kepimpinan dalam diri para peserta.

Hari seterusnya diisi dengan forum dadah dan aktiviti abseiling. Permainan Futsal & Bola Tampar turut diadakan pada waktu petang.

Pada hari terakhir, Majlis Penutup dimulakan jam 11 pagi dan dirasmikan oleh Penolong Pengarah Akdemi Pembangunan Malaysia (APBM), Port Dickson, Negeri Sembilan, Pn. Lim Qwee Buay. Sijil turut disampaikan dalam majlis tersebut.

Karnival Kerjaya di IKBN Pagoh

11 September 2013. Karnival Kerjaya telah diadakan di KKBN Pagoh. Seramai 40 orang pelajar dan diiringi oleh 4 orang pegawai, En. Samiri bin Marsahit, En. Kamal bin Karim, Pn. Juminah binti A. Karim dan Pn. Asiah bin Lot telah bersama-sama memeriahkan karnival tersebut.

Selasa, 10 September 2013

Denda Kesalahan Pakaian

10 September 2013. Seramai 23 orang pelajar telah didenda kerana memakai pakaian yang tidak mematuhi peraturan seperti tali pinggang, seluar dan kasut yang dilarang.


Jumaat, 6 September 2013

Warna Warni Hari Raya.

5 September 2013. Majlis Sambutan Hari Raya peringkat KKBN telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Dato' Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.



Antara hidangan yang disediakan adalah nasi beriani, mee goreng, lemang, burasak, ketupat, rendang, lodeh dan cappati. Buah-buahan, ais krim dan taufu fa turut disediakan.


Majlis yang meriah itu berakhir jam 6:30 petang.

Selasa, 3 September 2013

Gotong Royong

3 September 2013. Gotong royong secara beramai-ramai telah diadakan di KKBN Pontian dengan kerjasama dari pihak Majlis Perbandaran Pontian.

 

Gotong-royong telah bermula seawal 8:00 pagi dengan pembahagian tugas kepada setiap jabatan.