13 September 2013. Seramai 50 orang pelajar tahap 2 telah mengikuti Kursus Kesedaran Minda di Kem Kaizen. Mereka diiringi oleh tenaga pengajar dari jurusan masing-masing serta En. Sahimi bin Md Lana dan En. Azmi bin Jaafar.
Kursus tersebut berakhir pada hari Isnin 16 September 2013.
Kursus kesedaran minda dimulakan dengan taklimat dan penempatan. Mental Setting dan Ice Breaking menyusul selepas itu. Malam pertama diisi dengan Ceramah motivasi dan night walk.
Pada hari kedua, para peserta diajar tentang belanjawan kehidupan. Pada sebelah malam pula, peserta mengikuti slot bersama KKBN yang diwakilkan kepada Ustaz Sunaji bersama pembantunya.
Seperti hari-hari yang lain, hari ketiga dimulakan dengan solat dan kuliah Subuh. Aktiviti pagi hari tersebut dipenuhi dengan Kembara Belantara (outdoor cooking). Pada sebelah petang pula para peserta perlu merempuh halangan yang menuntut kerjasama dari semua ahli kumpulan.
Sebelum pulang pada hari Isnin 16 September 2013 (Selamat Hari Malaysia!), kursus ditutup dengan penilaian dan rumusan yang dicapai sepanjang aktiviti dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan