« »

Carian Lain

Ahad, 17 Mac 2013

Kursus Asas JPAM siri 02/2012

15 March 2013, Kursus Asas Pertahanan Awam Malaysia KKBN Pontian siri 02/2013 telah diadakan di KKBN Pontian. Kursus tersebut berlanjutan selama dua hari bermula jam 8:00 sehingga jam 17:00. Pada setiap hari, kursus tersebut dimulakan dengan kawad kaki sehingga jam 10:30. Pada hari pertama selepas rehat, kursus diteruskan dengan ceramah pengenalan JPAM. Pada sebelah petang pula, para pegawai dari JPAM menunjukkan cara-cara memberikan pertolongan cemas sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Pada hari yang berikutnya, pelajar diajar membuat ikatan dan simpulan asas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx_e2lw7ijgcCksV8ElLtZyZh554GG3Ec8A_Pv0lMJD0jHEcIH66PuuBIF2kHGCkvXtzC-4zbCjgPEzbk12cxKV2Fn1rv_lZ97BttDFbIiVC9koxkRgi_sXd6w1gJ5XwTIBm8x60YvbYI/s1600/jenis+ikatan.jpg

Pada sebelah petang pula, mereka diajar cara-cara menggunakan  alat pemadam api. Kursus tersebut diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 17:00.

Hari Penutup Kejohanan Sukan Antara Jurusan KKBN Pontian

14 March 2013 Majlis Penutup Sukan telah diadakan di KKBN Pontian. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Dato' Hj. Jamaluddin bin Abd. Hamid, wakil KBS, serta Anggota Lembaga KOBENA, Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ishak. Pada jam 08:00, semua petugas dan pelajar telah berkumpul di padang untuk memulakan majlis. Terlebih dahulu, senam aerobik diadakan bagi mereka yang ingin merenggangkan otot-otot. Sejurus selepas kontijen mengambil kedudukan, kedatangan tetamu disambut dengan tarian zapin. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Johor, KKBN Pontian serta bacaan doa oleh Ustaz Johari menyusul selepas itu.
Majlis disusuli dengan ucapan aluan dari Pengarah KKBN Pontian yang diikuti dengan gimik perasmian Kejohanan Sukan Antara Jurusan KKBN Pontian. Majlis menjemput Tn Pengerusi KKBN Pontian, Pengarah serta tetamu yang hadir untuk melawat dan menilai kreativiti pelajar di khemah jurusan masing-masing. Sementara para tetamu jemputan menimbang-tara markah khemah pelajar, nyanyian IM4U dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari jurusan PPW.

Perlawanan akhir bola sepak, bola tampar lelaki dan sepak takraw diadakan di samping menjamu juadah yang telah disediakan. Wakil dari KOBENA telah dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata dan diikuti dengan ucapan perasmian penutup oleh Dato' Hj. Jamaluddin bin Abd. Hamid. Beliau telah berbesar hati memberi pelepasan kepada warga KKBN pada petang tersebut. Penutup telah diserikan dengan pemotongan belon yang menerbangkan banting Kejohanan Antara Jurusan KKBN Pontian. Penyampaian Hadiah dan Cenderahati menyusul selepas itu. Pertandingan antara khemah dimenangi oleh oleh yang dianggotai oleh Jurusan Juruteknik Elektronik dan Industri, Pennyejuk bekuan dan Penyaman udara serta Jurusan Binaan Bangunan.

Keputusan Kejohanan Sukan Antara Jurusan adalah seperti berikut:

Sukan Johan Naib Johan Tempat Ketiga
Bola Sepak Jurusan Binaan Bangunan Pendawaian ElektrikPenyejuk Bekuan & Penyaman Udara
Bola Tampar Lelaki Jurusan Binaan Bangunan Penyejuk Bekuan & Penyaman UdaraAutomotif
Bola Tampar Wanita Pembuat Pakaian Wanita (A) CampuranPembuat Pakaian Wanita (B)
Sepak Takraw Pendawaian Elektrik (Mega) Pendawaian Elektrik (tahap 1)Penyejuk Bekuan & Penyaman Udara
Badminton Lelaki Jurusan Binaan Bangunan Juruteknik Elektronik dan IndustriPenyejuk Bekuan & Penyaman Udara
Badminton Wanita Pembuat Pakaian Wanita (A) Campuran Pembuat Pakaian Wanita (B)
Bola Jaring Pembuat Pakaian Wanita (A) Campuran Pembuat Pakaian Wanita (B)

Majlis diakhiri dengan makan tengahari bersama tetamu jemputan dan pelajar di Dewan Makan KKBN Pontian. Majlis bersurai jam 13:30.

Isnin, 11 Mac 2013

Pilihanraya MPP







11 March 2013, Pilihanraya Peringkat KKBN Pontian telah diadakan di Dewan Terbuka. Semua pelajar diwajibkan mengundi. Seawal 8:00 pagi, semua pelajar telah berhimpun untuk mendengar amanat terakhir dari calon-calon yang bakal bertanding. Pn. Pengarah juga turut meluangkan masa bersama-sama bakal pemimpin pelajar, memberi semangat kepada mereka untuk memberikan yang terbaik.

Pelajar mula berbaris untuk mengundi pada jam 9:00 pagi. Mereka mengundi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelajar jurusan Automotif memulakan proses pengundian yang diikuti dengan Jurubina Bangunan, Penjahit Pakaian Wanita, Juruteknik Elektronik Industri, Pendawaian Elektrik dan diakhiri oleh Penyejuk Bekuan dan Penyaman Udara jam 12.00 tengahari.

Perhimpunan Bulanan.

8 March 2013. Perhimpunan Bulanan telah diadakan di Dewan Terbuka KKBN Pontian. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaab Puan Pengarah KKBN Pontian, Pn. Zunaidah binti Abd Razak. Kemudiannya semua pelajar dan petugas bersama-sama menyanyikan lagu Negeri Johor, lagu Negaraku dan lagu KKBN. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Johari serta doa solat dhuha.
En. Sahimi bin Md. Lana kemudiannya memberi sedikit taklimat mngenai program Buletin KKBN Pontian dan 'Public Speaking'. Public Speaking yang disampaikan oleh Pan Jia Wen dari Jurusan Tekstil tahap 3 menyusul selepas itu. Beliau menyampaikan ucapan tentang pentingnya hormat-menghormati satu sama lain di kalangan masyarakat masa kini.
Seterusnya, majlis mempersilakan Pengarah KKBN Pontian menyampaikan sepatah dua kata. Beliau telah menyentuh tentang kebersihan dan disiplin pelajar yang agak membimbangkan kebelakangan ini. Beliau juga mengingatkan semua pelajar akan peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Tanbah beliau lagi, bagi mereka yang tidak berminat meneruskan pelajaran bolehlah mengambil surat berhenti sebelum peperiksaan bermula supaya tidak timbul sebarang masalah ketika peperiksaan kelak. Majlis Penutup Kejohanan Sukan Antara Jurusan akan diadakan pada hari Khamis 14 March 2013, semua pelajar diwajibkan hadir. Wakil dari KBS dan KOBENA akan datang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Pelajar akan dibenarkan pulang pada 22 March 2013 bersempena cuti semester. Akan tetapi pada malam sebelum itu, Qiamullail akan diadakan.
Perhimpunan bulanan diakhiri dengan nyanyian lagu IM4U.

Selasa, 5 Mac 2013

Kejohanan Sukan Antara Jurusan

28 Februari 2013. Kejohanan Sukan Antara Jurusan telah diadakan bermula pada jam 2 petang.