« »

Carian Lain

Khamis, 17 Januari 2013

Majlis suai kenal pelajar dan petugas

17 Januari 2013. Majlis suai kenal telah diadakan bermula jam 8:15 sehingga jam 10:00. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Johor diikuti oleh bacaan doa dari Ustaz Johari.
         Majlis diteruskan dengan Pn. Pengarah memperkenalkan serba sedikit tentang asal usul KKBN Pontian yang dulunya dikenali sebagai Kem Latihan Kemahiran KOBENA, Skudai. Kem latihan tersebut diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. Pelatih di kem ini telah berkhidmat dalam pembinaan fasa pertama UTM. Pada tahun 1999 Institut ini dipindahkan ke Pontian.
         Kini terdapat 61 orang petugas di KKBN Pontian yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pentadbiran, Hal Ehwal Pelajar, Kemahiran dan Perkhidmatan. Kemudiannya Pn. Pengarah  telah memperkenalkan barisan petugas dan tanggungjawab mereka seorang demi seorang.
         Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada petugas yang telah memenangi pertandingan semasa 'PIP' di Kukup Golf Resort yang lalu. Pelajar tahap 2 yang telah menyertai 'Explore Race' turut diberi hamper berupa makanan kepada 3 kumpulan yang berjaya.



         Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa solat Dhuha dan nyanyian lagu warisan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar semua petugas bersama Pn. Pengarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan