« »

Carian Lain

Memuatkan ...

Ahad, 13 Januari 2013

Malam Akrab

11 Januari 2013. Bersempena malam terakhir minggu paradigma, Malam Akrab telah diadakan bermula jam 21:00 sehingga jam 23:00. Kesemua 10 kumpulan telah mengadakan persembahan bertemakan filem-filem Tan Sri P-Ramlee. Antara filem tersebut termasuklah Pendekar Bujang Lapok, Do Re Mi dan Ali Baba dengan 40 orang penyamun.


Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pn. Pengarah bersama keluarga serta Ustaz Azlan yang juga bekas tenaga pengajar di KKBN Pontian. Setelah persembahan selesai, semua kumpulan diberi hadiah saguhati yang berupa botol air setiap seorang. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Pengarah. Kumpulan 4 telah dinobatkan sebagai kumpulan terbaik sesi 01/13.


Sebagai tanda penghargaan Pn. Pengarah dihadiahkan sebuah hasil seni terbaik pelajar sesi 01/2013. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga diberi sebuah hasil seni dari Ketua Fasilitator, En. Sahimi bin Md Lana.

 Majlis diteruskan dengan kejutan buat KJ HEP yang meraikan hari lahirnya pada hari tersebut.

 Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Azlan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan