Kursus dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ahli Lembaga Pengarah KKBN serta memperkenalkan ahli Lembaga Pengarah yang baru iaitu En. Shahrizal bin Sabarudin seorang pakar dalam bidang kejuruteraan.
Antara perkara yang disentuh sepanjang kursus adalah keghairahan dan keseronokan ketika bekerja. Semua petugas diingatkan supaya sentiasa melakukan yang terbaik bagi kepuasan diri sendiri dan kebaikan kepada KKBN Pontian. 'Jadilah Kayu Nan Seinci' itulah pepatah yang sering diucapkan oleh En. Menet bin Saad sebagai perumpamaan semua petugas mempunyai peranan yang tersendiri walaupun kecil bagi memastikan KKBN tetap teguh sehingga kini. Peranan seorang ketua dan pasukannya dizahirkan dengan memperlihatkan cerita pendek tentang sekumpulan semut.
Aktiviti diteruskan dengan penggunaan ekor merak bagi membezakan hasil kerja secara fokus dan tidak fokus.
pada sebelah petang pula, Aktiviti secara berpasukan dijalankan antaranya ialah cara yang terbaik bagi menyampaikan pesanan dengan jelas, memberi dan menerima arahan secara dua hala. Sebelum mengakhiri kursus tersebut perbezaan ketahanan secara individu dinilai dan diharap semua petugas dapat mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Sebelum pulang, sesi bergambar semua peserta serta Ahli Lembaga Pengarah KKBN yang hadir diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan